٨

42 9 5
                                    

Kembali

"Assalamualaikum! Oooo assalamualaikum! Kak Aaira! Mak Ilah! Aqif datang ni!"

"Waalaikumussalam! Adik! Tu Aqif dah sampai, pergi buka pagar cepat!" Jerit Mak dari dapur.

"Kejap!" Laju aku bangkit daripada katil. Tudung disarung dengan pantas pada kepala sebelum kaki melangkah laju menuruni anak tangga.

"Assalamualaikummm! Ada orang tak ni?! Aqif kira sampai tiga je tau, kalau takk-"

"Sabar la Aqif oiii! Kak Aaira kau ni mana lahaii. Aku nak masak pon tak senang dok gegau-gegau pagar rumah orang!" Mak semakin meninggikan not suaranya, mahu Aqif bersabar.

"Jap Aqif, jap! Akak tengah cari kunci mangga ni! Mana pula laaa kunci ni hadoiii." Gelabah aku dibuatnya apabila semua pakat menjerit.

'Seorang terpekik dalam rumah, yang seorang lagi luar rumah. Haa bagus! Bagi terbalik terus rumah ni.' Bebelku seorang diri.

Laju aku menghampiri pagar di luar rumah sebaik sahaja kunci dijumpai. Mangga dibuka sebelum pagar dikuak sedikit membenarkan Aqif masuk.

"Hehe. Hai Kak Aaigha! Lama tak jumpa rindu la." Aqif tersengih menegurku dengan muka yang tidak bersalah.

"Haih budak kecik ni. Nasib baik akak rindu dia juga tau!" Balas aku sambil mengusap kasar rambutnya.

"Jom masuk." Ajakku sebelum kembali menutup pagar rumah.

Tidak semena-mena mataku menangkap susuk tubuh jiran sebelah rumah yang sedang galak memandangku dengan riak muka yang serius. Dahiku berkerut sekilas sebelum laju aku menutup rasa tidak senang itu dengan senyuman nipis. Janggal.

🌹🌹🌹

Selepas makan tengah hari bersama Mak dan Aqif, aku mengeluarkan congkak tradisional yang berukiran kayu daripada dalam stor. Habuk ditiup untuk membersihkan debu kotoran pada congkak tersebut.

Aku tersenyum sebelum menghampiri Aqif yang sedang menunggu di ruang tamu.

"Aqif, jom main congkak. Kita lawan. Kalau Aqif menang akak kasi hadiah." Kataku kepada Aqif dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Kening dinaikkan beberapa kali memandangnya.

"Okay! Aqif hebat tau main congkak. Kalau Kak Aaira kalah jangan nangis. Aqif taknak pujuk." Balas Aqif bersetuju.

"Ooo berlagak eh. Takpe-takpe kita tengok nanti."

Tidak sampai setengah jam bermain, Aqif sudah berpeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka memandang congkak di hadapannya. Tak puas hati.

"Tak nak lah main dah. Asyik Kak Aaira je menang. Bosan!" Tersengih aku melihat Aqif yang sedang galak merajuk.

"Laa baru dua round je ni. Apa lah Aqif ni, tadi kata pandai main sangat. Haa tu laa lain kali jangan cakap besar." Sengaja aku mengapi-apikan lagi keadaan. Semakin panjang mulutnya menarik muncung. Mengada.

Aqif sudah membuka mulut mahu membalas. Namun belum sempat ayat meluncur keluar daripada mulutnya, kedengaran deruman enjin kereta di luar rumah.

Kami berdua berpandangan seketika sebelum Aqif laju bergerak mendekati jendela rumah, mahu melihat gerangan siapa yang datang.

The Greatest Failure Where stories live. Discover now