AM 16

11 0 0
                                    

Ariana melihat rumah banglo tersergam indah di depan matanya. Dia melirik ke arah Tengku Asyraf yang turut memandang dirinya seraya tersenyum manis. Ariana hanya mampu tersenyum hambar

Ya, dia perlu terima hakikat yang dia ini abang kandungnya tapi dirinya pula cuma anak tidak sah taraf.

"Gementar? Jangan gementar ada abang di sisi Ariana." kata Tengku Asyraf seraya memeluk Ariana untuk meredakan rasa gementarnya.

"Jadi inilah anak perempuan itu?"

Ariana segera menoleh taktala mendengar suara wanita. Dia melihat seorang wanita yang sangat elegan namun pada masa yang sama terserlah aura dinginnya. Wanita itu hanya memandang Ariana dengan wajah dinginnya jelas terserlah tidak selesa akan kehadiran Ariana.

"Assalamualaikum Pua-" belum sempat Ariana ingin memperkenalkan dirinya wanita itu terus sahaja masuk meninggalkan Ariana dan Tengku Asyraf.

"Jom masuk." Tengku Asyraf terus menarik tangan Ariana memasuk ke dalam rumah itu.

Ariana hanya mampu meronta dalam hati agar dapat lari namun itu hanyalah terluah dalam hati. Alangkah indahnya jika rahsia itu tetaplah rahsia agar dia tidak perlu hadapi perkara seperti ini.

Ariana hanya mampu mengeluh perlahan.

...

"Ariana Mikayla?"

Ariana hanya mampu tersenyum tipis sahaja. Terasa gerun dirinya taktala berhadapan dengan keluarga kandungnya. Rasa sangat tidak selesa menghimpit dirinya dan ingin sahaja dia berlari keluar namun hanya mampu ditahan sahaja.

Tengku Iskandar terus sahaja memeluk Ariana. Rasa rindunya terhadap satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Satu-satunya anak yang dikandungi oleh wanita yang sangat dia cintai. Dicium juga ubun Ariana dengan penuh kasih sayang

Asyraf yang melihat adegan itu hanya mampu tersenyum sahaja. Tidak pernah dia melihat ayahnya menunjukkan sikap seperti itu. Tidak pernah dalam seumur hidup dia melihat ayahnya menunjukkan sifat kasih sayang

Termasuk dirinya.

Iskandar mengelus lembut pipi Ariana. Dia mengakui kecantikan Ariana sangat diwarisi oleh ibunya. Wajah dia sahaja mampu mengingati terhadap wanita yang dia cintai itu.

"Dah puas buat adegan bapa bertemu anak? Dah puas nak berkasih sayang di rumah ini?" sindiran itu cukup membuat Iskandar melepaskan pelukan tersebut.

"Ibu..."

Tengku Zainab mendekati Ariana lalu diperhati gadis di hadapannya. Dia memandang Ariana dengan pandangan cukup menjijikkan akan kehadirannya. Dia pantas menarik tangan Ariana dan hampir sahaja dia terjatuh akibat tarikan kasar itu.

"Kenapa kau perlu muncul lagi? Apa kau nak? Nak hancurkan keluarga ni? Nak rampas harta?" bertubi-tubi soalan dilemparkan terhadap Ariana seraya mencengkam lengannya

"Saya cuma datang melawat.." perlahan sahaja Ariana menjawab. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Zainab namun tangan wanita itu sungguh kuat mencengkamnya.

"Ibu, sudahlah." Iskandar terus sahaja melepaskan lalu menarik Ariana mendekati dirinya. Dielus lembut lengan Ariana itu.

"Sakit tak?" tanya Iskandar dengan prihatin dan Ariana hanya mampu mengangguk perlahan.

Zainab hanya mampu ketawa sahaja melihat mereka. Tidak pernah pula dia melihat perilaku Iskandar seperti ini. Semakin panas hatinya dek melihat kemesraan anak beranak itu.

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now