JULAI 2015.
Buka sahaja mata, Khayla memandang sekeliling. Suasana sekeliling seperti di hospital. Apa yang berlaku? Kenapa dia dekat sini? Pelbagai persoalan mula bermain difikirannya. Dia sendiri tidak pasti apa yang telah berlaku kepadanya.
Kepala mula terasa sakit bila semua soalan satu-satu muncul difikirannya atau ketika dia cuba untuk ingat apa yang berlaku. Itu yang berlaku padanya dua bulan yang lalu. Dimana pertama kali dia tersedar dari koma selama sebulan. Untuk kali pertama sedar, dia bukan dirinya sendiri. Dia tidak kenal siapapun kecuali hanya keluarganya sendiri.
Dua minggu selepas dia sedar, doktor benarkannya di bawa pulang ke rumah. Namun hampir setiap malam Khayla bermimpi tentang kejadian yang buat dia jadi seperti sekarang. Kata doktor yang merawatnya, nasibnya baik kerana dia tidak mengalami amnesia tapi sangat memberi kesan pada ingatan aku akibat terhantuk semasa kejadian itu.
Doktor mengesahkan dia mengalami concussion brain iaitu kecederaan pada otak traumatik yang mempengaruhi fungsi otak. Kesannya hanya sementara tetapi boleh menyebabkan sakit kepala atau hilang ingatan. Khayla bernasib baik kerana gegaran pada otaknya tidak kuat dan hanya sesetengah perkara sahaja yang dia lupa. Terutama sekali malam kejadian yang menyebabkan aku terlantar di hospital.
Bila mimpi tentang kejadian yang berlaku, dia mula sakit kepala. Apabila dia bertanya pada keluarganya tentang kejadian itu, mereka lebih suka menutup mulut tanpa menjawab soalannya.
"Lupakan apa yang berlaku. This is for your good." Hanya itu jawapan yang keluar.
Akhirnya Khayla sendiri mula give up untuk ambil tahu semua itu. Biarlah ia datang dengan sendiri.
Dan sekarang, Khayla sudah mula meneruskan pengajiannya yang tertangguh disebabkan kemalangan itu. Pada mulanya keluarganya menentang namun dia tetap berdegil untuk teruskan juga. Tiada alasan untuknya tidak meneruskan pengajiannya yang tertangguh kerana dia yakin dia sudah sembuh sepenuhnya.
I hope, one fine day I will remember everything.. Will I?
YOU ARE READING
Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)
RomanceNUR KHAYLA IMANI - Anak perempuan tunggal Carl Zafran. Mempunyai dua orang abang yang terlalu sayangkannya. Merupakan gadis periang, manja tapi degil. Tapi peristiwa hitam berlaku ke atasnya menyebabkan dia jadi trauma dan hanya bercakap dengan oran...