BAB 3 : CUBAAN BUNUH!

70 1 0
                                    

Selepas bertugas di Unit Berita, Suraya bergegas ke hospital untuk berjumpa dengan Farid. Suraya amat pasti bahawa Farid berada di hospital untuk mendapatkan berita tentang Maseira. Sampai saja di hospital, Suraya melihat telah ramai pihak wartawan dan stesen TV datang ke sana. Semua wakil media tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis apatah lagi Suraya. Suraya turun daripada kereta dan melihat-lihat sekiranya ada Farid di situ, namun kelibat Farid tidak kelihatan di antara orang ramai tersebut.

One day when the light is glowing

I'll be in my castle golden

But until the gates are open

I just wanna feel this moment

Oh, I just wanna feel this moment

Lagu Feel This Moment nyanyian Pitbull dan Christina Aguilera menganggu fokus Suraya, segera telefon bimbit di begnya diambil dan diangkat.

"Helo."

"Helo Suraya. Awak mesti dekat hospital kan? Farid dah cadangkan awak masuk Unit Jenayah. Jadi, awak ada skop awak. Tapi awak tetap pembaca berita. Jadi, untuk tugas pertama awak bersama unit tu, awak buat laporan live dekat sana. Okey Suraya, in 20 minutes, Kefli, our cameraman and our crew akan sampai ke sana, okey?" Sally memberi arahan.

"Okey, arahan terima." Suraya bersetuju. Arahan itu memungkinkan dia untuk mendapatkan lagi banyak maklumat.

Suraya yang masih menunggu krew stesen TV 13 sampai melihat seorang lelaki dan seorang perempuan pertengahan usia dibenarkan masuk. Mereka mungkin ibu bapa Maseira. Suraya faham keadaan yang sedang berlaku, meminta untuk menemubual ahli keluarga mangsa bukanlah langkah yang bijak. Selepas Kefli sampai, Suraya terus menemui polis yang mengawal keselamatan Maseira dan menunjukkan pas stesen. Seketika kemudian dia lihat polis tersebut berbisik kepada ketuanya sebelum Suraya dibenarkan masuk.

"Cik Suraya Zain, tak kenal saya lagi?" tanya pegawai polis selaku ketua di situ.

Suraya segera pandang orang tersebut.

"Inspektor Haikal, lama tak jumpa." Suraya masih mengenali inspektor itu kerana dia pernah sama terlibat dalam satu kes tahun lalu. Ketika itu Suraya hampir terjatuh daripada bangunan tinggi dan inspektor itu sempat merentap tangan Suraya dan menyelamatkannya. Jika tidak, mungkin Suraya sudah menjadi tulang belulang dalam kubur agaknya.

"Ingatkan dah tak ingat, ni datang ni amik laporan ke?" tanya Inspektor Haikal.

Suraya pandang Inspektor tersebut. Ini mungkin cara terbaik untuknya mendapatkan maklumat.

"Sekejap lagi saya kena buat liputan. Ini kemalangan?" Suraya ingin tahu.

"Ini kemalangan langgar lari. Saksi kata, mereka ternampak sebuah kereta langgar mangsa yang nak menyeberang jalan." Inspektor Haikal memberitahu.

"Setakat ni macamana keadaan Cik Maseira?" tanya Suraya lagi, berharap soalannya dapat dijawab oleh Inspektor tersebut.

"Masih dalam bilik pembedahan. Maaf Cik Suraya, saya kena ke sana dulu. Kita bertemu lagi nanti."

"Insya Allah," balas Suraya.

Suraya senyum dan dibalas Inspektor Haikal dengan senyuman. Gugur juga jiwa Suraya. Tapi Suraya faham, ini tugas, mereka bersikap profesional. Suraya kemudian memandang Kefli yang sedia untuk membuat rakaman lintas langsung daripada hospital.

"Kita mula dalam 30 saat." Kefli siap sedia memberi arahan pada Suraya yang sudah bersedia membuat liputan di tempat yang dibenarkan.

"Salam Sejahtera dan Selamat Petang. Saya Suraya Zain kini berada di Hospital Kuala Lumpur di mana Maseira Dato' Azmi dirawat. Beliau merupakan teman wanita kepada Ryzal Dato' Mirdad seorang pelakon terkenal yang masih hilang. Menurut saksi kejadian, sebuah kereta melanggarnya semasa mangsa mahu menyeberangi jalan. Mangsa masih berada dalam bilik pembedahan. Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat, anda diminta tampil untuk memberi keterangan di balai polis berdekatan. Sekian, langsung dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kita kembali ke studio bersama Anita Sahar untuk berita selanjutnya." Suraya menamatkan sesi liputan itu.

BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang