BAB 10

881 29 0
                                    

"Ini dah hari yang ke-10. Ummi masih tak sedar-sedar? Ummi? Sanggup ke, Ayra nak tinggalkan ummi. Maafkan Ayra ummi, Ayra terpaksa. Nanti, bila ummi dah sedar. Ummi jangan cari Ayra ya? Ummi janji dengan Ayra ya?"bisik Ayra dengan nada yang perlahan di luar tingkap bilik umminya.

Kemudian, Haji Ilyas melihat Ayra dari jauh yang sedang menangis di luar tingkap bilik isterinya.

"Tak lama lagi, isteri aku akan sedar. Lepas je isteri aku sedar nanti, aku nak kau pergi dari sini. Aku tak nak, dia nampak muka kau."jawab Haji Ilyas dengan tegas.

"Jadi, memang betullah abi nak Ayra pergi dari sini ya? Ayra tak marah abi, buat Ayra macam ni? Sebab Ayra tahu, abi still marahkan Ayra. Ayra nak abi tahu, Ayra betul-betul menyesal dengan apa yang Ayra buat dekat keluarga kita."jawab Ayra sambil mengalirkan air matanya.

"Sekarang baru nak menyesal! Dah terlambat lah! Aku pun dah tak boleh dah tengok muka kau!"marah Haji Ilyas.

"Baiklah.. Nanti bila abi dah tahu, perkara sebenar. Boleh tak abi janji? Jangan cari Ayra?"ujar Ayra sambil menangis.

"Kau jangan berangan yang aku akan cari kau! Buat apa! Buang masa jelah!"tengking Haji Ilyas.

"Baik! Terima kasihh abi! Halalkan makan minum Ayra ya abi?"ujar Ayra sambil menangis.

"Aku halalkan!" marah Haji Ilyas dan terus duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan wad isterinya.

"Abi?"panggil Ayra.

"Hishhh, kau nak apa lagi!"tengking Haji Ilyas.

"Ayra, sayangkan abi."ujar Ayra lalu beransur dan meninggalkan Haji Ilyas berseorangan. Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Ayra kepada bapanya.

Selepas Haji Ilyas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ayra. Dia terdiam dan mengalirkan air matanya.

"Ya allah, betul ke apa yang aku buat ni! Aku buang anak aku sendiri! Astaghfirullahhalazim!" dengan nada suara yang perlahan.

Sampai sahaja di rumah Kyra, Ayra duduk dan termenung serta tidak menjamah langsung lauk yang dimasak oleh Kyra.

"Ayra! Kau tak makan ke,tengahari tadi? Aku tengok lauk ni, tak terusik pun!" ujar Kyra sambil melihat Ayra termenung.

"Boleh pulak, termenung dia ni! Ayra!" jerit Kyra.

"Sorry,, kenapa?"jawab Ayra.

"Kenapa, kau cakap? Aku tanya, kau tak makan ke tengahari tadi?" soal Kyra.

"...aku makan luar."jawab Ayra.

"Makan luar? Aku tahulah lauk aku masak ni, tak sedap!" sindir Kyra.

"Alaa, kau ni.. Sensitif lah. Yelah, aku makan kejap lagi.."jawab Ayra.

"Okay!"jawab Kyra.

"Petang tadi, Thaqif datang! Dengan Syukri."ujar Kyra.

"Dia buat apa datang sini!"soal Ayra.

"Kau lagi tanya aku, buat apa dia datang sini? Kau rasa?"marah Kyra.

"Dia cari aku ekhh?" jawab Ayra.

"Baguslah dah tahu jawapan dia. Tak yah susah-susah aku nak bagitahu."sindir Kyra.

Selepas itu, Ayra terus naik ke biliknya.

"Ayra? Macam tu je? Janganlah naik dulu? Temanlah aku?"panggil Kyra.

Ayra langsung tidak menyahut panggilan Kyra yang jerit memanggilnya.

Keesokan paginya, sesudah subuh Ayra keluar dari rumah Kyra dengan beg bagasinya dengan perlahan-lahan tanpa didengari oleh Kyra yang nyenyak tidur di dalam biliknya.

Isteriku My First Love (COMPLETED)Where stories live. Discover now