AM 05

196 21 1
                                    

Ariana Mikayla

Ariana Mikayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ººººººººº

Pada petang itu, Haiqal mengikut Pak Azmi menuju ke rumah anak yatim

Haiqal sekadar menyarungkan T-shirt berwarna putih bersama seluar jeans. Ringkas tapi yang paling penting sekali adalah selesa

Ramai mata-mata memandang ke arah mereka atau lebih tepat memandang Haiqal tetapi Haiqal mengendahkan sahaja pandangan-pandangan penduduk tersebut

"Ya Allah! Kacaknya mamat di sebelah Pak Azmi tu! Boleh dijadikan suami aku ni"

"Mukanya macam orang Korea doh aku tengok"

"Bakal suami aku tu!"

"Boleh jadi menantu aku ni!"

Dan banyak lagilah penduduk berkata tentang dirinya dan kebanyakannya adalah pujian daripada anak dara dan mak cik-mak cik di situ

Pak Azmi tersengih sahaja melihat riak wajah Haiqal yang dingin apabila menerima pujian daripada penduduk kampung

Biasanya, kalau lelaki dipuji, memang kembang seinci hidung dorang tapi Haiqal lain sedikit daripada lelaki yang lain

"Kenapa muka ketat semacam ni? Takkan orang puji pun muka macam nak makan orang" gurau Pak Azim

"Haiqal rimaslah dengar pujian orang sampai jenuh telinga Haiqal mendengar pujian yang sama setiap hari. Haiqal rasa nak tutup telinga guna earphone" kata Haiqal lalu mendengus kasar

Pak Azim mengecilkan matanya apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Haiqal

'Lain macam je ayatnya' desis Pak Azmi

"Pak Azmi!"

Pak Azmi terus sahaja menoleh apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang

"Kenapa Ariana? Ada orang buat masalah lagi dekat rumah umi kamu lagi?" terus sahaja Pak Azmi menyoal Ariana

Aku menggeleng seraya tersenyum kelat. Terus sahaja aku menyerahkan plastik berserta kotak kepada Pak Azmi

"Boleh tak Pak Azmi berikan semua ni dekat Adhnan? Sebenarnya ini hadiah Adhnan untuk saya tapi saya rasa tak perlukan lagi" kataku

"Adhnan beri hadiah ni untuk kamu jadi kamu simpanlah. Bukan selalu Adhnan berikan hadiah ni kepada orang lain" kata Pak Azmi tanda dia tidak mahu mengambil hadiah tersebut

Haiqal pula tidak mengalihkan langsung pandangannya daripada Ariana seperti dia pernah nampak mukanya di sesuatu tempat

Tiba-tiba otaknya teringatkan sesuatu

Ariana MikaylaWhere stories live. Discover now