AM 15

487 22 3
                                    

Dah capai 1K cerita ni😢💕 Thank you kepada sesiapa yang baca cerita ni😍

Ada pembaca Cintaku Hanya Untukmu di sini tak?🙋

"Siapa suruh kau jejak di rumah aku? Aku dah cakap yang aku tak mahu tengok muka kau dan anak haram kau ni!" tengking seorang wanita yang agak tua

Raudah menitiskan air matanya. Sungguh hatinya rasa sakit apabila dihina dan ditengking sebegitu. Ariana di sebelahnya dipeluk dengan erat

"Saya nak anak tengku bertanggungjawab terhadap saya"

Dia ketawa sinis mendengar kata-kata daripada Raudah. Dompetnya dicapai lalu diambil beberapa not duit bernilai 100 ringgit lalu dicampak di depan muka Raudah

"Tak cukup lagi? Kalau kau nak lagi, beritahu je berapa yang kau mahu asalkan kau tak ganggu anak lelaki aku"

"Nenek..."

"Kau siapa nak panggil aku nenek? Kau anak haram! Aku tak ada cucu macam kaulah!"

Ariana terus bangun daripada tidurnya. Dadanya turun naik taktala mendapat mimpi seperti itu. Peluh dingin merenik di dahinya. Mimpi ini seolah-olah seperti pernah berlaku sebelum ini

Adakah mimpi tersebut adalah satu petanda atau sekadar mainan tidur?

"Awak Tengku Asyraf Mikhael?"

"Ya"

Ariana terdengar suara Puan Raudah yang sedang bercakap dengan Asyraf. Dia terus turun dari katil dan mendekati ke arah pintu wad. Dia semakin jelas mendengar suara Puan Raudah dan Asyraf

"Kenapa sekarang?"

"M-maafkan Asyraf, umi"

Ariana mengerutkan keningnya. Kenapa pula Asyraf minta maaf dekat uminya? Lagipun, mereka berdua tak pernah jumpa sebelum ini dan yang paling penting,

Kenapa Asyraf gelar uminya sebagai 'umi'?

"Asyraf tak perlu minta maaf dekat umi. Lagipun perkara sudah lepas jadi tak perlu kenang lagi"

"I can't, umi. Asyraf rasa bersalah sangat sebab tak pertahankan umi dan Ariana. Ayah cari umi dan Ariana di merata-rata tempat untuk tebus kesalahan ayah sebelum ni. Dia nak bertanggungjawab atas kekhilafannya"

Ariana yang hendak mendengar lebih lanjut perbualan Puan Raudah dan Asyraf terbantut taktala telinganya menangkap bunyi pintu tandas dibuka

"Ariana? Kau dah sedar" laju sahaja Haiqal melangkah ke arah Ariana yang berdiri tegak di depan pintu wad

"Kau okay tak? Ada sakit di mana-mana bahagian?" bertubi-tubi Haiqal menyoal dengan nada yang risau

"Saya okay je. Jangan risau sangat" Ariana cuba berkata sebegitu agar Haiqal tidak risau akan dirinya

"Jangan risau? Aku separuh mati risaukan kau dan aku sanggup pandu kereta melebih had semata-mata nak tengok keadaan kau. Aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang-" Haiqal memandang ke arah Ariana

"Buat kali kedua" Haiqal memperlahankan nadanya agar Ariana tidak mendengar kata-katanya

"Apa awak cakap tadi? Saya tak dengarlah"

Haiqal pantas menggeleng kepalanya

"Tak ada apa-apa"

Ariana mengangguk sahaja. Dia memandang ke arah Haiqal yang sejak tadi memandang dirinya. Tak selesa dibuatnya

"Jangan pandang saya begitu. Saya tak selesa"

"Oh, sorry" pantas Haiqal mengalihkan pandangannya ke arah lain

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now