Bab 15

888 28 0
                                    

"Kau baca apa tu?"soal Thaqif kepada Syukri yang sedang membaca novel.

Kemudian, Thaqif duduk di sebelah Syukri.

"Sejak bila kau baca novel, ni?"sindir Thaqif.

"Tu yang kau tak tahu pasal aku!"ujar Syukri.

Ketawa besar Thaqif melihat Syukri.

"Aku ni, suka baca novel.. Dari dulu lagi! Kau je yang tak tahu!"jawab Syukri.

"Kenapa aku tak tahu ehh, pasal ni?" ujar Thaqif.

"Sebab kau tak nak ambil tahu. Tu lah kau, sibuk dengan Ayra lagi. Sampai aku minat apa pun, kau tak tahu!" sindir Syukri.

"Haaaiii.. Dah tua-tua pun, nak merajuk lagi ke? Buruklah!"ujar Thaqif.

Syukri diam. Dia mengemas semula barang-barangnya, dan terus masuk ke dalam bilik. Tersenyum Thaqif melihat Syukri yang merajuk itu.

Tiga tahun kemudian...

"Baiklah! Nanti, daddy bagitahu mommy kamu,ya? Okay! Assalamualaikum!"ujar Dato Wahid sambil mematikan telefonnya.

Datin Mariam berlari ke arah suaminya.

"Siapa call abang tadi? Thaqif ehh?" soal Datin Mariam.

Kemudian, Dato Wahid mengangguk kepalanya.

"Dia beritahu, esok dia balik sini!"ujar Dato Wahid.

"Maksud abang, balik Malaysia!"soal Datin Mariam dengan wajah yang teruja.

"Iyeee.. Datin Mariam!"ujar Dato Wahid sambil senyum melihat gelagat isterinya.

"Yeayyy! Kalau macam tu, esok saya masak lauk kegemaran dia lah! Mesti dia rindu dengan masakan saya!"ujar Datin Mariam.

"Haa! Nanti, awak call lah keluarga Ayra? Beritahu pasal Thaqif ni, ya?" ujar Dato Wahid.

"Sekarang jugak saya call!"ujar Hajjah Humaira dan terus ke biliknya untuk menelefon Hajjah Humaira.

*********
Rumah sewa

Selepas Thaqif pergi ke London. Ayra tidak lagi duduk bersama keluarga -nya. Sekarang ini, dia tinggal bersama Kyra dan Alice di rumah sewa. Dia berpindah bukan kerana Thaqif. Dia berpindah kerana,, Ayra perlukan suasana yang tenang untuk dia fokus, terhadap kerjanya. Disebabkan itu, dia memilih untuk tinggal bersama Alice dan Kyra. Bukan dia, tidak langsung pulang ke rumah umminya. Kalau ada masa lapang, Ayra akan balik ke rumah umminya.

"Ayra?"panggil Kyra dan terus membuka pintu bilik Ayra.

Kemudian, Ayra terus menoleh ke arah Kyra.

"Kau nak apa?"soal Ayra sambil tangannya laju menaip di laptop.

"Cuba kau tengok phone kau sekarang!"tegur Kyra.

Ayra mengambil telefonnya. Dia melihat beberapa panggilan masuk dari Batrisya dan umminya.

"Ummi aku, dengan adik aku, call? Dorang, nak apa? Jap, aku call balik!" ujar Ayra kepada Kyra.

"Tak payah! Ummi kau dah call aku, tadi!"ujar Kyra.

Ayra menutup telefonnya semula.

"Oh yeke? Ummi aku nak apa?"soal Ayra.

"Ummi kau beritahu aku tadi, yang esok Thaqif dah balik Malaysia!"ujar Kyra.

"Ehhh! Kenapa pula, kena inform dekat aku?"soal Ayra.

"Manalah, aku tahu. Ummi kau yang suruh aku sampaikan dekat kau? So, kau janganlah tanya aku balik!"ujar Kyra dan terus turun ke bawah semula.

Isteriku My First Love (COMPLETED)Where stories live. Discover now