BAB 7

839 34 0
                                    

Hospital

Keesokan paginya, sementara Thaqif keluar untuk membeli sarapan pagi, Hajjah Humaira menggantikan Thaqif untuk menjaga Ayra. Disebabkan Hajjah Humaira sangat keletihan, dia membuat keputusan untuk melelap kan matanya buat seketika. Sejam kemudian, Hajjah Humaira mendengar suara yang sangat sayu seolah-olah memanggilnya. Dia tersedar dan melihat Ayra yang sudah bangun sambil menyandar badannya.

"Subhanallah! Anak ummi dah sedar! Doktor!" ujar Hajjah Humaira sambil mencium dahi anaknya sambil memanggil doktor.

"Cik Ayra? Cik okay? Sekejap ya, saya tolong check kan?" soal doktor.

"Alhamdulillah, takde apa-apa yang teruk berlaku padanya." ujar doktor sambil memandang Hajjah Humaira.

"Saya pergi dulu ya?" ujar doktor

"Terima kasih doktor!" dengan perasaan yang gembira.

"Sama-sama.." jawab doktor lalu beransur.

Ayra masih lagi dalam keadaan yang terpinga-pinga sambil melihat sekelilingnya.

"Ummi? Ayra dekat mana ni?" soal Ayra.

"Ayra,,, Ayra dekat hospital sekarang." jawab Hajjah sambil memegang tangan anaknya.

"Kenapa Ayra dekat hospital?" soal Ayra sambil memandang persekitarannya.

"Ayra,, Ayra jangan fikir banyak sangat? Ayra rehat dulu? Ummi nak telefon abi sekejap?" ujar Hajjah Humaira.

"...... Ayra diam dan hanya menganggukkan kepalanya.

"Ummi? Jangan lama-lama ya?" ujar Ayra dengan nada suara yang lembut.

Sesudah Hajjah Humaira menelefon suaminya, dia meluru masuk ke dalam bilik wad anaknya.

"Ayra ada nak makan apa-apa tak? Ummi boleh call Thaqif tolong belikan? Dalam masa yang sama, ummi boleh bagitahu dia yang Ayra dah sedar." soal Hajjah Humaira.

Ayra memegang tangan umminya, lalu menggelengkan kepalanya tanpa berkata apa-apa. Seolah-olah dia tidak mahu Thaqif tahu bahawa dia sudah sedar.

"Tapi dia suami Ayra." soal Hajjah.

Ayra terus mengerengkan badannya berpaling dari Hajjah Humaira.

"Baik,, ummi tak call Thaqif ya?" jawab Hajjah Humaira sehingga terkedu melihat perangai anaknya berubah.

Ayra terus memusingkan badannya semula ke arah Hajjah Humaira sambil tersenyum manis.

"Ummi rindu sangat dengan Ayra tau!" ujar Hajjah Humaira sambil mengusap-usap kepala anaknya.

Ayra hanya senyum melihat Hajjah Humaira.

Kemudian Thaqif mengetuk pintu wad, dan terkejut melihat isterinya yang sudah sedar dari koma.

"Ayra! Ayra dah sedar?" ujar Thaqif dengan senyuman yang gembira.

"Bila Ayra sedar ummi?" soal Thaqif sambil menghampiri katil Ayra.

"Tadi,," jawab Hajjah Humaira sambil memegang bahu Thaqif.

"Ayra, Ayra okay tak ni?" ujar Thaqif dengan nada suara yang sungguh lembut.

Ayra terus menyelindung mukanya di bawah selimut. Dia tidak langsung menyahut semula kata-kata suaminya. Hajjah Humaira berasa sedikit pelik tentang perangai anaknya.

"Ayra,, kenapa diam, jawablah? Thaqif kan tanya Ayra ni?" ujar Hajjah Humaira sambil memegang badan anaknya.

Ayra diam seribu bahasa.

"Ayraaaa?" ujar Hajjah Humaira sambil mengeluh melihat perangai anaknya.

"Takpe lah ummi,, mungkin Ayra perlu rehat yang cukup. Lagipun dia baru je sedar kan." jawab Thaqif sambil melihat Ayra yang sedang berselindung di bawah selimut.

Isteriku My First Love (COMPLETED)Where stories live. Discover now