MRS. ETHAN HAYYES - 8

13.9K 561 12
                                    

Rokok yang terselit di jari kemudiannya di halakan ke bibir. Tembakau itu disedut perlahan lalu melepaskan asap berkepuk-kepuk ke udara. Kedua belah tangan diletakkan ke atas palang besi, kepala ditundukkan ke bawah. Dia memejamkan mata untuk seketika. Angin malam menyapa tubuhnya yang terdedah itu.

Masih terbayang di ingatan tentang kejadian beberapa hari lalu. Perbuatannya terhadap gadis kesayangan yang berubah menjadi benci. Akibat terlalu marah dengan sikap gadis itu, dia tidak dapat mengawal kemarahannya.

Sesuatu di luar dugaannya sendiri. Ethan meraup wajahnya kasar. Seumur hidupnya, dia tidak pernah bertindak seperti itu terhadap wanitanya. Rasa kesal mula menerjah dirinya. Dia masih ingat wajah Khayla semasa memukulnya.

Whatever happened I won't let you go from my life, Nur Khayla Imani.

***

Air mata Khayla tidak henti mengalir membasahi pipinya. Dia duduk di lantai bilik airnya sambil memeluk tubuh. Paip air bercucuran keluar membasahi tubuhnya yang masih lengkap lagi berpakaian.

Kejadian tempoh hari masih lagi tergiang difikiran. Kenyataan yang keluar dari mulut Ethan masih tidak dapat diterima. Sebaik sahaja Grab mengantarnya pulang, dia segera berlari masuk ke dalam bilik. Nasib baik masih tidak ada orang yang menyedari kepulangannya.

Dia hanya memerap di dalam bilik sahaja. Apabila ditanya oleh mama, dia hanya menjawab tidak sedap badan. Deringan telefon bimbitnya yang bertalu-talu itu tidak di hiraukan dan sebaliknya dia terus menghempas telefon tersebut ke lantai.

"I hate you.. I hate you.."

Itu adalah ayat terakhir sekali yang keluar dari bibirnya sebelum pandangan mula gelap dan Khayla rebah tidak sedarkan diri di situ.

PART OF FULL VERSION 

MRS. ETHAN HAYYES BOOK'S VERSION

 ETHAN HAYYES BOOK'S VERSION

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)Where stories live. Discover now