AM 07

208 22 0
                                    

"Kamu siapa?" tanya Puan Raudah apabila melihat jejaka kacak yang berada di sisi anaknya

"Saya Haiqal, mak cik" kata Haiqal dengan sopan seraya menghadiahkan senyuman kepada Puan Raudah

"Haiqal asal mana? Mak cik tak pernah nampak muka Haiqal sebelum ni"

"Saya asal dari Kuala Lumpur. Saya datang sini pun sebab ibu dan ayah angkat saya ajak saya untuk join majlis amal" jawab Haiqal lagi

Ariana sekadar memerhati sahaja Puan Raudah dan Haiqal yang rancak berborak. Terasa senang sahaja hatinya melihat uminya ramah dengan Haiqal

Bukan selalu Puan Raudah jadi terlebih ramah seperti ni

"Ariana!" jerit satu suara dengan lantang

Terkejut Ariana apabila namanya diseru dengan kuat sekali. Puan Raudah dan Haiqal juga turut terkejut mendengar jeritan lantang seseorang

"Kenapa terjerit-terjerit ni? Nasib mak cik tak ada sakit jantung! Kalau tak, memang kena usung sudah ke hospital" sindir Puan Raudah kepada Adhnan

Adhnan sekadar tersengih sahaja. Dia mengosok tengkuknya apabila terasa malu kerana terjerit nama Ariana dengan lantang

Haiqal menjeling sekilas ke arah Adhnan yang sedang tersengih. Dia mencebikkan bibirnya

'Ingat handsome?' desis Haiqal

"Sorry, mak cik. Saya sebenarnya nak jumpa Ariana sekejap. Ada hal penting yang saya nak cakap dekat dia" kata Adhnan seraya menjeling sekilas ke arah Ariana

"Tak ma-"

"Pergilah.." terus sahaja Puan Raudah berkata sebelum Ariana sempat membalasnya

Puan Raudah memberi isyarat mata kepada Ariana agar dia mengikut Adhnan. Ariana sekadar mengangguk terpaksa sahaja

Dengan hati yang berat, Ariana mengikut Adhnan

Haiqal sekadar memandang Ariana mengikut jejak Adhnan dengan jelingan tajam

"Mak cik.." terus sahaja Puan Raudah menoleh ke arah Haiqal

"Boleh tak saya nak tanya satu soalan?"

"Tanya jelah, Haiqal. Mak cik tak makan orang pun" seloroh Puan Raudah membuatkan Haiqal tergelak

"Ariana suka Adhnan ke?" terus sahaja Haiqal bertanya kepada Puan Raudah tanpa segan silu

Puan Raudah tersenyum mendengar soalan daripada Haiqal. Dia bukan nak syok sendiri tapi dia rasa Haiqal suka dengan Ariana

"Ariana memang suka dekat Adhnan tapi itu dululah sebelum Ariana tahu tentang pertunangan Adhnan"

Haiqal sudah menghela nafas yang lega. Maksudnya, dia ada peluang untuk 'mengambil' Ariana

"Mak cik balik dululah. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

××××××

"Awak nak cakap pasal apa?" terus sahaja Ariana bertanya kepada Adhnan

"Kenapa awak kembalikan hadiah yang saya berikan kepada awak?" tanya Adhnan dengan serius seraya menunjukkan plastik serta kotak kepada Ariana

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now