AM 06

207 18 0
                                    

Notice!!

Saya akan gantikan 'Aku' kepada Ariana😄


"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Jemputlah masuk" ajak Puan Husna dengan mesra

Ariana dan Puan Raudah terus sahaja menjejakan kaki ke dalam rumah Puan Husna. Mereka terus sahaja duduk di sofa yang berada di ruang tamu

"Duduklah dulu. Aku nak buatkan air dulu" kata Puan Husna

Puan Raudah terus sahaja mencelah

"Tak apalah, Husna. Kami datang pun sebab nak berikan bekas makanan yang kau bagi semalam. Sedaplah kau masak" kata Puan Raudah seraya memberikan bekas makanan yang berwarna biru kepada Puan Husna

"Aku masak biasa-biasalah. Kau tunggu dululah sementara aku sediakan minum untuk kau" kara Puan Husna lalu terus sahaja berlalu ke dapur tanpa mendengar balasan daripada Puan Raudah

Beberapa minit kemudian, Puan Husna kembali ke ruang tamu bersama dulang yang berisi sejag air dan cawan serta pisang goreng

"Jemputlah minum. Ini sajalah yang aku dapat hidangkan untuk kamu berdua" kata Puan Husna

"Tak apalah" kata Puan Raudah seraya tersenyum manis

Ariana menuangkan air ke dalam gelas lalu diberikan kepada Puan Raudah

"Husna aku nak bincang sesuatu dekat kau" kata Puan Raudah

"Nak bincang apa?"

Ariana sekadar menjadi pemerhati serta pendengar perbualan mereka. Ariana meneguk air sehingga habis

"Ariana?"

"Kenapa umi?"

"Boleh tak umi nak berbincang sekejap dengan Mak Cik Husna? Hal penting ni"

Ariana sekadar mengangguk sahaja. Dalam otaknya, dia tertanya-tanya apa yang uminya ingin berbincang dengan Mak Cik Husna? Penting sangat ke?

'Ish! Tak payahlah sibuk urusan orang tua, Ariana' desis Ariana

Puan Raudah terus duduk bersebelahan dengan Puan Husna. Jelas wajahnya terpancar riak risau

"Penting sangat ke benda yang kau nak bincang dekat aku sampai anak kau pun tak boleh tahu?" pelik juga Puan Husna dibuatnya apabila Puan Raudah memerlukan privasi

"Anak aku tadi tanya pasal ayahnya"

Ayat yang keluar dari mulut Puan Raudah cukup membuatkan dia tergamam

"Kau biar betul? Jadi, kau ada beritahu tak?"

Puan Raudah hanya menggeleng sahaja

"Kenapa kau tak beritahu? Takkan kau nak rahsiakan sampai bila-bila? Ariana sekarang sudah umur 20 tahun dan dia perlu tahu, Raudah"

Dia betul-betul tak suka dengan sikap kawan baiknya yang merahsiakan benda yang penting seperti ini

"A-aku tak sedia lagi nak beritahu sebab aku takut. Aku takut bila aku cerita pasal ini dekat Ariana, dia takkan percaya dekat aku"

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now