Memori
"Apa tengok aku macam tu?" Aku membuka mulut apabila tiga pasang mata sedari tadi memandang aku tanpa kelip. Sepi masih bermaharaja lela menguasai suasana.
Aku memandang sekeliling seketika. Sebaik sahaja aku memasuki pagar sekolah pagi tadi, tidak semena-mena Qib menarikku ke sini. Matahari masih belum memunculkan diri, maka blok makmal ini agak gelap. Juga suram. Terasa tegak segala bulu roma.
Dan sekarang, di hadapan aku, ada tiga makhluk yang tidak berhenti merenungku. Entah apa masalah mereka. Siapa lagi kalau bukan Iz, Qib dan Arfan.
Iz? Mimpi apa datang awal pagi? Seperti biasa, rokok setia mendampingi dua ulas bibirnya.
"Eh korang yang heret aku datang sini, lepas tu semua pakat diam? Pergi mampus lah. Buang masa aku je." Entah mengapa aku jadi emosi tiba-tiba. Aku sudah berura-ura mahu mengangkat kaki pergi dari situ.
"Apa la masalah kau ni, Aaira." Terhenti segala pergerakanku mendengarkan suara Izmeer. Tubuh aku palingkan menghadapnya. Kening sebelah diangkat tanda tidak mengerti.
"Qib dah cerita kat aku. Aku tak tahu apa yang kau hadap semalam sampai kau ubah fikiran. Must be very though, huh? Pagi-pagi lagi dah emo." Dia berhenti seketika, melepaskan kepulan asap yang menyesakkan ruang udara.
"Tapi aku tak akan tolak permintaan kau. Sebab kau buat pilihan yang tepat. So... " Izmeer mencampak puntung rokoknya ke lantai sebelum menghampiriku.
'Tch. Cliche sangat.' Getus hatiku. Sedaya upaya aku menahan diri daripada mempamerkan riak menyampah melihatkan kelakuan Izmeer.
YOU ARE READING
The Greatest Failure
RandomGagal? 'Aku' yakin semua orang pernah rasa kegagalan dalam hidup. Tapi untuk seorang 'Aku', kegagalan itu sudah menjadi norma hidup. Kehidupan yang penuh dengan KEGAGALAN. Sampai satu detik, 'Aku' diacampakkan ke dalam realiti yang sama. Tetap a...