Bilik Thaqif
Thaqif sedar dari tidurnya. Dengan perlahan-lahan dia bangun dan bersandar di atas katilnya. Sudah dua hari, dia terbaring di atas katil kerana demam panas. Demamnya makin pulih. Memandangkan tekaknya sangat dahaga. Thaqif bangun dan melangkah perlahan-lahan untuk mengambil air. Disebabkan badan dia masih lemah. Dia terjatuh, lalu Syukri datang memapahnya.
"Kau ni! Lain kali, kalau nak apa-apa panggil aku!"tegur Syukri.
Lalu, Syukri dudukkannya di atas sofa.
"Aku bukan apa... Just, aku tak nak susahkan kau... Kau dah banyak tolong aku..."ujar Thaqif dengan perlahan-lahan.
"Habis! Siapa lagi nak tolong kau, kalau bukan aku..."ujar Syukri.
"Thanks bro..."ujar Thaqif.
Lalu, Syukri bangun dan mengambil ubat Thaqif. Dia menghulurkan segelas air dan ubat pada Thaqif. Kemudian, Thaqif menoleh matanya ke arah meja yang dipenuhi dengan bekas yang berisi makanan.
"Banyak betul bekas makanan atas meja tu?"tegur Thaqif.
"Itu, semua dari Ayra. Dia masakkan untuk kau!"ujar Syukri.
"Yeke! So, makanan yang aku makan selama ni, makanan dari dia?"soal Thaqif dengan nada yang riang.
"Iyeeee!"ujar Syukri sambil tersenyum.
"Aku perasan! Sepanjang kau demam ni, si Ayra tu, risau betul dengan kau... Bekas makanan tu, betimbun- timbun atas meja. Itu semua dari dia. Kalau kau nak tahu, setiap hari lah dia hantar kat bilik ini. Macam-macam lauk dia masak! Sampai aku, naik segan dengan dia."ujar Syukri sambil menonton tv.
"Tak sangka aku! Yang dia risaukan aku!"ujar Thaqif dengan tersenyum- senyum.
Syukri memandangnya. Dia melihat Thaqif tersengeh-sengeh lalu, tangannya hinggap ke muka Thaqif.
"Aduh!! Kau ni dah, kenapa!"jerit Thaqif selepas ditampar oleh Syukri.
Lalu, Syukri ketawa.
"Sorry lah... Aku ingat nyamuk tadi..." ujar Syukri dan cuba untuk menahan gelaknya.
Lalu, Thaqif mengusap-usap pipinya yang sakit itu. Kemudian, sambung berangan.
"Dah! Dah! Tak payah nak tersengeh sangat! Ni! Memandangkan kau dah sihat... Aku nak kau, cuci semua bekas-bekas makanan tu, pastu pulang dekat Ayra balik!" ujar Syukri.
"Sekarang, ke?"ujar Thaqif.
"Yelah! Sekarang!"marah Syukri.
"Aku takutlah... Macam mana, kalau dia tak nak jumpa aku..."ujar Thaqif dengan nada yang sangat risau.
Syukri mengeluh.
"Alaaaah... Kau tak payah risau lah! Confirm, dia nak jumpa kau punya! Percayalah, cakap aku!"jerit Syukri.
Dia sangat yakin dengan hatinya yang Ayra pasti ingin berjumpa dengan Thaqif. Kemudian, Thaqif bangun dan mencuci semua bekas-bekas tersebut.
Syukri apalagi, dia hanya tergelak- gelak memandang Thaqif yang sedang sibuk mencuci."Syuk? Bangun lah! Bekas-bekas ni, macam mana?"ujar Thaqif.
Sehingga terlelap Syukri melihat Thaqif mencuci. Lalu, Thaqif melihat Syukri masih tidak sedar. Tidur mati agaknya. Thaqif mencari inisiatif lain, untuk kejutkan Syukri tetapi tetap gagal. Syukri betul-betul tidak sedar. Kemudian, dia buat keputusan untuk menghantar sendiri, bekas-bekas makanan tersebut kepada Ayra.
Ketika berada di hadapan bilik Ayra. Hatinya berdebar-debar. Berpeluh- peluh, dia berdiri di hadapan bilik Ayra. Berulang-alik dia berjalan di hadapan bilik Ayra sambil membebel seorang diri. Lalu, Thaqif memilih untuk memanggil Alice.
YOU ARE READING
Isteriku My First Love (COMPLETED)
Short StoryNur Qistina Ayra merupakan seorang gadis yang diminati oleh ramai lelaki ataupun dikenali sebagai "playgirl". Pantang jumpa lelaki hensem comfirm dia nak try. Ayra merupakan seseorang perempuan yang sosial padahal keluarganya alim tetapi dia taat de...