AM 02

278 28 4
                                    

Ariana Mikayla

Ariana Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ººººººººº

"Assalamualaikum umi!" kataku seraya masuk ke dalam rumah

"Waalaikumsalam. Riana ada beli tak barang yang umi nak?" tanya Puan Raudah kepada anaknya

Aku terus sahaja menyerahkan plastik tersebut kepada umi. Puan Raudah terus sahaja mengambil lalu menuju ke dapur

"Umi nak Riana tolong apa-apa lagi ke? Riana rasa rajin pula hari ini mahu tolong umi" kataku seraya tersengih ke arahnya

Puan Raudah sudah memandang anak daranya sambil mengangkat kening. Dia berfikir sejenak untuk memberikan tugas kepada anaknya

"Riana tolong ambilkan kubis dan tomato di belakang. Umi nak buat sup sayur kegemaran Riana"

Aku pula sudah tersenyum lebar apabila umi ingin masak sup sayur kegemaranku. Bukan selalu umi masak ni!

"Aye aye kapten! Riana akan patuhi arahan kapten" kataku mengundang ketawa daripada umi

"Macam-macamlah kamu ni, Riana. Bagus kamu ambil cepat sebelum umi tarik balik kata-kata umi" ugut Puan Raudah

Aku terus sahaja berlari menuju ke belakang rumah setelah umi menggugut

Banyak jenis sayur-sayuran yang ditanam oleh umi seperti kubis, tomato, terung dan banyak lagilah

Aku terus sahaja mengambil kubis serta beberapa biji tomato seperti yang disuruh oleh umi. Aku tersenyum sahaja ketika mengambilnya

Baru sahaja aku ingin masuk, semyuman aku terus mati apabila melihat seorang wanita sedang menjerit di hadapan rumah

Aku terus sahaja pergi ke arah mereka dalam keadaan kelam-kabut. Sayur yang aku ambil tadi aku biarkan sahaja dekat situ

"Kenapa mak cik jerit-jerit ni? Ada masalah ke?" kataku sambil memandang mereka bertiga

"Kau anak si Raudah kan? Kau panggil ibu kau sekarang juga sebelum aku bakar rumah kamu berdua!" lantang sahaja suara Puan Hasniza menyuruh aku

"Kenapa bising sangat ni, Riana? Ada orang bergaduh ke?" tanya Puan Raudah kepada Ariana

"Mak Cik Niza nak jumpa umi" kataku membuatkan umi terus berpaling ke arah Puan Hasniza

"Kenapa nak jumpa aku? Ada masalah ke?" tanya Puan Raudah dengan nada yang lembut

"Kau mari sini!" terus sahaja Puan Hasniza menarik tudung Puan Raudah dengan kasar membuatkan tudungnya terbuka

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now