BAB 9

789 31 1
                                    

"Jangan macam ni, Ayra! Sanggup kau nak tinggalkan aku!"ujar Kyra.

"Abi aku dah buang aku. Kalau fikirkan balik, betul lah cakap abi aku, aku memang selalu menyusahkan orang sekeliling je? Buat apa lagi aku kat sini kan?" jawab Ayra dengan hati yang pasrah.

"Ayra! Aku kenal kau! Kau jangan menyerah kalah! Kau boleh cuba lagi untuk pujuk abi kau! Aku percaya!"jawab Kyra sambil mengalirkan air matanya.

"Aku penatlah, dah macam-macam aku buat. Tapi, aku dengan abi aku tetap macam ni. Redha je lah. Dah takde jalan lain dah."jawab Ayra.

"Aku balik dulu ya, nanti abi aku marah pulak nampak aku kat sini. Assalamualaikum." ujar Ayra dan meninggalkan Kyra bersama Thaqif.

Kemudian Thaqif mengejar Ayra dan menarik tangannya.

"Ayra!" panggil Thaqif.

"Kau nak apa lagi! Tak cukup ke kau dah huru-hara kan family aku! Itu yang kau nak kan! Kau sukakan aku kena buang dari family aku sendiri!"
tengking Ayra kepada Thaqif.

"Ayra, aku tak tahu sebab aku family kau jadi macam ni! Aku minta maaf Ayra!" jawab Thaqif.

"Cukuplah dengan lakonan kau tu Thaqif! Aku penatlah, dengan semua drama ni! Tak cukup ke kau berlakon baik depan bapak aku tadi! Stop lah!"tengking Ayra.

"Pasal tadi tu, aku tak berlakon Ayra! Aku sayangkan kau! Percayalah aku Ayra!" jawab Thaqif sambil mengalirkan air matanya.

"Kau sayangkan aku! Hehh! Bukan selama ni, kau hina aku, kau rogol aku, kau buat aku ni macam pelacur! Rumah kau tu dah aku anggap macam PUSAT PELACURAN! Itu ke sayang yang kau maksudkan! Lepastu, harini senang-senang je, kau confess kat aku! Yang kau suka aku! Macam sebelum ni tak de berlaku apa-apa? Kau ingat aku ni, alat permainan kau ke!" tengking Ayra dan langsung meninggalkan Thaqif.

"Aisyah! Aku buat semua ni untuk dia!"jawab Thaqif dengan nada yang kuat.

Kemudian, Ayra berhenti apabila mendengar nama tersebut. Nama itulah yang selalu di sebutkan oleh Thaqif semasa dia mengigau. Lalu Ayra terus menoleh ke arah Thaqif.

"Aisyah adik aku, dia dah meninggal dunia!"jawab Thaqif sambil mengalirkan air mata.

"Kau ada adik!" soal Ayra.

"Haah! Aku sayang dia. Dia umpama pelengkap hidup aku. Aku tak boleh terima hakikat yang dia dah meninggal. Kau nak tahu macam mana dia boleh mati!"marah Thaqif kepada Ayra.

Ayra terkejut melihat muka Thaqif langsung berubah. Dia langsung mendekati Ayra dan memegang bahunya dengan kuat.

"KAU NAK TAHU TAK KENAPA DIA BOLEH MATI!" tengking Thaqif.

"Kena..pa?" jawab Ayra sambil menahan kesakitan.

"SEBAB KAU! KAU LAH PENYEBAB DIA MATI! Kalau tak! Dia masih hidup dan hidup aku bahagia!" marah Thaqif sambil memandang mata Ayra sambil mengalirkan air matanya.

"Lepas dia tahu aku suka perempuan macam kau! Dan dia tahu aku jadi kuli kau! Dia marah aku! Dia benci aku! Dia lari dari rumah sebab malu dengan kawan dia, hina abang dia! Waktu dia lari dari rumah! Kau tahu apa jadi kat dia! Kau tahu tak perempuan!" tengking Thaqif sambil menggerakkan badan Ayra dengan kuat.

"Taaakk... Aku tak tahu!" jawab Ayra dengan perasaan yang takut.

"Dia kena langgar.. Kau tahu tak! Betapa luluhnya hati aku, bila tengok sendiri dengan mata kepala aku, adik aku mati terbaring dekat tengah jalan dengan berlumuran darah! Kalau kau kat tempat aku, apa kau rasa! APA KAU RASA!!" tengking Thaqif.

Isteriku My First Love (COMPLETED)Where stories live. Discover now