Majlis Syarikat C&O
Selepas tamatnya majlis tersebut, Thaqif kembali ke pejabat semula. Kemudian, Dato Wahid menyuruh Umi untuk memanggil Thaqif berjumpa dengannya di dalam biliknya.
"Nasib baik you dah sampai? Kalau tak, I tak tahu nak cakap apa dengan dato?" ujar Umi.
"My dad ada kat sini!" terkejut Thaqif.
"Yesss, Dato nak jumpa.. Dia tunggu you dalam bilik.." jawab Umi.
Kemudian, tanpa melengahkan masa Thaqif masuk ke biliknya. Selepas saja dia masuk, dia melihat Dato Wahid yang sedang duduk di atas sofa sambil membaca surat khabar.
"Daddy? What are you doing here?" soal Thaqif dengan tangan menggigil apabila melihat wajah Dato Wahid yang masam itu.
Dato Wahid bangun, dan berdiri di depan anaknya. Kemudian, tamparan yang kuat diberikan oleh Dato Wahid pada muka Thaqif sehingga mukanya menjadi merah.
"Daddy! Kenapa you tampar I!" jawab Thaqif yang tidak tahu apa yang telah terjadi kepada Dato Wahid.
"I takkan tampar you, kalau I takde sebab!" tengking Dato Wahid sehingga terdengar staff mereka.
"So.. apa sebab dia!" ujar Thaqif sambil memegang pipinya yang sakit itu.
"You plan semua ni ye.." ujar Dato Wahid kepada Thaqif.
"Plan apa ni! I don't understand!" ujar Thaqif.
"Macam mana, Ayra boleh ada dekat majlis tadi! You yang ajak dia kan! Actually, you dah tahukan yang perempuan tu lawyer! That why, you invite dia datang majlis perasmian kita tadi!" tengking Dato Wahid.
"Sumpah! I tak tahu apa-apa daddy pasal hal ni! I pun terkejut, bila dia ada waktu majlis tu!" jawab Thaqif sambil air matanya mengalir.
"Stop acting lah Thaqif! I know you.. You sanggup buat apa je untuk jumpa Ayra balik!" ujar Dato Wahid.
"You tahu? Disebabkan daddy tak layan Ayra tadi, ramai VIP mempersoalkan tau? Kenapa I tak layan dia, dengan baik? Disebabkan dia, imej syarikat kita boleh jatuh! You're embarrassing me!" ujar Dato Wahid.
"Daddy nak you lupakan perempuan tak guna tu! Daddy benci dia! And one more thing, daddy tak nak you ada kaitan dengan perempuan tu lagi! Faham!" ujar Dato Wahid.
"..faham daddy.." jawab Thaqif dengan nada suara yang serak.
Lalu, Dato Wahid keluar dari bilik Thaqif dengan muka yang masam. Semua staff mereka takut melihat wajah Dato Wahid yang sebegitu. Kemudian, dia terus keluar dari situ.
Thaqif yang masih dalam dilema. Dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia harus melupakan Ayra.
"Inilah yang kau nak kan, Ayra! Kau tunggu!" bisik Thaqif dalam hati sambil menggenggam tangannya.
*******
Keesokan harinya, Ayra bangun dan terus bersiap. Selalunya, selepas Ayra bersiap, dia akan menunggu Alice di dalam kereta. Tetapi kali ini, Ayra terus ke pejabat dan mereka berdua pergi ke kerja dengan kenderaan masing-masing.Office
"Morning.." ujar Ayra kepada staff nya.
"Morning cik Ayra.. Harini, cik Ayra datang sorang je ke? Miss Alice mana?" ujar staff tersebut.
"Kita orang naik kereta asing-asing! Ada lagi ke nak tanya?" ujar Ayra dengan tegas.
"Hmmmm, takde.." jawab staff nya.
"Kalau you nak jadi wartawan? Tempat dia bukan dekat sini!!" sindir Ayra dengan tegas.
Lalu Ayra terus menuju masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
Isteriku My First Love (COMPLETED)
Short StoryNur Qistina Ayra merupakan seorang gadis yang diminati oleh ramai lelaki ataupun dikenali sebagai "playgirl". Pantang jumpa lelaki hensem comfirm dia nak try. Ayra merupakan seseorang perempuan yang sosial padahal keluarganya alim tetapi dia taat de...