Flashback
"Hey, Yarra."Sapa Umar
"Hey,yourself."
"Jauh termenung. You fikirkan apa?"
Umar melabuhkan punggungnya di sisi Yarra namun masih ada jarak. Halal gap. Memandangkan mereka masih belum ada ikatan yang sah, perilaku mereka harus dijaga.
"You rasa you buat keputusan yang baik ke?" soal Yarra perlahan namun masih sampai ke pendengaran Umar.
"I tahu apa yang I buat ni Yarra but kalau you rasa tak yakin dengan I, you masih ada masa untuk stop your wedding. I taknak paksa you."ujar Umar.
Yarra ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya. Umar pelik. Berkerut dahinya melihat tindak balas dari gadis itu.
" Lepas tu keluarga kita yang tanggung malu. Lagi-lagi keluarga you."kata Yarra. Ada nada sedikit perlian disitu.
"So kalau macam tu, terima jelah I. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta."balas Umar bersahaja.
Yarra mengalihkan pandangannya memandang ke arah lelaki yang pada awalnya sudah dianggap macam adik sendiri tetapi wajah inilah yang akan menyelamatkan maruahnya serta keluarga.
"You tak ada girlfriend ke?Nanti kesian dekat dia. Korang bercinta bukan main nak rak but at the end you kahwin dengan orang lain. Mesti dia frust." Yarra mula tertarik untuk mengenali lelaki dihadapnya sekarang.
"Girlfriend I ramai. Tapi itulah, setakat friend jelah. Yang special one tu tak ada lagi sebab malas nak jaga jodoh orang."
"So tak pernah bercintalah?" soal Yarra.
"Yep."
"Wow,cinta you masih sucilah ni." sindir Yarra lagi.
"For me, better I kejar cinta tuhan dulu sebelum I kejar cinta manusia. Clishekan ayat I?" soal Umar lantas tergelak kecil mendengar ayatnya sendiri.
Jantung Yarra berdegup laju saat matanya memandang senyuman yang terukir pada wajah Umar. Jarang dia melihat lelaki itu senyum mahupun ketawa. Sentiasa serious je.
"Sangat."balas Yarra seraya mengukir senyuman.
"Anyway, I nak tunjuk you something. Kejap."
Kocek seluar jeans hitam diseluk Umar sebelum mengeluarkan kotak baldu bersaiz kecil lalu kotak itu ditolak ke Yarra.
"Cincin?"soal Yarra
Umar mengangguk kepalanya berulang kali dan kemudiannya dia mengukirkan satu senyuman manis buat si gadis itu.
"Ya, cincin for our akad nikah. I tak tahu saiz jari you so I main beli je. Nampak cantik so I bedal jelah. You trylah pakai.Kalau tak muat or longgar, I boleh pergi tukar."
Yarra membuka kotak baldu berwarna merah hati itu lalu sebentuk cincin emas dikeluarkannya dan kemudian disarungkan pada jari manisnya. Cantik dan sangat kena dengan saiz jarinya.
"Perfect. Cantik. Pandai you pilih."puji Yarra. Cincin yang tersarung dijarinya ditunjuk pada Umar.
"I minta maaflah, I tak mampu nak beli cincin yang mahal-mahal untuk you. Ini je yang mampu I beli." balas Umar.
"Apa yang you buat dekat I ni dah cukup Umar. Bukan harta yang I cari. Tetapi keikhlasan."ujar Yarra lalu cincin emas itu ditanggalkan dan diletak kembali ke dalam kotak kecil itu.
Kotak baldu itu diambil kembali oleh Umar lalu disimpan kembali ke dalam kocek seluarnya.
"I minta diri dululah. Dah malam sangat ni. Tak elok lama-lama dengan you without any ikatan. Ermm..Goodnight and sleep tight."
YOU ARE READING
Bidadari Syurga
RomanceUmur bukan penghalang bagi Umar Nidhal dan Yarra Aulia untuk saling mencintai. Perkahwinan mereka terbina pada mulanya hanyalah disebabkan ingin menjaga air muka dan maruah kedua-dua belah keluarga yang dipijak sendiri oleh Omar Nazran iaitu abang k...