AM 14

228 18 0
                                    

Haiqal menatap laptop di hadapannya dengan kosong manakala fikirannya melayang jauh atau lebih tepat lagi,

Peristiwa yang berlaku 7 tahun yang lalu

"Abang.."

Haiqak tersentak daripada lamunannya dan terus sahaja dia menoleh apabila namanya dipanggil. Kelihatan Arina masuk ke dalam biliknya sambil memegang kertas

"Kenapa ni?" terus Haiqal menarik satu kerusi berdekatan dan menyururh adiknya duduk di kerusi tersebut

Arina terus duduk lalu diberikan surat kepada Haiqal. Haiqal mencapainya lalu dibaca isi kandungan yang tertulis dalam surat tersebut

Gandingan Mentor dan Junior

Tarikh: 20/07/20×× - 15/09/20××
Tempat: Dewan Universiti Malaya
Masa: 2:30 a.m. hingga 4:30 p.m.

Jadual akan diagihkan mengikut masa dan keadaan agar Mentor dapat meluangkan masa untuk mengajar para pelajar

Setiap pelajar akan mendapat satu Mentor untuk memberi tunjuk ajar kepada setiap pelajar

Harap maklum

[ Sekadar rekaan sahaja. Jangan percaya. Saya buat sembarangan sahaja😹 ]

"Jadi?" Haiqal memandang Arina seraya menjongket keningnya

"Abang nak ikut tak dan jadi mentor? Abang dulu belajar di situ dan selalu dapat anugerah dekan setiap tahun. Boleh dikatakan abang ni pelajar paling cemerlang di universiti dulu" Arina cuba membodek Haiqal untuk mengikutinya

Haiqal berfikiran sejenak sebelum tersenyum penuh makna. Kalau dia ikut program ni, bolehlah dia jumpa Ariana lagi

Kau memang bijak, Haiqal!

"Abang setuju"

Arina sudah tersenyum girang. Terus dipeluk tubuh Haiqal dengan erat sekali dan Haiqal turut membalas pelukan adiknya

"Mesti ramai yang nak abang jadi mentor. Sudahlah abang handsome, bergaya dan pandai. Memang angau perempuan di universiti Rina nanti" kata Arina seraya tersengih

Haiqal turut tersengih mendengar pujian daripada Arina. Walaupun dia jadi perhatian nanti, hanya Ariana sahaja yang mampu menarik perhatiannya

Acewah!

"Abang nak jadi mentor kepada kawan Rina"

"Siapa? Ariana? Danielle? Yana?" bertubi-tubi Arina menyebut nama kawan-kawannya yang dimaksudkan oleh Haiqal

"Ariana" sepatah nama disebut oleh Haiqal cukup membuatkan Arina tersengih lebar. Bahu abangnya ditolak-tolak membuatkan Haiqal mendengus kasar

"Kenapa tolak bahu orang ni?" ditepis tangan adiknya yang sejak tadi menolak bahunya

"Abang tak boleh ambil Ariana sebab ada orang lain ambil dia jadi junior dulu"

"Abang nak dia juga, Rina"

Arina menggeleng berkali-kali seraya jarinya bergerak ke kiri dan kanan

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now