Rokok di dalam kotak di keluarkan lalu tembakau itu dinyalakan. Bibirnya mula menyedut rokok itu dan dihembuskan perlahan ke udara. Suasana malam yang diterangi oleh lampu neon di renungnya.
Dia memejamkan matanya sejenak.
Perbualan antara dia dan Khayla semasa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah tiga hari yang lalu masih lagi berlegar di fikirannya. Betul apa yang doktor peribadinya bagitahu. Degil Khayla tidak pernah berubah. Dia akan buat apa yang dia rasa hendak buat tanpa memikirkan akibatnya nanti.
Kereta yang di pandu oleh Amir mula meluncur laju. Amir merupakan pemandu peribadinya. Khayla hanya membisu sambil mata memandang ke arah luar tingkap. Manakala Ethan pula kelihatan sibuk dengan Ipad ditangannya. Membalas email penting yang tidak sempat dia balas sebentar tadi.
Muka yang jarang mengukir senyum itu dipandang Khayla.
"What's wrong, baby? Do you wanna ask me something?" Ethan bersuara apabila menyedari si gadis di sebelahnya itu memandang tajam ke arahnya.
Khayla tersentak dengan soalan itu. Mukanya mula membahang apabila dia sekali lagi kantoi merenung muka anak teruna orang. Khayla gigit bibir. Dia perlu bertanya soalan ini kepada bosnya. Dia perlukan jawapan untuk menjawap semua soalannya.
"Kenapa tuan panggil saya baby? Panggilan itu hanya keluarga saya sahaja yang guna. Tuan keluarga jauh saya ke? Who are you actually?"
Selepas kejadian tengah hari tadi, perkataan 'baby' sebagai kata ganti namanya tidak lekang dari bibir Ethan.
Ethan mengeluh kecil.
Ipad di tangan diletakkan ke tepi. Kemudian dia berpaling ke sebelah kanannya. Memandang tepat pada Khayla.
"Who am I, that's not important right now. The important is, sejak bila kau berhenti makan ubat yang doktor kau bagi tu?" Soal Ethan dengan nada yang mendatar.
Itu tandanya dia sedang menahan marah.
Khayla tersentak.
Macam mana dia tahu? Soal hati Khayla.
"Macam mana aku tahu, itu bukan urusan kau. Answer me Khayla?!" Ethan mula hilang sabar.
Bahu Khayla terhinjut. Terkejut apabila Ethan bersuara sedikit kuat.
Khayla menggelengkan kepala. "Dah lama tak makan."
"Why?"
"Sa.. Saya rasa dah semakin sihat. Kalau sakit kepala pun sekejap je. Tak makan pun rasa okay. Ubat bukan sedap pun." Ayat akhir sekali disebutnya perlahan.
Ethan tersenyum sinis.
"Great Khayla. Just great. And I'm sure that your family doesn't know about this, right?"
Khayla hanya menunduk, tidak berani membalas. Kedua belah tangannya diramas perlahan. Air matanya mula mengenang.
"Please don't tell my family. I'm begging you. Saya janji lepas ini kalau saya rasa tak okay, saya makan ubat. Tolong la Tuan. Nanti Along mengamuk." Spontan tangan Ethan digenggam erat. Wajah tegang di depannya dipandang.
"Sorry. I can't promise you that, baby." Tangan Khayla segera dilepaskan dari tangannya. Pandangannya terus dihalakan ke luar tingkap.
Airmata Khayla mengalir perlahan. Kepala disandarkan ke tingkap kereta. Cuba menenangkan hati yang mula gelisah.
Ethan mengeluh.
Puntung rokok yang tinggal separuh itu di matikan lalu di buang ke dalam ashtray.
Telefon bimbit di atas meja kopi di ambil. Nombor seseorang dari kenalan di cari. Apabila jumpa, hanya sebaris ayat dihantar melalui pesanan whatsapp. Dia harap apa yang dia lakukan ini dapat sedarkan Khayla.
PART OF MRS. ETHAN HAYYES
YOU ARE READING
Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)
RomanceNUR KHAYLA IMANI - Anak perempuan tunggal Carl Zafran. Mempunyai dua orang abang yang terlalu sayangkannya. Merupakan gadis periang, manja tapi degil. Tapi peristiwa hitam berlaku ke atasnya menyebabkan dia jadi trauma dan hanya bercakap dengan oran...