EKSKLUSIF SUITE
Papan tanda ditengah pintu itu direnungnya sejak dua minit yang lalu. Smartwatch ditangan menunjukkan pukul 4.30 pagi. Nafas ditarik panjang, besertakan Bismillah loceng ditekannya beberapa kali. Hatinya yakin yang lelaki itu bermalam di suite itu. sekali lagi dia mencuba nasib dan kedengaran suara menyahut dari dalam.
"What the he.."
Ethan terkejut melihat Khayla berdiri di depan pintu suitenya pada awal pagi seperti itu.
Khayla termangu di situ. Matanya membulat melihat keadaan Ethan yang sangat seksi itu. Dia hanya berseluar shortpants tanpa memakai baju ditambah pula rambut yang sedikit messy. Seperti orang baru bangun tidur.
Memang la dia bangun tidur dah kau yang kejut dia. Tengok la jam pukul berapa sekarang ni, Khayla Imani.
"What the hell are you doing here, Khayla?" Soal Ethan dengan nada mengejut.
Tanpa menjawab soalan Ethan, dia terus melangkah masuk ke dalam. Ethan kelihatan terkejut dengan tindakan berani mati si gadis itu. Dia menggelengkan kepalanya sebelum menutup pintu rapat. Ethan terus mendekati Khayla yang sedang duduk di kerusi sofa itu.
"Sekali lagi aku tanya, apa kau buat dekat sini? Kau lari rumah ke apa ni?" Tanya Ethan dengan nada mendatar. Dia berdiri tegak di depan Khayla sambil memeluk tubuh.
Khayla mendengus. Matanya di pejam sejenak.
"Tahu la badan Tuan tu sasa. Tapi tak payah la tayang body tu depan saya. Pergi pakai baju sana. Ish.. Buat orang malu je la." Bebel Khayla sambil mata memandang ke arah lain.
Ethan tergelak.
Tahu pula malu. Yang dia main terjah rumah anak teruna orang pagi-pagi ini tak apa pula. Ada juga yang nak kena budak ni.
"Dah la. Sekarang jawab soalan aku." Ethan terus melabuhkan punggung pada sofa bertentangan dengan Khayla.
"Saya nak tanya Tuan something. Saya tahu dan yakin yang kita kenal each other sebelum ini. Tapi saya tak ingat. Erk.. Kita pernah ada apa-apa hubungan special ke sebelum ini?"
Pertanyaan Khayla sedikit mengejutkan Ethan tapi sempat dia menyembunyikan riaknya itu.
Dia merenung tajam ke arah Khayla. Dengan suara yang serius dia bertanya. "Kenapa? Nampak macam kita pernah ada something special ke?"
Ethan mengangkat sebelah keningnya.
Khayla ketap bibir. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir saat ini. Hatinya berkata seperti itu tapi dia sendiri tidak yakin dengannya.
Melihat kebisuan Khayla, Ethan bangun dan duduk di sebelah Khayla.
"Kau lari rumah ke? Sebab Zack marah kau?"
Mata Khayla membulat.
Mana dia tahu. Jangan cakap yang dia...
"Ooh.. Did you tell my brother?" Matanya dikecilkan.
"Tell him what? Bagitahu yang kau tipu semua orang? Macam tu?" Soalan di balas soalan. Masing-masing tidak mahu mengalah.
"You know what, I hate you!"
Memang dia sudah agak dari awal lagi semua yang Alongnya tahu adalah dari Ethan sendiri. Dasar bos busybody.
Khayla terus melangkah ke pintu. Tidak betah lagi untuk dia duduk di situ. Dan sekarang ini dia yakin dengan jawapan yang dia dapat. Semua orang hanya berlakon di depannya. Berlakon yang mereka tidak kenal antara satu sama lain.
"Kau nak pergi mana?"
"Pergi mati!" Balas Khayla kasar. Dia berasa sangat marah saat ini.
Ethan ketap rahang kuat. Tangannya di dalam kocek seluar terus menekan suatu butang. Butang yang berfungsi untuk mengaktifkan security lock.
Nak main kasar sangat dengan aku kan. Getus hati Ethan.
Tombol pintu dipulas Khayla beberapa kali. Dahinya berkerut. Dia memandang ke atas pintu sebelum dia menoleh tajam ke arah Ethan.
"Open this door now, Mr. Ethan." Arah Khayla keras.
"Sorry baby. You can't go anywhere until your brother's coming." Ethan tersenyum sinis.
Mata Khayla membulat. Dia terus meluru ke arah Ethan.
"No.. No.. Please don't call them. I'm begging you. Please no." Rayuan Khayla tidak di hiraukan Ethan.
"I can't. Please suit yourself." Ethan segera meninggalkan Khayla termangu di situ.
"You're such a jerk. I hate you!" Jerit Khayla kuat.
TO BE CONTINUED
A PART OF MRS. ETHAN HAYYES EDIT VERSION
YOU ARE READING
Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)
RomanceNUR KHAYLA IMANI - Anak perempuan tunggal Carl Zafran. Mempunyai dua orang abang yang terlalu sayangkannya. Merupakan gadis periang, manja tapi degil. Tapi peristiwa hitam berlaku ke atasnya menyebabkan dia jadi trauma dan hanya bercakap dengan oran...