MRS. ETHAN HAYYES - 3

15.5K 632 28
                                    

Kepala yang tidak gatal itu di garunya untuk keberapa kali. Keluhan berat dilepaskan Khayla untuk kali yang ke sepuluh. Pagi ini semua benda dia buat nampak seperti tidak kena dengan baginya. Laporan yang dibuat banyak salah, typo berterabur sana sini. Dan banyak kali juga dia kena bebel dengan Jayjay.

Apa yang dibebelkan oleh Jayjay langsung tidak didengarnya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu benda pun tidak boleh pakai. Tangan bekerja tapi fikirannya melayang entah ke mana. Hakikatnya fikiran Khayla masih lagi tentang abang ngah dan big bosnya itu. Seperti mereka rahsiakan sesuatu darinya. Bila memikirkan hal itu, hati Khayla mula berdegup kencang.

Dia mengeluh lagi. Kepala di baringkan di atas meja kerjanya.

Jayjay yang kebetulan lalu di kawasan itu berhenti betul-betul di depan meja Khayla. Dahinya berkerut. Punggung dilabuhkan di atas meja Khayla dengan selambanya. Meja ditepuk kuat sekaligus mematikan lamunan Khayla di siang hari.

"You dah kenapa macam ayam berak kapur je? Are you okay Miss Khayla Imani?"

Khayla angkat kepala lalu menjeling tajam kepada Jayjay.

"Jayjay dah kenapa sebut-sebut nama penuh Khayla? Ish.."

Pantang Khayla kalau orang sebut nama penuhnya. Dada terus sahaja berdebar bila ada orang menyebut nama penuh dia. Seakan trauma. Dan hanya papa dan abang-abangnya sahaja yang sebut nama penuhnya apabila mereka dalam keadaan marah. Itu yang buatkan Khayla selalu kecut perut.

"Eh.. Kita pula yang kena. Dah kenapa kau ini nyah?"

Ada juga nak kena lenyek dengan aku, budak seorang ini. Bulan mengambang ke apa. Bebel Jayjay di hati.

"Sorry. Khayla sensitif sikit kalau bab panggil nama penuh ini. Lagipun otak Khayla serabut la. And Khayla lapar." Adu Khayla perlahan.

Jayjay menepuk dahinya perlahan.

"Ish.. Ingatkan bendera merah tadi. Sabar la. Kejap lagi dan nak lunch dah. Disebabkan mood you tak okay, so lunch nanti I belanja you ya."

"Yeayy.. Macam ini lah Khayla sayang. Nanti Khayla tolong siapkan report untuk Jayjay ya." Balas Khayla sambil tersengih.

"Banyak la kau punya sayang. Nak tolong siapkan report orang konon. Report mingguan you dah hantar pada big boss belum? I tak nampak you naik tingkat atas pun pagi tadi."

Mata Khayla membulat luas.

Liurnya ditelan kesat.

"Alamak. Mampus. Khayla terlupa. Kenapa tak bagitahu awal-awal. Ish."

Macam mana dia boleh terlupa untuk menghantar laporan mingguannya di awal pagi. Tanpa menunggu lama, Khayla bergegas mengambil laporan itu di dalam begnya dan segera berlari meninggalkan Jayjay yang sedang terpinga-pinga itu.

Khayla sampai di depan meja Hanie dalam keadaan tercungap-cungap. Cuba mengatur semula nafasnya. Selesai sahaja menenangkan dirinya, Khayla meminta izin Hanie untuk berjumpa dengan Mr. big boss.

Seperti biasa, sebelum dia mengetuk pintu besar berukiran kayu itu, nafas ditarik perlahan dan di hembuskan dengan tenang. Bibir cuba mengukir senyum sebaik sahaja dia dibenarkan masuk.

Ethan tidak sedikit pun mengangkat mukanya dari memandang gerangan yang masuk ke biliknya. Mata dan tangannya sibuk menyemak serta menbelek dokumen yang bersepah di atas meja itu. Dia perlu menyemak beberapa dokumen penting hari ini juga sebelum diberikan kepada pekerjanya.

Khayla hanya berdiri tegak di hadapan bosnya itu. Wajah Ethan yang kelihatan serius itu dipandang Khayla.

Ethan masih lagi tidak sedar akan kehadiran Khayla di situ. Khayal mula garu kepalanya yang tidak gatal itu. Laporan di tangan digenggam kemas.

"Ehem. Tuan.." Khayla bersuara perlahan sekaligus mematikan tumpuan Ethan terhadap kerjanya.

Dia mengangkat kepala memandang Khayla dengan wajah yang berkerut.

"Dah berapa lama kau berdiri kat situ?" Dia duduk bersandar. Kedua belah tangan disilangkan.

"Err.. Maybe in two minute already." Khayla tersengih.

"And are done raping on my handsome face, young lady?"

Ethan tersenyum sinis sambil menjongketkan sebelah keningnya. Mata Khayla membulat sebaik sahaja mendengar tuduhan yang keluar dari bibir bosnya itu.

"Ma-- Mana ada. Saya cuma tengok Tuan khusyuk buat kerja je." Balas Khayla sambil menundukkan wajahnya yang mula kelihatan merah itu.

Tidak berani memandang mata dark hazel milik Mr. Iceberg di depannya itu.

"That's the same meaning, young lady. So, what's bringing you here? Miss me already?"

Khayla gigit bibir bawahnya apabila sedar yang dia terkena dengan jawapannya sendiri. Ethan sembunyi senyum apabila melihat wajah si gadis di depannya itu semakin merah.

"Err.. Saya datang nak hantar laporan mingguan saya untuk minggu lepas. Tapi ma--maaf, saya terlewat hantar." Wajah ditundukkan.

Fail dihulurkan tapi tidak di sambut oleh Ethan. Mata dark hazel itu terusan memanah tajam ke arah Khayla. Khayla yang berasa tidak selesa itu terus melarikan pandangan ke sebelah kanan.

"Sit Khayla."

Khayla menarik kerusi yang disediakan di depannya lalu melabuhkan punggung disitu. Khayla mula kelihatan gelisah. Kedua belah tangannya diramas. Dia hanya menunduk. Menanti perkataan atau arahan yang keluar dari mulut bosnya. Suasana yang sunyi itu buat jantung Khayla berdegup kencang.

Pen ditangan Ethan dicampak sedikit kasar ke atas meja kerjanya. Tindakan itu buat Khayla terkejut. Di hatinya tidak putus-putus berdoa memohon perlindungan dari bos iceberg nya itu.

"Susah sangat ke nak faham arahan aku, Nur Khayla Imani? Look at me when you talk to me. Dekat mananya tak faham arahan aku itu?" Tanya Ethan dengan nada sedikit kasar.

Khayla ketap rahang kuat. Menahan geram. Geram kerana kali kedua nama penuhnya di sebut oleh dua orang yang berbeza hari ini. Sedap sangat ke nama yang papa dan mama dia bagi sampai semua orang ringan mulut je menyeru. Bebel Khayla dihati.

"Ma--maaf. Saya cuma tak selesa. Lagipun Tuan tenung saya macam nak makan je." Balas Khayla dengan berani.

Tercetus ketawa kecil di bibir Ethan. Jarang sekali wajah dingin itu mengukir senyum dan ketawa tapi dengan Khayla mudah sahaja dia tersenyum tanpa dipaksa.

"Dah berani ya menjawab. For your information, aku ni bukan jenis yang suka lepaskan peluang yang ada di depan mata. And I miss your eyes."

Khayla tercengang.

Wait. He what? Did he just say that he misses my eyes? Did we know each other before this?

PART FOR MRS. ETHAN HAYYES.

 ETHAN HAYYES

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)Where stories live. Discover now