BAB 4 : HARAPAN

48 4 0
                                    


KEHIDUPAN semakin hari semakin berubah. Ada yang menempuhinya dengan baik dan ada yang menempuhinya dengan penuh sukar. Kehilangan dan kesakitan yang tidak dijangka boleh berlaku pada sesiapa saja. Masalah akan selalu menular kerana kehidupan bukanlah satu jalan lurus malah penuh berliku dan perlu dialami sebagai insan bernama manusia. Jarum jam tidak pernah berhenti berdetik, mungkin saja apabila baterinya habis namun bumi akan sentiasa berputar pada paksi kerana itulah ketentuan-Nya.

"Masya Allah Suraya!" kawan baik Suraya, Weeda terkejut apabila melihat Suraya terlantar di atas katil hospital. Rauf menemaninya.

Ryzal hanya mampu memerhati Suraya. Kerana dia Suraya terlantar begitu. Ryzal tahu dia tak mampu lakukan apa-apa. Ryzal juga sering memerhati Maisera dan melihat keadaannya. Walaupun Maseira cedera lebih teruk daripada Suraya tapi Ryzal bergantung harap pada kesembuhan Suraya. Hanya Suraya yang boleh membantu dirinya. Hanya Suraya yang boleh melihat dirinya. Hanya Suraya yang boleh menemukan mayatnya. Bagaimana dan kenapa Ryzal sendiri tidak tahu.

Dia bergantung harap pada Suraya.

"Suraya, sedarlah cepat Suraya. Tolong aku Suraya." Ryzal memandang Suraya yang dipakaikan alat bantuan pernafasan.

"Sudahlah Weeda. Insya Allah Suraya tak apa-apa." Rauf menenangkan Weeda. Dia tahu Weeda sedih melihat keadaan Suraya begitu.

Weeda memandang Rauf.

"Apa kata doktor? Bila Suraya akan sedar?" tanya Weeda pada Rauf di sebelahnya.

"Weeda, doktor bukan Tuhan. Doktor boleh kata apa saja. Kita berdoalah pada Tuhan supaya Suraya cepat sedar." Rauf menjawab sambil menenangkan Weeda.

Hampir setengah jam berada di situ, kemudiannya Weeda dan Rauf keluar. Hanya Ryzal berada di situ. Ryzal cuba memegang tangan Suraya walaupun semuanya tidak mungkin. Ketakutan mula bersarang kembali. Ryzal takut jika Suraya berseorangan begitu kerana mungkin orang yang cuba membunuh Suraya akan datang kembali.

Plak!

Pintu dibuka seseorang. Ryzal tersentak, segera dia menoleh melihat ke belakang. Seorang lelaki yang menutup separuh wajahnya dan bercermin mata gelap masuk dan memandang Suraya. Ryzal berdiri dan cuba menggerakkan pasu bunga semampu boleh tapi saat itu dia sangat takut, takut apa-apa berlaku pada Suraya!

Plak!

Pintu dibuka lagi.

"Mak cik, itu kakak Suraya!" lelaki tadi menunjukkan Suraya yang terbaring.

"Terima kasih Akil. Terima kasih sebab sudi temankan mak cik sampai ke sini," ibu Suraya berterima kasih.

Akil senyum dan membuka sapu tangan yang menutup wajahnya dan juga cermin mata gelapnya.

"Maaf mak cik, bawa pakai motosikal. Bukan tak mampu beli kereta. Tapi saya orang bujang, jadi lagi selesa guna motosikal." Akil meminta maaf.

Ibu Suraya angguk dan kemudian perlahan-lahan menuju ke arah Suraya. Dia memandang wajah Suraya dan mengusap dahinya.

"Cepat-cepat sedar ya nak. Kami semua sayangkan kamu," ibu Suraya berkata pada Suraya. Walaupun hiba tapi ibu Suraya kelihatan sangat tenang.

Lama ibu Suraya berada di situ. Sampaikan Akil sendiri tertidur di sofa yang disediakan. Sementara itu, perlahan-lahan ibu Suraya membersihkan Suraya dengan membasahkan tuala kecil dan mengusap lembut tangan, kaki, kepala dan hampir semua anggota badan Suraya.

Plak!

Pintu terbuka lagi. Doktor bertugas dan seorang jururawat masuk ke dalam.

"Kami nak lakukan sedikit pemeriksaan ya mak cik," ujar doktor.

"Baik doktor," balas ibu Suraya dan kemudian duduk di sofa yang disediakan.

Ibu Suraya hanya memerhati doktor dan jururawat itu memeriksa anaknya. Ryzal pula berada di sebelah doktor itu dan memerhati apa yang dicatatkan. Nasib baiklah semuanya positif. Ryzal lega.

"Alhamdulillah mak cik. Anak mak cik semakin sembuh. Nasib baiklah daya tahan badannya kuat. Hanya tangan kirinya saja patah. Insya Allah Suraya akan sedar tak lama lagi. Kita berdoa sama-sama ya mak cik," doktor itu memandang ibu Suraya.

Ibu Suraya tersenyum.

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama. Memang tugas saya."

Kemudiannya doktor dan jururawat keluar. Ryzal lega dengan kata-kata doktor.

"Cepatlah sedar. Kau kuat Suraya!" Ryzal memandang Suraya lagi.

Sementara itu seseorang memerhatikan Suraya daripada luar pintu hospital sambil tersenyum.

Tidak ada dua rama-rama yang serupa di dalam dunia ini. Walaupun kita akan terjumpa dengan rama-rama dari spesis yang sama yang mempunyai corak yang sama, jika kita melihatnya dengan lebih dekat lagi, pasti kita akan berjumpa dengan kelainannya.

Orang itu menggumam sendirian dan kemudiannya berlalu daripada situ secepatnya.

BERSAMBUNG...

BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang