MRS. ETHAN HAYYES - 1

20.4K 652 30
                                    

Beg galas berjenama yang terletak di sebelah kiri meja belajar itu diambil oleh Khayla. Macbook di atas katil juga diambil lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya dengan kelam kabut. Dia terlewat bangun lagi pagi ini. Dan hari ini merupakan hari pertamanya menjalani Latihan Praktikal di sebuah hotel terkemuka di ibu Negara ini. Yang juga merupakan kenalan Carl Zafran iaitu papanya sendiri.

"Okay, perfect." Puji Khayla sendiri sambil tersenyum manis melihat pantulannya di depan cermin soleknya.

Cantik juga aku berbaju kurung hitam ini. Macam perempuan melayu terakhir pula. Getus hati Khayla sambil mekekeh ketawa.

Tersedar dengan kelewatannya, dia segera turun ke tingkat bawah dan kaki melangkah ke ruang makan yang terdapat di rumah tiga tingkat milik Carl Zafran itu. Kelihatan Puan Kaira sedang menuangkan air ke dalam cawan suaminya. Manakala Carl Zafran sibuk dengan Ipad di tangan. Memeriksa jadual kerjanya untuk hari ini.

Walaupun mereka merupakan golongan yang berada, masa dan keluarga adalah menjadi keutamaan. Itu yang selalu Carl Zafran titik beratkan dalam keluarganya.

Cupp!

Kucupan lembut di pipi mama dan papanya diberikan. Itu merupakan rutin Khayla setiap pagi.

"Morning papa, Morning mama." Sapa Khayla dengan manjanya.

"Morning sweetheart." Balas Carl Zafran sambil tersenyum menggosok lembut kepala anak tunggal perempuannya itu.

Carl Zafran mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Puan Kaira iaitu Carl Zackiery, Carl Zayyan dan Nur Khayla Imani.

"Papa.. Hari ini papa yang akan hantar adik kan?" Tanya Khayla sambil menguyah bihun goreng yang dimasak oleh mamanya.

Belum sempat Carl Zafran menjawab, Puan Kaira terlebih dahulu menegur Khayla.

"Adik, mama selalu pesan apa ya sebelum ini?"

Khayla hanya tersengih apabila sedar kesilapannya. Puan Kaira selalu berpesan agar tidak bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut dan dia paling tidak suka bila suami atau anaknya bercakap pasal kerja hingga di meja makan.

Puan Kaira yang berumur dalam lingkungan 40-an itu masih kelihatan cantik dengan susuk tubuh yang langsing dan awet muda. Dia selalu menitipberatkan soalan penjagaan diri dan kesihatan ahli keluarganya terutamanya anak perempuannya.

"Ya. Papa yang hantar adik. Kan papa dah janji semalam. Lagi pun along dan angah kan tak ada." Balas Carl Zafran sambil meletakkan Ipadnya di tepi.

Khayla tersenyum.

"Thanks papa. Love you more."

***

CHAIRMAN

TAN SRI HAYYES

Khayla memandang tajam ke arah nama yang tergantung di pintu yang diperbuat daripada kayu jati itu. Hatinya mula kecut. Belum sempat Hanie mengetuk pintu tersebut, Khayla terlebih dahulu bersuara kepada papanya.

"Err.. Pa, adik nak pergi tandas kejap dulu ya. Rasa tak sedap perut pula. Siap nanti adik masuk sini balik ya."

Tiba–tiba sahaja Khayla rasa tidak sedap perut. Mungkin kerana dia minum air bersusu semasa sarapan pagi tadi. Lagi pun perut dia memang sensitif bila minum air bersusu pada awal pagi.

"Okay. Adik tahu ke dekat mana tandas?" Tanya Carl Zafran.

Bukan boleh kira sangat dengan anak perempuannya ini, tak pasal-pasal sesat nanti. Dia kenal sangat sikap clumsy Khayla.

Mrs. Ethan Hayyes © (TERBIT)Where stories live. Discover now