BAB 10: RESAH

92 5 0
                                    

SUDAH hampir dua bulan Ryzal hilang dan masih belum ditemui. Pelakon popular tanahair dan anak kenamaan itu masih lagi menjadi topik utama akhbar-akhbar tempatan malahan ada yang siap buat kiraan hari dari tarikh Ryzal dilaporkan hilang meskipun Dato' Mirdad sudah memberi amaran kepada pihak terbabit kerana dia tidak mahu kes anaknya disensasikan demi mengaut keuntungan.

Terdapat juga beberapa akhbar dan pakar jenayah memberikan spekulasi dan pendapat mereka sendiri mengenai kes yang belum menemui kesudahan itu. Kes tersebut sememangnya agak menggemparkan kerana pihak penculik tidak menghubungi keluarga orang yang diculik lalu menguatkan spekulasi bahawa Ryzal sudah meninggal dunia. Keengganan Dato' Mirdad untuk bekerjasama juga membuatkan orang lain berfikir berkemungkinan kes ini mempunyai unsur lain. Suraya membaca suratkhabar yang baru dibelinya sambil memandang Ryzal yang masih asyik menonton TV.

"Ryzal, awak memang popular sekarang. Saya percaya kalau ada majlis anugerah pelakon terbaik tahun ni awak akan menang sekali lagi."

"Motip?" herot mulut Ryzal.

Suraya duduk berhadapan Ryzal.

"Orang kita ni kan hati lembut, suka bersimpati. Dengan berita kehilangan awak ni, awak akan ditanda oleh para peminat kesayangan awak, percayalah. Inipun strategi pemasaran menaikkan jenama nama awak, tengoklah televisyen pun siap ada ulang siar drama lakonan awak." Suraya menguatkan hujah kata-katanya tadi.

"Baik awak doakan saya menang award, tahun ni saya banyak berlakon tahu. At least orang tengok bakat lakonan saya, bukan pasal saya hilang ke apa," balas Ryzal.

"Wah, suka nampak."

"Suka awak kata? Langit tak, bumi tak, urgh!" Ryzal mengeluh.

"Think positive okay?" Suraya memberi semangat.

"Okey. Lupa nak info. Maseira dah semakin okey, dia dah mula kerja. Saya harap dia boleh teruskan hidup dia."

"Haah, bersyukurlah girlfriend awak tu selamat macam saya selamat. Nanti awak risaukan kami berdua pula," spontan Suraya terlepas cakap.

Ryzal hanya senyum kambing, Suraya pula terus masuk ke dalam biliknya.

Apa aku cakap tadi? Kenapalah aku tak jaga mulut tadi, hish!

Suraya mengumam dan memarahi diri sendiri.

***

Maseira semakin bosan dengan pihak suratkhabar yang menunggu-nunggu di hadapan rumahnya. Hanya kerana Ryzal teman lelakinya hilang, dia pula menjadi perhatian media. Malahan banyak syarikat majalah mahu mengambilnya sebagai muka depan majalah mereka untuk melariskan jualan. Kadang-kadang Maseira naik rimas! Pagi itu Maseira sebenarnya ingin bertemu dengan seseorang. Apabila Maseira bersiap untuk keluar, dia menyelak langsir rumahnya.

"Paparazi betul dorang ni, nak keluar pun susah." Maseira mengeluh melihat wartawan yang menunggu.

"Kalau aku ni Camilla Cabello yang tengah hot bercinta dengan Shawn Mendez takpe juga. Ni.. boyfriend pun hilang."

Maseira terus telefon bimbit milik dan menghubungi Rina kawan baik merangkap pengurusnya.

"Helo. Rina, pick up aku sekarang, jalan belakang tau, kau faham-faham jelah ya?"

"Okey bos!" Rina faham.

"Cepat tau, nak mati aku terkurung dekat sini. Sesak nafas ni!"

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Mar 02, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang