BAB 8

779 33 1
                                    

"Kenapa Ayra dingin je dengan aku, semenjak dia dah sedar ni! Dia tak nak langsung berbual dengan aku. Bila nampak aku, mesti dia diam!" bisik Thaqif dalam hati.

Dia termenung lama tanpa sedar kehadiran Insyirah yang sedang berdiri dihadapannya.

"A...bang Tha..qiff?"tegur Insyirah dengan suara yang sangat manja.

"Ehh! Ira! Kenapa ni!"jawab Thaqif.

Perasaan Thaqif berdebar-debar selepas mendengar namanya dipanggil dengan suara yang manja oleh adik iparnya.

"Kenapa muka abang macam takut je nampak Ira?" jawab Insyirah sambil merenung wajah Thaqif dengan jarak yang dekat.

"Iraaaa..." dengan nada suara yang perlahan.

Thaqif menjadi kaku, dan tidak mampu membuat apa-apa. Dia cuba untuk mengelak tetapi fikirannya waktu itu tidak tahu mana arah untuk melarikan diri kerana Insyirah menghalangnya.

"Kak Ira!" jerit Batrisya dari jauh apabila melihat Insyirah mendekati Thaqif.

"Apa!"jawab Insyirah dan cepat-cepat menjauhi Thaqif.

"Kak Ira buat apa ni!" marah Bat sambil mendekati Thaqif dan Insyirah.

"....kak Ira berbual dengan abang Thaqif je! Salah ke!" jawab Insyirah.

"Nak berbual tak salah! Tapi berpada-padalah! Takkan sampai macam tu!" tegur Batrisya.

"Dah lah! Kau ni sibuk lah! Kau budak lagi! Apa kau tahu!" jawab Ira lalu terus beransur dari situ.

Thaqif bangun dari tempat duduknya kerana ingin menjelaskan perkara sebenar kepada Batrisya.

"Bat! Apa yang Bat nampak tadi tu, semuanya salah faham?" jawab Thaqif.

"Takpeee, Bat percayakan abang. Abang janganlah risau ya. Bat takkan cerita dengan kak Ayra. Bat janji." jawab Batrisya sambil senyum ke arah Thaqif.

Perasaan Thaqif daripada takut terus kembali tenang apabila mendengar kata-kata Batrisya.

"Huhhh,, terima kasihnya Bat."jawab Thaqif.

"Sama-sama.. Bat masuk dulu ya, nak tengok ummi." jawab Batrisya.

"Ohh,, baiklah. Bat sekejap! Abi mana abi? Abi tak datang ke, jenguk ummi" soal Thaqif.

"Abi dah ada kat dalam dah?" jawab Batrisya.

"Bila abi masuk? Tak nampak pun tadi?"soal Thaqif semula.

"Kitaorang dah sampai pagi tadi dah! Tengok abang tidur, Abi tak sampai hati nak kejutkan abang!" jawab Batrisya.

"Ohhhh,,"jawab Thaqif.

"Okaylah, Bat masuk dulu ya."ujar Batrisya sambil meninggalkan Thaqif.

*****
Selepas dari melawat Hajjah Humaira. Kyra terus kembali semula ke wad Ayra untuk melihat keadaannya.

"Ayra? Aku dah balik?" ujar Kyra dengan tangan yang penuh membawa makanan untuknya.

"Ummi macam mana? Dah sedar? Ke tak sedar lagi?" berterusan Ayra bertanyakan soalan kepada Kyra.

"Ayra,sabarlah dulu. Aku baru je sampai ni! Lepas aku sediakan makanan ni, kau nak tanya apa-apa tanyalah! Aku jawab!"tegur Kyra.

"Okaayy.."sambil menunduk kepalanya ke bawah.

Kyra senyum melihat kawannya merajuk. Dia faham perasaan Ayra yang rindu dengan umminya. Kemudian, Kyra memegang tangan Ayra.

"Ummi kau masih tak sedar lagi. Doktor cakap ambil masa yang lama untuk sedar. Sekarang ni kita banyakkan berdoa ya, semoga Allah sembuhkan ummi kau dengan cepat."ujar Kyra.

Isteriku My First Love (COMPLETED)Where stories live. Discover now