Pintu bilik ditolak perlahan. Mata Yarra membuntang ke arah Umar yang sedang meniarap santai di atas katil sambil bermain game di Iphonenya. Umar yang menyedari kehadiran Yarra tersenyum manis ke arahnya. Punyalah lama dia menunggu, akhirnya isterinya masuk juga ke dalam bilik.
'Alahai, mati-mati aku ingatkan dia sudah tidur, rupanya masih lagi berjaga.' desis hati kecil Yarra.
"Hi baby, meh lah sini.."panggil Umar sambil menayangkan muka gatalnya. Sebelah matanya berkali-kali dikenyitkan mengharapkan sang isteri akan cair dengan godaan yang tak seberapa itu.
Yarra menjeling sekilas pada suaminya sebelum menghilangkan diri ke dalam toilet untuk membersihkan muka dan juga mengosok gigi. Usai melakukan rutin hariannya sebelum tidur itu, dia melangkah keluar dari toilet dan menuju pula ke meja solek yang serba putih itu.
"I ingatkan you nak tidur bilik sebelah."sindir Umar sambil merenung dalam ke arah Yarra yang menyapu toner dan pelembam muka di hadapan meja solek itu.
"Ikutkan hati memang nak tidur situ je. Tenang sikit." Usai memanjakan wajahnya, Yarra berdiri tegak sambil merenung tajam ke arah Umar.
"Dari you tidur bilik sebelah tanpa peneman. Better you tidur sini, ada I. I boleh peluk usap belai you. Sinilah baby.." Umar masih cuba menahan tawanya. Sungguh dia merasakan dirinya persis seorang yang psyco.
Sekali lagi Yarra mempamerkan reaksi wajah yang agak menyampah dengan bicara suaminya. Itu tak lain tak bukan nak memujuklah tu.Tahu pula mengaku salah.
'Bila orang tak layan baru nak ada akai.'
Yarra memanjat katil empuk itu lalu comforter tebal bercorak bintang-bintang kecil ditariknya dan menyelimut seluruh tubuhnya. Sesaat kemudian,comforter yang menyelimut tubuhnya di tarik kasar oleh Umar. Muka tidak puas hati ditayangnya.
"What is wrong with you?" soal Yarra dengan dahinya yang berkerut.
Dia terlalu penat untuk bergaduh dengan suaminya itu. Apa yang di mahukan sekarang adalah tidur sahaja. Esok dia hari isnin, dia harus kembali bekerja.
"Amboi, macam tu je you nak tidur. Kiss mana? Peluk mana? Minta maaf mana?Kalau I mati dalam tidur, you yang menyesal sebab tak sempat nak mintak maaf." ujar Umar dengan wajah yang sengaja di seriouskan. Sengaja mahu menakutkan isterinya.
Jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah. Kita tak tahu siapa, dimana, bagaimana. Begitu juga dengan ajal maut. Kedatangnya tidak tahu bila, dimana dan dalam keadaan apa. Sebagai hambaNya kita haruslah memastikan diri kita sedia.
"Ishh, Don't say like that lah..Bencilah macam ni." renggek Yarra. Muncungnya ditarik.
Terbit senyuman di bibir Umar melihat telatah bidadarinya itu. Terserlah betapa kasihnya sang isteri terhadap dirinya.
"What? Betul apa I cakap. Ajal maut tu kan tak tahu bila. Sampai masa maka pergilah ia." balas Umar lalu pipi mulus gebu itu diusapnya.
Tanpa menunggu lama, Yarra merapatkan tubuhnya dengan tubuh Umar. Pinggang lelaki itu yang tidak dilapisi sebarang benang di peluk erat. Takut akan kehilangan 'budak' itu disaat hatinya sudah menjadi miliknya.
"I'm sorry for everything that I have done to you. I mintak ampun. Halalkan makan minum I, halalkan kasih sayang you.Redhai I please.. I love you so much sayang." Pantas bibir suaminya dikucup seketika sebelum dia kembali menyembamkan mukanya di dada bidang suaminya.
Seperti kebiasaannya, Yarra akan menuturkan ayat yang sudah lazim dilidahnya sebelum dia melelapkan mata. Risau kalau dirinya tidak diredhai sang suami.
Seseorang wanita itu senang untuk masuk ke syurga dan senang juga untuk masuk ke dalam neraka. Bahkan, didalam neraka kebanyakan penghuninya adalah wanita. Apabila seseorang wanita itu menjaga solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadan, menjaga kemaluannya dan taat akan suaminya, maka membolehkannya memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasukinya.
"I pun minta maaf tau untuk segala kelemahan I and also kesilapan I especially pasal rokok tempoh hari. I tahu I bukan suami yang perfect yang boleh manjakan you dengan kemewahan tapi selagi I dipinjamkan nyawa, I akan mewahkan you dengan kasih sayang I. Apa yang I tahu, kehebatan I adalah di atas katil. Iyedok?So malam ni onz tak onz?" ujar Umar sambil menggigit bibir bawahnya dan mengenyitkan mata kananya.
Laju sahaja jari jemari runcing milik Yarra menyepit dipinggang Umar. Habuan untuk lelaki gatal. Suka hati dia saja nak meminta. Tak sedarkah esok hari isnin. Kalau cuti tak apalah juga.
"Tomorrow is monday sayang. I kerja and you ada online revision class with Mrs. Dayana in the morning so don't forget it. Final exam is around the corner. So maybe next time okay." maklum Yarra sebelum menjarakkan sedikit kedudukannya.
Umar menongkat kepalanya menggunakan tangan kanannya. Matanya tajam memandang seraut wajah yang sentiasa menjadi dambaan hatinya. Fikirannya tiba-tiba melayang mengingati kembali pertemuan pertama mereka sewaktu di majlis pertunangan abangnya. Untuk pertama kali matanya memandang akan seraut wajah yang sewaktu itu menjadi tunang abangnya, hatinya sudah tertarik akan kecantikan yang dimilik gadis bernama Yarra Aulia. Namun menyedari yang gadis itu bakal menjadi kakak iparnya, dia menepis jauh perasaan kagum itu.
'Haila isteri, aku sayang sungguh dekat kau.'
Tatkala Umar mula tersedar dari mengimbau kisah lama, Yarra sudah lama memejamkan matanya. Mungkin sudah diulit mimpi. Nampak sangat wanita itu penat. Umar memerhati tubuh isterinya yang separuh terdedah itu sebelum bibirnya dirapatkan di leher putih bersih tanpa sebarang cacat cela. Leher itu di kucup lama dan saat bibirnya mula menghisap lembut di sekitar lehernya, Yarra terlebih dahulu bersuara dalam mamainya.
"Not there please. Nanti orang nampak." ujar Yarra dalam suara yang tenggelam timbul. Terlepas tawa Umar. Menyempat lagi tu berpesan. Ingatkan sudah terbang ke alam lain.
Namun pantas saja bibirnya turun di dada sang isteri memandangkan isterinya memakai singlet, maka senang untuk dia melakukan kerja cintanya itu. Satu hickey yang agak terang kesannya di tinggalkan bukti kasihnya pada sang isteri..
"Good night sweetheart. Rest well. I love you for the rest of my life." bisik Umar lalu satu kucupan lembut hinggap di cuping telinga Yarra.
----------------
Sorry lambat update. Sistur busy dengan assignment, mini project and also final exam online yg baru je habis petang tadi. Semester 4 is done. #Yakyakyeay😜Musim Covid-19 ni hope korang jaga diri baik².. Virus ni tak kenal siapa, kalau dia nak serang, dia serang je💥🧟♀️🧟♂️
#StaySafe #KitaJagaKitaTak terlambatkan sis nk wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK to all readers❤️Banyakkan beramal ibadah okay💃
YOU ARE READING
Bidadari Syurga
RomanceUmur bukan penghalang bagi Umar Nidhal dan Yarra Aulia untuk saling mencintai. Perkahwinan mereka terbina pada mulanya hanyalah disebabkan ingin menjaga air muka dan maruah kedua-dua belah keluarga yang dipijak sendiri oleh Omar Nazran iaitu abang k...