5|Monster

1.3K 23 2
                                    

Riuh rendah suasana pada waktu malam dirumah pakcik Umar dengan gelak ketawa penghuni di dalam rumah ini. Budak-budak kecil berlari situ sini riang tak tergambar. Lelaki-lelaki pula sibuk berborak hal kereta motor manakala kaum hawa tak lari dari bergossip.

"Kamu bila nak berisi Lia?"soal salah seorang makcik kepada Umar.

Yarra yang sedari tadi hanya mendengar cerita-cerita yang keluar dari makcik-makcik kepada Umar tersentak apabila dia disoal.

"Alah cik Jah,diorangkan baru kahwin. Abang Nidhal tu pun belum habis belajar lagi. Biarlah diorang berhoneymoon lama sikit." sampuk Farah,sepupu Umar yang berusia 20 tahun.

Yarra memandang ke arah Farah dengan pandangan yang menbawa maksud 'Terima kasih selamatkan aku'

"Kamukan sudah kerja. Duit pun berkepuk. Mentua kamu pun banyak duit, kalau kamu pregnant pun dia orang boleh tanggung."sampuk CikSu pula. Yarra mula tak senang duduk bila soal anak dibangkitkan oleh makcik-makcik itu.

"Kalau ada rezeki itu in shaa Allah adalah. Lagipun kami tak merancang pun so semuanya atas rezeki. Andai Allah tu nak bagi kami rezeki, maka adalah." jawapan selamat diberikan Yarra penuh sopan.

"Si Nidhal tu bagi nafkah dekat kamu ke tidak Lia? Kalau dia culas bagi nafkah kamu bagitahu Cik Jah. Biar Cik Jah cilikan anu dia. Orang lelaki dia tak boleh bagi muka sangat. Tahu nak sedap je tapi bab nafkah kelaut." Dengan nada yang tegas Cik Jah bertanya siap dengan gaya sekali.

"Alhamdulillah, setakat ni abang tak pernah miss lagi dari bagi nafkah."balas Yarra sambil tergelak kecil melihat tingkah laku makcik-makcik itu.

" Nidhal tu perangai dia tak sama dengan abangnya mahupun sepupu lelaki dia yang lain. Baik sangat budaknya. Dari kecil memang dengar kata dan pandai berdikari orang putih kata Mr. Perfectlah."sampuk Cik Su.

Yarra hanya tersenyum. Dia tahu akan kebenaran yang makcik-makcik Umar itu katakan.

"Haa, sudahlah kamu menyoal menantu aku tu. Makanan sudah siap ke?" soal Puan Fatimah yang tetiba muncul dari pintu belakang dapur.

"Ater, dari tadi udoh siap ni heh. Tinggal nak melantok aje." jawab Cik Jah.

"Farah,pergi panggil semua orang dekat luar masuk makan. Nanti sejuk tak sedap pula."

Farah yang tengah membantu Yarra menuang air bingkas bangun dan menurut arahan emaknya.

Makan malam keluarga besar sebelah Puan Fatimah itu sangat meriah. Ayam masak lemak cili api, sambal udang petai, ikan kembung goreng kunyit, budu, cencaluk,sambal belacan dan beberapa jenis ulam-ulaman menjadi menu pilihan mereka semua. Masing-masing makan dengan penuh selera. Yarra hanya makan tanpa mengeluh kerana dia sememangnya suka akan lauk-lauk begitu.

Usai makan malam dan solat isyak berjemaah, Yarra yang sibuk mengemas dibahagian dapur didatangi Farah dan beberapa lagi sepupu yang sebaya dengannya.

"Akak, abang Nidhal memang hisap rokok ke?" soal Najihah polos.

"Ish,itu bukan rokoklah. Itu vape."sampuk Farah pula.

"Itu Jihah tahulah. Tapi petang tadi pun Jihah nampak abang Nidhal hisap rokok yang abang Taufiq bagi."jawab Najihah lagi

Terangkat kening Yarra cuba memahami apa yang dikatakan oleh sepupu-sepupu Umar itu.

"Wait a minute,apa korang cakap ni? Akak tak faham."soal Yarra. Tuala kecil yang digunakan untuk lap meja itu dicampaknya ke tepi.

"Macam ini kak, tadi kami nampak Abang Nidhal merokok."maklum Najihah.

Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now