٥

40 7 0
                                    

Memori

🌹🌹🌹

"Saya minta maaf, Encik Fateh tidak dapat diselamatkan."

Aku lihat Mak menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Perlahan-lahan, lututnya jatuh menyembah bumi. Bahunya terhinjut-hinjut seiring dengan esakan yang dihamburkan.

'Aku tak faham? Apa maksud doktor? Kenapa Mak menangis?' Pelbagai soalan berlegar-legar dalam fikiranku ketika ini. Aku menghampiri Mak.

"Mak, kenapa Mak nangis? Kenapa dengan Ayah?" Aku menundukkan kepala, cuba melihat wajah Mak yang disorokkan di sebalik tangannya. Mak terus-terusan menangis. Soalanku langsung dibiar tidak berjawab.

"Adik." Sapa satu suara dari arah belakangku. Abang.

Dia memusingkan tubuhku mengahadapnya yang sedang melutut. Mataku sempat menangkap bibirnya yang bergetar sebelum membuka bicara. Seperti menahan sesuatu yang memeritkan.

"Aaira. Ayah... Ayah dah takde. Ayah dah meninggal dunia."

Aku terdiam di situ, membenarkan ayat yang terpacul daripada mulut abang ditafsir otak.

'Ayah dah meninggal?' Terlintas persoalan itu di benak fikiran yang sungguh terbatas. Aku mula faham dengan situasi. Kepala digelengkan berkali-kali. Cikgu Hajar menghampiri kami berdua.

"Tak. Abang tipu kan? Abang tipu kan! Ayah tak boleh tinggalkan adik! Ayah kata Ayah sayang adik, rindu adik. Semalam Ayah dah kata nak pergi jalan-jalan lagi dengan kita. Tapi kenapa Ayah tipu adik?!" Aku mula memberontak.

Aku tak boleh terima. Kaki pantas membuka langkah untuk pergi dari situ. Mereka tidak sempat menahanku. Namun, lenganku berjaya ditarik menyebabkan larianku terhenti.

The Greatest Failure Where stories live. Discover now