Kereta yang dipandu oleh Carl Zackriey itu berhenti di hadapan pintu masuk The Grand Hayyes's Hotel. Khayla perlahan keluar dari sebelah pemandu. Hatinya mula tidak selesa apabila beberapa orang memandang ke arahnya. Carl Zackriey memberi kunci keretanya kepada joki yang berada di situ.
Kemudian dia melangkah masuk ke dalam hotel itu bersama-sama adiknya. Tangan Khayla digenggam erat. Itu adalah tabiat dia adik beradik apabila keluar dengan adik perempuannya. Salah seorang daripada mereka berdua akan begitu bagi memastikan keselamatan adik kesayangan mereka terjaga.
"Along.. Dia orang semua pandang kita la. Adik tak selesa la." Ujar Khayla sambil berbisik.
"Just ignore them, sweetheart."
Mereka terus masuk ke dalam lif yang disediakan khas untuk para pekerja di ruang tengah lobi hotel itu.
Sampai sahaja di tingkat dua puluh enam, Carl Zackriey terus menghantar Khayla hingga depan pintu. Mata yang memandang ke arahnya itu tidak di hiraukan. Sebaik sahaja Khayla bersalam dengannya, Carl Zackriey terus mencium lembut dahi adiknya itu sebelum berlalu dari situ.
Tingkat dua puluh tujuh di tuju. Apabila sampai sahaja di depan meja Hanie, dia berdiri tegak di situ. Hanie yang tidak menyedari kehadirannya sibuk mengadap komputer di depannya. Carl Zackriey berdehem perlahan sekaligus Hanie menoleh ke arahnya.
Melihat kehadiran Carl Zackriey di situ, dia terus berdiri sambil tersenyum. Tapi malangnya senyuman manisnya langsung tidak di sambut oleh ketua polis muda itu.
"Your boss ada?"
"Ada. Tuan Zack boleh masuk sekarang. Tuan Ethan sememangnya sedang menunggu kehadiran Tuan."
Carl Zackriey mengangguk. Ucapan terima kasih diberikan, lalu kaki ke pintu pejabat milik sahabatnya itu. Apabila pintu diketuk, tidak menunggu lama dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk.
Ethan yang sedang membelek beberapa fail di atas meja itu mengangkat wajahnya. Pen diletakkan di atas fail. Kemudian dia bangun dan bersalam dengan Carl Zackriey. Dia mempersilakan Carl Zackriey di sofa yang disediakan di dalam bilik itu.
"Thanks for coming." Ethan melabuhkan punggungnya di sofa single, di hadapan Carl Zackriey.
"Kenapa tiba-tiba je kau suruh aku datang? Nasib baik aku masuk kerja petang hari ini. And please make sure this is important, Ethan."
Masing-masing menunjukkan reaksi yang sama. Sama-sama mempunyai sikap yang dingin. Tapi itu tidak menghalang mereka dari terus berhubung.
"This is about your sister, of course this is important to you." Ethan memulakan bicara.
"What's wrong?"
"Kau tahukan apa yang terjadi dekat dia tiga hari lepas?"
Carl Zackriey mengangguk.
Mama nya ada menghubunginya ketika itu, beritahu apa yang terjadi pada adiknya tapi dia tidak dapat balik kerana dia sedang bertugas di luar kota.
"She hasn't taken any medicine since six month ago."
Carl Zackriey terkejut.
"What? Are you serious dude?"
"Yes. Doktor peribadi aku yang rawat dia masa dia pengsan hari tu beritahu. Keadaan dia tak akan jadi seperti itu kalau dia ikut aturan pengambilan ubat. Bila aku tanya dia, dia cakap dia sudah cukup sihat. And I think you should know about this."
Carl Zackriey mengeluh.
Geram dengan sikap adiknya yang satu itu. Degil dan susah sangat nak makan ubat.
YOU ARE READING
Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)
RomanceNUR KHAYLA IMANI - Anak perempuan tunggal Carl Zafran. Mempunyai dua orang abang yang terlalu sayangkannya. Merupakan gadis periang, manja tapi degil. Tapi peristiwa hitam berlaku ke atasnya menyebabkan dia jadi trauma dan hanya bercakap dengan oran...