Usai solat zohor berjemaah dengan Umar. Yarra bergegas melipat telekungnya dan segera menuju ke dapur. Sempat dia mengerling ke arah jam dinding. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 2.56 petang.Dia pasti ibu mentuanya sudah lama menunggu. Sementara itu dia ligat memikirkan apa alasan yang terbaik untuk memberitahu ibu mentuanya sekiranya wanita itu bertanya.
Saat kaki Yarra memijak anak tangga terakhir, kelibat Puan Fatimah yang melintasinya dipandang dengan pandangan bersalah.
"Erk.. Ibu dah makan ke? Sorry kami terlambat." ujar Yarra. Dia diselubungi rasa bersalah yang amat terhadap ibu mentuanya.
"Belum lagi. Tunggu korang berdualah. Lama nau dalam bilik. Buat apa? Tertidur ke?" soal Puan Fatimah sambil berlalu ke ruang dapur.
"Kami buat anak tadi. Itu yang terlambat tu."spontan alasan itu keluar dari mulut Umar yang baru sahaja melangkah turun.
Terbuntang mata Yarra mendengar bicara suaminya yang terlalu jujur itu. Segera dia berpaling memandang tajam ke arah Umar. Lelaki itu sengaja ingin memalukannya.
"What? Betul apa. Tak baik tahu tipu ibu." kata Umar dengan nada separuh berbisik kemudian dia tersenyum jahat. Sempat pipi Yarra yang mula bertukar tona itu diusap sebelum kakinya turut melangkah menuju ke dapur. Perutnya sudah berbunyi minta diisi.
Yarra melangkah perlahan ke dapur. Namun saat melihat Puan Fatimah mengeluarkan jag lut sinar dari kabinet. Pantas sahaja kaki itu menuju ke ruang dapur. Dan mengambil alih tugas membuat air.
"Kita buat sirap limau jelah. Sedap ni minum musim panas-panas macam ni."ujar Ibu lalu meletakkan beberapa biji limau kasturi di atas cutting board sebelah Yarra.
Sebiji buah limau kasturi itu bergolek jatuh ke lantai. Yarra segera menunduk untuk mengambilnya. Puan Fatimah mengerling sedikit sebelum dia tersenyum penuh makna.
"Yang ibu tetiba senyum tu kenapa? Teringat memori dengan baba ke?"tegur Umar yang sudah melabuhkan punggung di meja makan. Setia menanti kehadiran ibu dan isterinya.
"Ibu ingatkan kamu melawak tadi. Rupanya betul. Lambat turun sebab buat anak. Dahlah lambat, kesan pulak tak pandai cover. Aduhai anak, cepat-cepatlah bagi ibu cucu."bersahaja Puan Fatimah menutur seraya berlalu ke peti ais untuk mengeluarkan ais dari freezer.
Lagi sekali Yarra terkaku namun sempat dia merapikan tshirtnya. Tajam sungguh mata Puan Fatimah menangkap tanda cinta yang ditinggalkan Umar sekitar dadanya. Dia pun satu yang pergi pakai baju yang agak besar tu kenapa. Kalau menunduk, confirm-confirm nampak.
"Hahahaha...Boleh Ibu,untuk Ibu Nidhal akan cuba berusaha." sampuk Umar lalu tertawa bahagia.
Yarra menjeling sekilas suaminya yang tengah senang hati itu. Kecil besar kecil besar je dia tengok suaminya sekarang. Rasa nak gayang pun ada. Umar yang menyedari pandangan maut dari sang isteri pantas membuat flying kiss. Dia tahu pasti wanita kesayangannya itu tengah panas hati dengannya.
Usik mengusik, bergurau senda adalah pemanis rumahtangga. Kalau setiap masa nak serious,alamatnya tak harmonilah kehidupan. Kadang-kadang dengan sedikit lawak, mampu menceriakan suasana.
-------------
Pada malamnya, setelah usai solat berjemaah bersama Puan Fatimah yang berimamkan oleh Umar. Mereka bertiga menikmati makan malam yang agak simple. Nasi goreng kampung bersama lebihan lauk tadi. Nasi goreng itu adalah permintaan Umar. Tiba-tiba tekaknya teringin nasi goreng kampung.
Sepanjang makan malam, banyak perkara yang di bualkan oleh mereka bertiga. Namun setelah habis menjamu selera, Umar meminta diri untuk menyiapkan kerjanya. Kini meninggalkan Yarra dan ibu mentuanya di ruang keluarga itu.
YOU ARE READING
Bidadari Syurga
RomanceUmur bukan penghalang bagi Umar Nidhal dan Yarra Aulia untuk saling mencintai. Perkahwinan mereka terbina pada mulanya hanyalah disebabkan ingin menjaga air muka dan maruah kedua-dua belah keluarga yang dipijak sendiri oleh Omar Nazran iaitu abang k...