Tibanya Syukri di hospital, dia dengan tergesa-gesa sehingga berlanggaran dengan seorang wanita.
"Oopss sorry!" ujar Syukri tanpa melihat wajah wanita tersebut.
"Ya Allah!" Kyra dengan nada suara yang kuat dan tergesa-gesa untuk pulang.
Mendengar suara wanita tersebut membuatkan Syukri segera menoleh ke belakang. Tetapi tidak sempat kerana wanita tersebut sudah beransur dan hanya melihat kelibatnya dari belakang.
"Macam kenal?" bisik Syukri dalam hati.
*****
Thaqif keluar dari bilik wad dan duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan pintu wad. Thaqif termenung jauh sambil melihat dua pasangan yang melintasi di hadapannya.Flashback
Cafe
"Aku ingat kau tak datang?" sindir Ayra.
"Janji mestilah ditepati." jawab Thaqif.
"Mulai hari ni, aku nak kau belikan apa yang aku nak selama seminggu? Boleh abang ustaz?" soal Ayra.
"Tapi kalau saya tak buat? Macam mana?" soal Thaqif.
"Adalah, hukuman dia! Simple je?" jawab Ayra.
"Ayra! Dah lah tu! Kau ni dah melampaulah?" marah Kyra.
"Kau jangan masuk campur! Ini urusan aku dengan dia! Kau diam je!" tengking Ayra.
"Takpe Kyra, saya ikut je apa yang Ayra nak. Asalkan dia dapat maafkan saya dan Syukri" jawab Thaqif bagi meleraikan pergaduhan mereka.
"Kau dengar tak, apa yang dia cakap Kyra? Relax je? Hahahahaha!" dengan ketawa terbahak-bahak.
....." Kyra hanya terdiam dan tidak lagi mampu berkata apa-apa.
"Aku panggil kau macai! Okay tak? Hahahaa!" soal Ayra.
Thaqif seperti biasa, hanya diam dan melihat gelak tawa Ayra bersama rakannya mengetawakannya.
Semakin hari, semakin teruk Thaqif dibuli oleh Ayra. Semasa di dalam kelas, rakan kelas Thaqif menegurnya. Pada waktu itu, Thaqif dan Ayra dijadualkan sama kelas.
"Apa khabar abang ustaz?" tegur seorang perempuan dari belakangnya semasa masuk ke kelas.
Apabila Ayra mendengar panggilan tersebut, dia dan rakan sekelasnya mengetawakan Thaqif.
"Abang ustaz! Mak ai! Korang buta ke?" sindir Kyra dengan suara yang kuat.
"Korang ni dah kenapa sindir-sindir Thaqif macamtu!" jawab sekumpulan perempuan dari kelas Thaqif.
"Uishh geng! Ada orang back up, mampus aku akh mulut aku!" jerit Ayra.
Lalu Syukri bangun, kemudian..
"Aku ni memang tak puas hati dengan kau tau Ayra! Cukuplah kau jadikan kawan aku ni kuli kau! Sekarang apa! Kau malukan dia pulak! Kau ingat aku ni nak diam je ke! tengking Syukri.
"So what!! Muka aku ni ada nampak macam kesah ke!" sindir Ayra.
"Kau perempuan! Jangan sampai aku ni hilang sabar! Kau sini perempuan!" marah Syukri sehingga menghampiri Ayra tetapi di halang oleh Thaqif.
"Sudah Syuk! Sabar, semua orang ada buat silap kan?" jawab Thaqif sambil menahan Syuk dari menampar Ayra.
"Hoi Thaqif! Kau diam! Kau ingat aku tak tahu yang kau tu suka aku kan! Sebab tu kau ikutkan je apa yang aku nak! Hei! Kau ingat lepas apa yang kau buat ni, kau dapat aku ke!! Hahahahaha!! Memang tak hingin aku nak boyfriend nerd macam kau! Kau bukan setaraf aku lah Thaqif! Kau tu sesuai jadi macai je!! MACAI!!" jawab Ayra dengan menyindir Thaqif sambil menggelakannya.
YOU ARE READING
Isteriku My First Love (COMPLETED)
NouvellesNur Qistina Ayra merupakan seorang gadis yang diminati oleh ramai lelaki ataupun dikenali sebagai "playgirl". Pantang jumpa lelaki hensem comfirm dia nak try. Ayra merupakan seseorang perempuan yang sosial padahal keluarganya alim tetapi dia taat de...