MRS. ETHAN HAYYES - 2

16.2K 613 14
                                    

FLASHBACK

Tangan kecil Khayla mengetuk pintu pejabat milik Tan Sri Hayyes dengan terburu-buru. Apabila mendengar kebenaran diberikan dari dalam, Khayla terus melangkah masuk dan melabuhkan punggung di sebelah papanya. Sempat lagi dia mengukir senyuman kepada lelaki yang kelihatan sebaya papanya itu.

Carl Zafran berkerut dahi apabila melihat wajah anaknya sedikit pucat.

"Are you okay? Kenapa muka nampak pucat macam kena kejar hantu je ni?" Tanya Carl Zafran sambil memegang pipi Khayla.

"Err.. Ma--mana ada. Khayla okay je la." Khayla tersengih.

Cuba menyakinkan papanya walaupun saat ini hanya dia sahaja yang tahu betapa rentak jantungnya tidak stabil saat ini. Fikirannya masih memikirkan tentang kejadian di dalam tandas tadi. Dia menahan diri untuk tidak menggigit bibirnya agar tidak kelihatan oleh papanya.

"Okay kalau macam itu. Anyway Khayla, ini kawan papa, Uncle Hayyes. And Hayy, this is my only daughter." Carl Zafran memperkenalkan Khayla kepada kawan baiknya yang sudah lama tidak bertemu.

Khayla hanya membalas dengan senyuman.

"Wah. Dah besar ya Khayla dan semakin cantik uncle tengok. Last uncle jumpa Khayla beberapa tahun lepaskan." Ayat akhir sekali yang meniti di bibir Tan Sri Hayyes buatkan Khayla kehairanan.

Dia cuba untuk ingat bila kali terakhir dia berjumpa dengan kawan papanya itu kerana baginya ini kali pertama mereka kenal dan berjumpa.

Belum sempat Khayla membalas, pintu dari luar diketuk sekali lagi lalu dibuka dari luar. Bunyi tapak kasut dari arah belakang itu mula buat jantung Khayla yang baru reda itu berentak kuat. Kedudukan Khayal yang membelakangkan pintu itu tidak dapat Khayla meneka siapa.

"Assalamualaikum. Sorry, I'm late." Suara yang baru sahaja kedengaran itu buat jantung Khayla bagaikan mahu pecah.

Suara husky yang masing terngiang-ngiang difikiran.

"Waalaikummusalam. Daddy ingat tak datang dah tadi. Come, let's meet with daddy's friend and I knew you miss him so much." Ujar Tan Sri Hayyes sambil tersenyum ke arah anak lelakinya.

Kepala Khayla yang menunduk dari tadi diangkat perlahan dan serentak itu matanya bertembung dengan sepasang mata dark hazel itu. Kemudian mata Khayla jatuh ke bibir kemerahan yang mula mengukir senyuman.

Senyuman sinis.

Pap!

Belum sempat Khayla habis mengelamun, Jayjay datang memukul bahu Khayla dengan fail ditangan. Wajah Khayla berkerut menahan sakit. Perlahan bahu yang dipukul itu di gosok perlahan-lahan.

"Ish.. Sakitlah. Yang datang kacau Khayla dekat sini ini kenapa? Baru je orang nak bersenang lenang." Rungut Khayla sambil menunjukkan muka tidak puas hati.

"Yang Khayla pergi tenung mug dekat depan mata tu macam nak tembus je dah kenapa? Banyak kali I panggil tak dengar ke? Tak akan la pagi – pagi macam ni dah ingat dekat buah hati kot."

Jayjay melabuhkan punggung di depan Khayla. Badan di sandarkan di kerusi sambil memeluk tubuh. Jayjay nampak je kasar tapi bila dengan Khayla dialah yang paling suka melayan Khayla. Sebab itu Khayla lebih selesa berkawan dengannya. Tidak pernah hipokrit.

Bukan seperti kebanyakkan kawan yang dia pernah kenal sebelum ini. Mereka berkawan dengannya hanya semata-mata sebab duit. Berkawan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan sahaja.

"Mana ada mengelamun. Khayla tunggu Jayjay la. Janji nak pergi breakfast sekali, tapi sekarang ini dah pukul berapa dah." Bebel Khayla.

"Sorry la. I bawa kereta hari ini. Tak boleh nak rempit. Terpaksa juga makan jem." Kakinya melangkah ke pantry. Mug di atas rak diambil dan Nescafe segera di bancuhnya.

Selalunya dia bawa superbike untuk ke tempat kerja tapi tiba- tiba pula pagi ini terasa hendak bawa kereta. Lagipun keretanya sudah lama tidak berjalan.

"Ya lah." Air di dalam mugnya dihirup perlahan.

Untuk seketika suasana di ruangan pantry itu sunyi. Masing-masing dengan telefon bimbit di tangan. Menghabiskan masa sebelum menunggu waktu kerja bermula.

"Eh.. Khayla dah tahu ke yang big boss kita masuk pejabat hari ini? Tadi I jumpa dengan kak Hanie, dia cakap bos dah balik. So behave semua ya."

"Uhuk.. Uhuk.."

Khayla tersedak sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Jayjay sebentar tadi. Dia memandang Jayjay dengan riak wajah tidak percaya. Jayjay hanya tersengih. Tahu kenapa Khayla member reaksi seperti ini.

"What?! Are you kidding me right?"

Khayla berharap sangat yang Jayjay akan menjawab ya tapi melihat senyuman di wajah kawannya itu buat di telan liur. Kesat.

"Sorry dear. You heard me say that. Our big boss, Mr. Luth Ethan, just came back from outstation. Maybe in a few minutes or second, you will see his handsome face." Jawap Jayjay dengan riak muka yang penuh misteri itu.

"Yes, Jayjay. I'm here. Do you wanna see me?"

Khayla dan Jayjay serentak berpaling ke sebelah kanan mereka. Melihat figura yang bertubuh tegap itu melangkah mendekati mereka buat jantung Khayla mengempam laju.

Bibir bawahnya di gigit. Menghilangkan rasa gugup yang mula hadir.

Khayla menundukkan kepala apabila terasa mata dark hazel itu menikam tepat pada wajahnya. Bau wangian yang dipakai olehnya makin buat nafas Khayla terasa sesak. Dia tahu bosnya berdiri di sebelahnya.

"Nothing boss. I just cakap- cakap kosong je dengan Khayla. Okaylah bos, I ada kerja nak siapkan kejap. Bye Khayla. Jumpa lunch nanti." Jayjay terus berlalu meninggalkan Khayla di situ.

Khayla ketap bibir kuat.

Taguna Jayjay!

Sebaik sahaja kelibat Jayjay menghilang, Ethan dengan selamba mengambil mug di tangan Khayla dan menghirupnya perlahan. Mata dark hazel itu setia menikam pada wajah Khayla. Dan dia tersenyum sinis apabila Khayla langsung tidak mengangkat wajahnya itu. Tapi dia tahu, jantung Khayla berdegup kencang saat itu.

Dia suka.

"In my office now, Miss Khayla Imani." Ethan terus sahaja berlalu pergi meninggalkan bersama mug nescafe Khayla.

Khayla terkebil-kebil memandang lelaki itu yang meninggalkannya bersama airnya. Terus sahaja kepalanya di hantukkan ke meja.

PART OF MRS. ETHAN HAYYES

 ETHAN HAYYES

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)Where stories live. Discover now