BAB 7: MUSUH

47 3 0
                                    

TELEVISYEN di ruang tamu Suraya masih terpasang. Suasana agak sunyi seketika. Sementara Suraya melihat apa yang berlaku, seseorang sedang menuju ke arah Suraya dengan penuh berhati-hati. Suraya tidak menyedarinya. Di tangan orang tersebut ada topeng rama-rama yang telah diambil dari bilik Suraya, topeng sama yang diambil Suraya dari longkang kelab beberapa hari lepas. Orang itu melangkah perlahan-lahan mendekati Suraya lalu memakai topeng tersebut.

Suraya melihat seseorang. Dia terkejut

"Kau tengah buat apa Ryzal?" marah Suraya tiba-tiba.

"Aku tengah practice lah ni Suraya."

Suraya mengherot mulutnya. "Amboi, habis cawan aku kau kerjakan ya."

"Sorry, baru satu je yang pecah kan. Itupun kerja kucing Tesco kau. Takkan itupun nak kira. Nanti boleh claim balik dengan tuan dia."

"Wah wah, nanti tak pasal-pasal semua gelas di rumah aku ni pecah pulak oleh kau."

"Bukan aku lah. Suraya, kau dah lupa ke? Aku nak sentuh diri sendiripun tak dapat, lagi nak sentuh gelas kau. Aku dah cuba banyak kali Suraya. Tak dapat."

"Meow!"

Tesco mengejutkan Suraya dengan suaranya.

Suraya memegang salah satu gelas yang cuba diambil Ryzal. Kemudiannya Suraya cuba mengambil gelas yang berada di tangan Ryzal tetapi gagal.

"Tak dapat pun!" Ryzal ketawa.

Tiba-tiba seseorang datang dari arah belakang dengan tangkas dan meletakkan pisau di leher Suraya. Ryzal hanya mampu melihatnya.

"Kau bercakap dengan siapa?" orang tersebut bertanya.

Suraya terkejut, jantungnya bagai nak terjatuh. Pisau dilehernya ketika itu amat-amat tajam, dia terluka sedikit.

"Kau siapa? Apa kau nak?!" Suraya bertanya keras!

"Kau jangan banyak tanya. Aku nak bagi amaran, kau jangan nak menyibuk hal aku! Faham?" orang tersebut memberi amaran keras.

"Hal apa yang aku sibuk? Hal kau?" tanya Suraya tidak gentar.

"Aku hanya nakkan jawapan. Kau faham ke tak?!" bentak orang tersebut.

"Faham!" Suraya menjawab geram, luka di lehernya kian sakit dan pedih.

Ryzal yang berada di sana tidak mampu berbuat apa-apa, dia tidak mampu menyentuh orang tersebut. Ryzal sebenarnya mahu menanggalkan topeng orang yang berhud tersebut. Tapi bila melihatkan darah mengalir ke baju Suraya, Ryzal perlu buat sesuatu. Ini sudah kali kedua diserang, tetapi Ryzal tidak mampu berbuat apa-apa.

"Ingat, ini amaran terakhir!" orang itu mengingatkan dan kemudiannya memukul tengkuk Suraya sehingga pengsan.

Orang tersebut lari dan meninggalkan Suraya di situ. Tesco yang memerhatikan orang tersebut segera mengiau manja. Ryzal pula berteriak membangunkan Suraya yang masih pengsan. Ryzal cuba menggerakkan tuala untuk diletak di leher Suraya yang luka tetapi gagal meskipun dicubanya berkali-kali dan Ryzal tahu dia tidak mungkin dapat melakukannya.

"Suraya, bangun Suraya. Bangun!" Ryzal mengejutkan Suraya.

Namun Suraya masih tiada respon. Ryzal menunggu di sebelah Suraya dengan perasaan yang bercampur baur. Pelbagai rasa menerjah di fikiran. Ryzal semakin cemas, tapi dia hanya mampu duduk di situ, memerhatikan Suraya seperti seorang yang sangat-sangat tidak berguna.

BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang