9|Rezeki Tak Salah Alamat

995 16 2
                                    

 "Sayang?" panggil Yarra lembut. Lengan suaminya yang dilapisi baju kemeja berwarna biru muda itu diusap lembut.

Umar yang sedari tadi khusyuk pada pemanduannya tersentak. Nampak sangat fikirannya jauh melewang. Sejak pulang dari Klinik Mutiara. Umar banyak termenung. Alhamdulillah, mereka dikurniakan rezeki untuk menimbang cahaya mata pertama. Rezeki yang bakal menambah kebahagiaan untuk mereka berdua.

"Ermm, Ya?". sahut Umar lantas mengukir satu senyuman kepada isterinya.

"Are you okay?" lembut sahaja Yarra menyoal keadaan suaminya. 

Umar yang menyedari kerisauan yang mula terpancar pada wajah sang isteri tercinta pantas menukar halatuju mereka. Kereta yang dinaikki mereka berdua diparkir dihadapan sebuah cafe. Seatbelt yang ditanggalkan. Umar memusingkan badannya mengadap Yarra Aulia.

"Do you have any problem? Want to share with me?Or you tak happy sebab I pregnant?" lagi sekali,Yarra menyoal.

"Aish,mana ada. I happy giler dengar you pregnant. Itu bukti kekuatan I tau. Tak sabar nak tunggu our baby ni keluar. Tapi I cuma risau.Mampu ke I jadi ayah yang baik untuk baby kita. Well, I ni kan tak ada pendapatan tetap. Plus, I masih study." nada Umar  mula kendur. Risau memikirkan masa depan anak yang bakal lahir.

Lama Yarra merenung ke dalam anak mata suaminya itu sebelum tubuh sasa itu ditarik ke dalam pelukan. Orang tua-tua cakap, pelukan mampu menggugurkan keresahan dan kesedihan seseorang. Lagi-lagi apabila tubuh yang dipeluk itu adalah pasangan kita sendiri. Rasa sedih semua hilang.

"It,s okay sayang. Like what you said before, Allah itu Maha Mengetahui. Dia takkan bebankan hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu sendiri. Dia tahu you memang layak untuk bergelar ayah and Dia juga tahu you mampu pikul tanggungjawab ini." ujar Yarra seraya kedua pipi Umar diusapnya dengan penuh kasih.

"I hope so." ujar Umar lalu mengukirkan satu senyuman manis untuk isterinya. Jelas isterinya itu amat menyayanginya.

"I know you can do it. I'll support you no matter what."

---------------------

"Dikkatli düşün. Bu sizin ve ailenizin geleceği içindir.(Fikirlah baik-baik. Ini untuk masa depan kamu dan juga keluarga kamu.)" Encik Khalid menepuk kasar bahu anak bongsunya.

"Tamam baba, düşüneceğim. Benim için dua et.( Baiklah baba, saya akan fikirkannya. Doakan saya.)" ujar Umar lalu berpelukkan dengan babanya yang baru pulang dari outstation.

"Hah, borak apa tu?Mesti mengumpat fasal ibukan?"sergah Puan Fatimah yang muncul dengan seteko air kopi panas dan dibuntuti oleh Yarra yang memegang sepinggan karipap panas.

Encik Khalid dan Umar saling berpandangan sebelum masing-masing menayangkan mimik muka menyampah dengan serkap jarang si ibu. 

"We are not 'Pakcik Bawang'." ujar Encik Khalid.

"Entah ibu ni. Ingat hot sangat ke sampaikan nak jadi topik mengumpat kami.Isteri Nidhal lagi hot tau.."sindir Umar lalu berlalu ke kerusi lain. Memberi peluang untuk ibunya melabuhkan punggung disebelah babanya.

"Ish, apa cakap macam tu dekat ibu. Tak baiklah sayang." Lembut sahaja Yarra menegur tutur bicara suaminya yang kedengaran agak tidak sopan itu.

"It is okay Lia, ibu sudah biasa kena sindir dengan dua beranak ni. langsung tak ambil hati pun sebab ibu tahu, ibu masih 'hot' dimata baba kamu. Betul tak Abang?"ujar Puan Fatimah lalu menyiku sang suami yang berada disebelah. Manakala Encik Khalid hanya mengiakannya dengan anggukkan dan senyuman.

Kopi dituangkan ke dalam cawan untuk mentua dan Umar. Sepinggan karipap yang masih panas itu disuakan pada suaminya lalu diikuti kepada mentuanya. 

"Baba rasa baba nak buat kenduri doa selamat untuk kamu nak."ujar Encik khalid yang sedari lama mendiamkan diri. Mungkin ini hal ini yang difikirkannya tadi.

"Untuk siapa ba?" soal Umar lalu menyisip sedikit kopi panas itu.

"Both of you. Especially for my beautiful daughter in-law. Okay tak sayang?" ujar Encik Khalid lalu mencuit isterinya.

"Bagus sangat idea abang tu. Kenduri doa selamat sempena kehamilan Lia. But when and where?"soal Ibu pula.

"Hujung bulan ni? Kita buat dekat Kelantan nak? Sekali buat family day?" cadang baba yang kelihatan sangat teruja.

"Umar okay saja. Nanti umar minta cuti. How about you baby?" Soal Umar lalu memandang ke arah sang isterinya yang duduk bersimpuh di atas carpet serba putih itu.

Tiga pasang mata beralih memandang ke arah Yarra yang sedari diam tidak terkata. Bibir dikemam seketika sebelum Yarra mengukirkan satu senyuman.

"Lia setuju saja dengan cadangan baba tapi bolehkan kalau Lia nak ajak family Lia join kita?" tanya Yarra meminta keizinan dari keluarga mentuanya.

Encik Khalid memandang wajah isterinya, Puan Fatimah seketika sebelum wajah yang masih segak walaupun sudah dihiasi uban itu tersenyum manis memandang anak menantunya. Satu anggukkan mampu mengukirkan tiga senyuman.

"Sure dear. Tell them, baba will sponsor everythings." ujar baba lalu kopi yang mula menyejuk itu di sisipnya membasahi tekak.

-----------

Usai makan malam dan solat isyak secara berjemaah, diimamkan oleh Encik Khalid.Bahagia yang dirasai ole Yarra. Dia sangat beruntung dikuniakan seorang suami yang baik dan keluarga mentua yang menerima kekurangan dan kelebihannya walaupun hubungannya dengan abang iparnya atau lebih tepat bekas tunangnya itu agak dingin, tetapi Yarra tidak pernah putus berdoa semoga lelaki itu kembali menjadi seorang anak dan lelaki yang baik.

"Where is Nidhal?" soal Encik Khalid yang baru melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu.

"Toilet. Sakit perut kut."jawab Yarra sebelum menuangkan air teh suam ke dalam cawan.

Malam itu, Yarra menghidangkan seteko air teh suam bersama beberapa biji muffin yang dibuatnya petang tadi bersama ibu mentuanya.

"I heard you quit your job. It is true?"soal Encik Khalid

"Errk... yeah." jawab Yarra perlahan.

"Nidhal suruh?"soal Encik Khalid lagi.

Yarra yang ralit menuang air ke dalam beberapa cawan putih itu terus mengangkat wajahnya memandang wajah garang bapa mentuanya. Laju sahaja kepalanya menggeleng.

"Eh,no baba. Lia sendiri yang nak berhenti kerja sebab I think this is the perfect time for me to run my dad's business here." jelas Yarra.

"I see. If any problem or you wanna me to help you, just tell me okay?" pesan Encik Khalid. Lega saat telinga tuanya mendengar alasan menantunya itu. Risau andai anak bongsunya itu menjadi punca mengapa Yarra berhenti kerja sebagai pensyarah.

"Sure. Thank you baba." manis Yarra tersenyum mendengar kesudian bapa mentuanya yang mahu menolongnya dalam mengurus hal perniagaan daddynya itu.

"You are my daughter, I always be with you whenever you need me." ujar Encik Khalid kepada menantu perempuannya itu. Menantu adalah anaknya juga. Walaupun bukan darah dagingnya,tetapi saat wanita itu masuk ke dalam keluarganya,kasih sayangnya takkan berbelah bahagi. Dia akan menyayangi menantunya itu sama seperti anaknya yang lain.







-----------------------------

Tak terlambatkan kalau sis nak wish Selamat Hari Raya :)

Walaupun raya kali ini tak semeriah sebelum ini Raya tetap raya. Raya-raya jugak, kesihatan wajib jaga. Jangan ingkar arahan Kerajaan. 

#KitaJagaKita



Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now