Pintu utama rumah teres dua tingkat itu dibuka. Sayup-sayup telinga Umar menangkap bunyi alunan zikir dari arah dapur. Terbit senyuman dibibirnya. Rutin isterinya apabila sedang memasak,pasti akan pasang audio zikir. Kakinya segera melangkah ke dapur. Tak sabar nak peluk cium si isteri. Cuti semester selama tiga bulan itu harus dimanfaatkan betul-betul.
Yarra yang membelakanginya itu kelihatan khusyuk memotong sayur-sayuran sehinggakan kepulangannya pun tidak disedari. Umar segera menyusun langkah menuju ke arah isterinya tanpa membuat sebarang bunyi. Pinggang ramping wanita itu dipeluk erat sebelum bibirnya mula merayap pada seraut wajah Yarra sebelum bibir mereka bertaut.
Tubuh Yarra dipusing supaya mengadap dirinya lalu bibir isterinya kembali dikucup. Yarra menepuk kuat dada suaminya namun pantas saja kedua tanganya dikunci oleh Umar.
"Astaghfirullahala'dzim, Umar Nidhal!" terjerit Puan Fatimah saat mata tuanya menangkap perilaku anak dan menantunya yang asyik berasmaradana di dapur.
Umar yang terkejut dengan kemunculan Ibunya,segera menolak Yarra menjauhinya. Matanya terbuntang melihat Ibunya terpacak berdiri dipintu dapur sambil memegang pisau dan juga serai.
Yarra pula segera berpusing dari bertentangan mata dengan ibu mentuanya. Malu! Dia kembali memotong sayur-sayur untuk di masak sebentar lagi.
"Bi..bila Ibu...err...Bila ibu sampai?Kenapa nak datang tak bagitahu Nidhal." tergagap-gagap si anak menyoal keberadaan Ibunya.
"Ha,ha tergagap. Itulah, lain kali nak berasmara pun tengoklah kiri kanan. Ini tak, tahu nak terkam saja. Tahulah dapat isteri cantik, hot pula tu. Tapi bawak kawal sikitlah nafsu awak tu." Puan Fatimah berpesan tegas. Walaupun pada hakikatnya, dia menyimpan senyuman melihat kemesraan anak dan menantunya.
"Sorry Ibu..Ermm,Nidhal mintak diri dulu. Nak naik mandi kejap. Erkk... Ibu sambunglah masak." ujar Umar Nidhal lalu pantas kakinya melangkah meninggalkan ruang dapur itu. Dia dapat rasakan wajahnya sudah merah padam. Dia malu!
Puan Fatimah mengukir senyuman setelah kelibat anak bongsunya itu hilang dari pandangan. Matanya kembali ke arah belakang tubuh menantunya itu. Dia pasti menantunya itu tebal muka untuk mengadapnya sekarang.
"Tak usah malulah Lia. Ibu dulu pun macam awak jugak. Bahkan lebih teruk dimalukan oleh opah kamu dulu. Tapi biasalah, kalau bukan kita yang melayan kehendak suami, siapa lagikan?" Puan Fatimah cuba berbual dengan menantunya. Serai yanh diambilnya dari belakang rumah Yarra dicuci dan kemudiannya dititik.
"Sorry tau Ibu. Abang tu kekadang manja dia tak bertempat sangat."Malu-malu Yarra bersuara.
"Alah, perangai dia tak ubah macam baba dia tu hah. Anak dengan bapak sama saja. Keturunan arablah katakan. Nafsu lain macam. Tapi kita ni sebagai isteri kena bijak layan suami. Zaman sekarang bahaya, ramai suka cucuk jarum. Suami orang yang ada anak 10 pun nak try. So kita kaum isteri ni kena bijak. Nanti ibu bagi tips keharmonian rumahtangga." Puan Fatimah mengenyitkan matanya sebelum tangan lincah melakukan kerja-kerja di dapur itu.
Yarra cuba membiasakan diri. Sedaya upaya dia membuang perasaan malu. Puan Fatimah pula rancak berborak soal kehidupan rumahtangga. Pada Yarra, dia sangat bertuah kerana dapat ibu mentua yang sangat supporting dan baik hati itu. Terubat sikit rindunya pada mommynya.
"Kita nak masak apa ni Ibu?" soal Yarra.
"Ermm,kita buat simple-simple saja harini. Esok kita masak special sikit. So harini kita masak ayam goreng berempah, asam pedas ikan kembung dan sayur goreng." kata Puan Fatimah sambil tanganya ligat membersih ikan kembung yang baru disiangnya.
"Sedap jugak tu. Dapat jugak Lia belajar cara ibu masak." ujar Yarra lalu tersenyum manis pada mentuanya.
"Nak tahu satu rahsia tak?" bisik Puan Fatimah pada cuping telinga Yarra. Nasib baik ketinggian mereka hampir sama.
"Rahsia apa ibu?" soal Yarra perlahan.
Puan Fatimah memandang kiri dan kanan. Memastikan line clear. Boleh jatuh maruahnya jika rahsianya didengari oleh anak bongsunya itu.
"Sebenarnyakan, ibu pun tak pandai masak. Ibu main campak-campak saja. Baba kamu yang pro masak. Selama ini ibu belajar dari babalah. Tapi anak-anak ibu tak tahu hal ni. Semua masakan yang baba masak, ibu akan mengaku yang itu adalah masakan ibu." ujar Puan Fatimah lalu tertawa kecil.
Yarra tersenyum manis mendengar rahsia dari mentuanya. Entah mengapa, dia merasakan ibu mentuannya itu sangat cute.
Hampir 60 minit berperang di dapur bersama ibu mentuanya, Yarra memandang jam yang melekat didinding. Jarum tepar menunjukkan pukul 1.22 petang. Kejap lagi azan zohor akan berkumandang.
"Kita solat dulu lepas itu baru makan. Pergilah naik tengok suami awak tu. Kata nak mandi, tapi ibu rasa dia terbongkang tidur tu."ujar Ibu lalu kaki wanita yang berusia 47 tahun itu mula hilang dari ruang dapur menuju ke biliknya.
Segelas air kosong dituang oleh Yarra lalu meneguknya rakus. Apron bercorak bunga yang sedari tadi tersarung ditubuhnya di tanggalkan dan digantung kembali pada tempatnya. Kakinya juga pantas meninggalkan dapur dan menuju ke bilik.
Pintu bilik yang sedikit terbuka ditolak perlahan. Kepala Yarra terjonggol-jonggol mencari kelibat encik suami tercinta. Tersenyum dia saat matanya menangkap sekujur tubuh yang hanya bertuala sedang berbaring di atas katil. Benar sangkaan ibu mentuannya bahawa Umar sedang beradu.
Yarra melangkah masuk kedalam bilik tanpa membuat sebarang bunyi. Risau suaminya akan terjaga. Tuala yang tersangkut ditarik Yarra lalu dia menghilangkan diri ke dalam toilet untuk menyegarkan badan. Baru sahaja tanganya ingin mengunci pintu bilik air, ada satu tangan menolak kasar daun pintu itu sehingga Yarra berundur sedikit ke belakang. Umar muncul dengan tersengihan yang setia dibibirnya.
"What do you want?" soal Yarra.
"You know what I want.."Ujar Umar lalu tubuh Yarra ditolak rapat ke dinding bercat putih itu. Wajahnya dihiasi dengan senyuman gatal. Tangannya pula liar merayap disegenap tubuh isterinya dan akhirnya berhenti di dada isterinya yang masih dilapisi baju tshirt.
"Kenapa tak bagitahu yang Ibu datang?" Umar bersoal dalam nada yang separuh berbisik.
"I pun terkejut bila Ibu tetiba muncul pagi tadi. 30 minit after you keluar, Ibu muncul dengan beg baju. Ibu cakap dia nak stay dengan kita seminggu sebab baba outstation and dia taknak ikut." maklum Yarra tentang kemunculan ibu mentuanya.
"I see...elok juga Ibu ada. Boleh dia temankan you." kata Umar lalu jarinya menyelit rambut Yarra yang terjuntai ke tepi telinga.
"Take off my towel." arah Umar lembut ditelinga Yarra. Terbuntang mata Yarra mendengar permintaan suaminya. Lupakah lelaki itu akan kehadiran ibunya. Kalau tertangkap untuk kali kedua, mana dia mahu sorok wajahnya.
"Huh?You lupa ke Ibu ada. Jangan macam-macam erk.."balas Yarra lalu menolak dada Umar supaya menjauhi dirinya.
" Don't worry baby, Ibu takkan dengar punya sebab bilik kita ni soundproof." bisik Umar lalu cuping telinga isterinya dijilat sedikit.
"Tapi.."
"Argh lambat.."ujar Umar lalu pantas tubuh Yarra di tarik ke dalam dakapan.
Maka terjadilah kejadian dimana meraka berdua mandi untuk tempoh yang agak lama dari kebiasaan. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil mandi, berusaha dapatkan hasil..
|7-ALAMAK! | |1114 words|
------------------
Memandang sekarang bulan Ramadan, sis ubah sedikit supaya tak terlalu cheesy risau terbatal puasa korang😜Enjoy your reading and don't forget to vote❤️
YOU ARE READING
Bidadari Syurga
RomanceUmur bukan penghalang bagi Umar Nidhal dan Yarra Aulia untuk saling mencintai. Perkahwinan mereka terbina pada mulanya hanyalah disebabkan ingin menjaga air muka dan maruah kedua-dua belah keluarga yang dipijak sendiri oleh Omar Nazran iaitu abang k...