AM 13

231 19 0
                                    

Haiqal memberhentikan keretanya di hadapan universiti. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Ariana dan kelihatan dia sedang lena tidur

Haiqal tersenyu nipis. Dia memerhati segenap wajah putih mulus milik Ariana. Sungguh dia kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Ariana

"Your face never change, Ariana. Semakin cantik dan matang berbanding dulu" perlahan sahaja Haiqal berkata

Matanya makin galak memerhati segenap inci wajah Ariana sehinggalah matanya terhenti pada bibir Ariana. Sungguh ia amat menarik perhatiannya dan seolah-olah mengoda dirinya

Dia merapatkan wajahnya kepada wajah Ariana dan jelas kelihatan wajah polos Ariana sedang tidur

"Bila aku tengok muka kau, aku terus teringatkan seseorang. Pada mulanya, aku sangka kau adalah 'dia' tapi bila aku tahu nama kau-"

"Aku yakin yang kau adalah 'dia'. Aku tak sangka dapat jumpa kau selepas bertahun-tahun aku cari kau" kata Haiqal seraya tersenyum hambar

Ingatan Haiqal kembali mengingati peristiwa yang berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Sungguh ia merupakan salah satu peristiwa buruk yang pernah berlaku dalam hidupnya

"Kalau kau ingat peristiwa tu, aku yakin kau akan tinggalkan aku lagi. Aku tak sanggup kehilangan kau buat kali kedua"
Ariana perlahan-lahan membuka matanya apabila terdengar orang sedang bercakap sesuatu. Terkebil-kebil dia apabila melihat wajah Haiqal yang agak dekat dengannya

"K-kenapa ni?" gagap sahaja Ariana bertanya

Gilalah kalau tak gugup! Dengan jarak wajah mereka yang agak dekat membuatkan Ariana dapat melihat wajah Haiqal dengan jelas

'Kacak...'

Haiqal tersenyum senget melihat Ariana yang leka memerhati wajahnya

"Puas tengok muka aku?" kata-kata Haiqal menyentakkan Ariana. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah lain

"Jangan risau. Kalau kau nak tengok muka aku puas-puas, kahwinlah dengan aku. Kalau kau nak lebih pun boleh" matanya melirik ke arah Ariana seraya5 tersengih nakal

Muka Ariana mulai berbahang apabila Haiqal bercakap sebegitu. Lantas dia mencapai beg serta fail-failnya lalu keluar dari kereta milik Haiqal

"T-teima kasih sebab hantar saya"

"You're welcome, my dear"

Ariana lantas masuk ke dalam universiti dengan segera. Dia cuba menenangkan jantungnya yang sejak tadi berdegup kencang

Haiqal memandang Ariana sehinggalah dia hilang dari pandangan. Lantas dia mengambil telefonnya lalu didail nombor sahabatnya

"Kau kenapa call aku tengah-"

Terus Haiqal memotong percakapan Zarief

"Aku nak jumpa kau dekat tempat biasa. Kau tak sampai dalam tempoh 10 minit, kau mati"

"Bro kau jangan main-"

Terus dimatikan panggilan tersebut tanpa menunggu balasan daripada Zarief

××××××

Ariana melangkah laju dan langkahnya berhenti taktala ternampak susuk tubuh sedang menanti dirinya di hadapan pejabat. Terus dia pergi ke arah tersebut

"Abang Asyraf!"

Lelaki yang bernama Asyraf terus menoleh apabila namanya dipanggil. Terus dia menayangkan senyuman manis kepada Ariana

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now