AM 10

206 15 0
                                    

"Ariana..." panggil Puan Raudah

Ariana terus memandang ke arah Puan Raudah. Bibirnya terus sahaja terukir senyuman nipis

"Haiqal nak jumpa Riana"

Ariana terus sahaja berdiri. Dia mengambil bagasi kecilnya serta beg tangannya lalu terus sahaja dia menuju ke arah uminya

"Umi, Riana nak pergi dulu. Lagipun, ada 2 jam lagi sebelum flight Riana jadi Riana nak gerak awal sedikit" kata Ariana dan mengabaikan kata-kata uminya

Puan Raudah tersenyum sahaja. Terus sahaja dia memeluk anaknya dengan erat. Dicium kedua belah pipinya berkali-kali

"Riana tak mahu jumpa Haiqal ke? Mungkin ini kali terakhir Riana jumpa dengan dia dan mungkin kamu berdua takkan berjumpa lagi"

Ariana mengemam bibirnya. Kata-kata Puan Raudah sebentar tadi betul-betul mengusik hatinya tapi dia sekadar mendiamkan diri sahaja

"Riana..."

"Umi tahu Riana terasa dengan kata-kata Aira. Umi tahu Haiqal tak sengaja peluk bahu Riana dan sebelum Riana pergi, Riana pergilah jumpa Haiqal dulu" pujuk Puan Raudah kepada anaknya

Ariana tersenyum sahaja. Ya, dia masih lagi terasa dengan kata-kata Aira dan dia juga tidak suka akan tindakan Haiqal yang memeluk bahunya

"Riana memang tak dapat jumpa Haiqal sebab Riana takut lewat pula ke lapangan terbang dan terlepas flight"

Terus sahaja Ariana membawa bagasinya ke luar rumah dan Puan Raudah hanya mengikut langkah Ariana

"Ariana..."

Ariana memandang ke arah empunya suara. Kelihatan Alina dan Haiqal berdiri di hadapannya

"Awak nak pergi mana?" tanya Alina apabila melihat Ariana membawa bagasi

Pin Pin Pin!

Kelihatan sebuah teksi memasuki kawasan rumahnya

"Umi, Riana nak pergi dulu" kata Ariana lalu disalam tangan Puan Raudah

Puan Raudah sekadar mengangguk sahaja

Terus sahaja Ariana membawa bagasinya ke arah teksi tanpa mempedulikan Alina dan Haiqal yang memerhati dirinya

"Pak cik tolong masukkan bagasi saya dalam bonet dulu"

Dia sekadar mengangguk sahaja dan mematuhi arahan Ariana

Haiqal terus memegang lengan Ariana

"Lepaslah! Nanti flight saya terlepaslah!" Ariana cuba melepaskan lengannya daripada dipegang oleh Haiqal

"Kau nak pergi mana?"

"Kenapa awak nak tahu? Awak tak ada mengenalah dalam hidup saya jadi go away! Saya tak perlukan awak"

Haiqal terkelu mendengar kata-kata Ariana

"Kau tak perlukan aku tapi aku perlukan kau! Aku nakkan kau dan jadikan kau sebagai isteri aku yang sah!"

"Tapi saya tak sesuai dengan awak. Awak sanggup ke ada isteri yang berstatus anak luar nikah?"

"Anak luar nikah hanya status kau yang sementara dan akan status kau akan bertukar kepada ISTERI Syed Haiqal" kata Haiqal seraya menekankan perkataan isteri

Ariana menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia tak layak dengan Haiqal dan takkan bersama dengannya

"I'm sorry" kata Ariana sebelum dia terus masuk ke dalam teksi

"Jalan, pak cik" kata Ariana

Perlahan-lahan teksi mulai bergerak keluar dari kawasan rumah tersebut

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now