SEPULUH minit sebelum pukul lima petang, Farya sudah terpacak di depan pintu masuk GSC. Tapi kelibat Zafie masih tak kelihatan. Whatsapp pun setakat doubletick.
Merajuk?
Entah.
Merajuk atau tak dia akan tunggu sampai pukul lima petang. Tak datang jugak dia akan blah. Balik rumah. Kalau betul Zafie merajuk, maaflah dia takkan pujuk.
Muktamad!
Skrin telefon tak henti ditelek sejak tadi. Menggosok glass tempered yang memang retak. Lantas mengingatkan Farya pada seseorang.
Encik Lelaki yang matanya letak dekat lutut. Atau Encik Mambang Kuning yang menghilang bagai diterbangkan angin monsun timur laut walaupun ungkapan maaf masih terdengar di telinga. Dan sekarang hidung Farya macam terhidu bau tubuh lelaki itu yang cukup maskulin.
Spontan wajahnya diangkat seolah-olah lelaki itu kembali muncul di depan mata. Melilau dia pandang ke kiri dan kanan entah siapa yang dicari? Encik Tinggi Melangit yang punya muka kemek macam tin biskut? Terus menghilang tanpa sempat dia nak memandang walau sekilas.
Kenapa? Kenapa cepat benar menghilang? Takut dia minta gantirugi untuk glass tempered yang dah retak? Dan kenapa juga rasa di dalam dadanya mula tak sekata sedangkan sekarang ia sekadar dipanggil mengingati. Kenapa? Selama hari ini tak pernah jantungnya bergetaran sebegitu rupa.
Langsung Farya tak faham. Apa kaitan mereka sebenarnya? Encik Jodoh?
Oh! Tinggi benar imaginasi seorang Farya Yazid.
Tapi betul ke kalau bertemu jodoh hati kena rushing? Ish! Tak faham? Siapalah yang keluarkan kenyataan macam tu? Bukan diri sendiri, eh? Gara-gara enggan menerima kehadiran lelaki lain di sudut jiwa.
Lelaki lain?
Ya. Zafie. Lelaki yang tiba-tiba muncul di depan mata dengan senyuman yang menampakkan lekuk pada kedua belah pipi. Atau sudah lama lelaki itu berdiri di situ dengan gaya yang cukup serasi. Kedua lengan berpeluk tubuh.
"Dah lama tunggu?" Lebih cepat juga soalan keluar dari mulut itu tanpa sempat Farya nak bertanya.
"Dah lama sampai?" Namun tetap juga dia bertanya tanpa memberi jawapan.
Zafie sekadar tersenyum. Langkah dibuka menghampiri. Sengaja juga dia bertanya padahal setiap tingkah Farya diperhatikan sejak gadis itu keluar dari butik Puan Jessica lagi. Langsung tak terlepas pandangan.
"Rya."
"Jom beli pop corn dengan air. Saya belanja" Laju Farya mengajak. Memang nak mengelak dari mendengar sebarang ayat yang bakal keluar dari mulut itu.
Sebab Farya tahu ada yang Zafie mahu katakan.
"Rya..."
Langkah Farya terhenti jua. Zafie yang tegak berdiri kembali dia pandang. Kening dijongket sekali sebagai isyarat persoalan.
YOU ARE READING
LOVE, BE MINE || rejected (kita cuba lagi)
Romantizm5th ❤ LOVESTORY ❤ by EYRA_SHAZLEYRA. LOVE, BE MINE : "Aku benci... tapi cinta kamu." B L U R B Seorang duda Russian berusia 38 tahun, seorang janda Malaysian 25 tahun. Terlalu mustahil untuk difikirkan. Lantaran perkenalan antara mereka bukan atas...