Bunyi smartphone aku berdering menganggu lena aku pada malam ini. Mata aku bergerak gerak sebelum perlahan laham terbuka.
Aku memandang sekeliling dan pandangan aku jatuh kepada jam pada dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi.
"Siapa pulak yang call aku malam malam buta ni ?"
Aku mencapai smartphone aku yang diletakkan di atas meja di sisi katil aku. Skrin telefon dibuka dan mata aku terpejam rapat tatkala cahaya skrin telefon yang terang terpancar ke mata aku.
Aku mengambil masa untuk menurunkan brightness telefon aku sebentar. Seusai menurunkan brightness telefon , aku mula melihat skrin telefon.
(5) missed call from playboy
Mata aku terus membulat tatkala membaca perkataan yang tertera di skrin telefon aku. Posisi baring aku terus berubah ke posisi duduk di atas katil.
Tanpa berfikir panjang , aku terus tekan contact lelaki itu semula dan mula menelefon semula dia. Berharap sangat sangat supaya dia angkat panggilan aku.
Smartphone aku ditekup ke telinga belah kanan aku. Jantung aku berdegup kencang , menunggu lelaki itu untuk mengangkat panggilan aku.
Mata aku membulat tatkala talian mula bersambung. Serentak itu aku melompat dari katil dan berdiri tegak di lantai.
"Hello ?"
Sunyi sepi.
"Kau dengar tak ?" bibir bawah aku digigit erat.
"Ke-kenapa kau call aku ?" entah kenapa suara aku tiba tiba sahaja kedengaran sebak.
Bila bila masa sahaja aku rasa aku akan menangis teresak esak.
Perasaan ni sangat jarang untuk aku rasakan dan lalui. Ya , aku mungkin nampak seperti tak kisahkan dia tapi tidak. Aku benar benar kisahkan dia.
Dia merupakan orang pertama yang muncul dalam hidup aku dan cuba untuk gembirakan aku dan berkawan dengan aku tanpa memikirkan tentang apa apa yang lain.
Menerima aku sebagai diri aku sendiri.
Dan aku tak mahu ditinggalkan sekali lagi. Aku tak mahu dia tinggalkan aku seperti omma dan appa aku. Aku tak mahu lagi diabaikan dalam dunia ini seorang diri.
Aku ingin merasakan diri aku ini penting sekurang-kurangnya bagi seseorang.
"Kwon Sia"
"N-nae ?" suara aku kedengaran bergetar.
"Aku ada dekat depan rumah kau"
Mendengarkan sahaja kata katanya dari hujung talian , aku terus berlari keluar daripada bilik aku. Langkah aku laju sahaja diaturkan untuk keluar daripada rumah.
Entah apa yang aku fikirkan ketika ini aku sendiri tak tahu. Bagaikan tubuh badan aku bergerak sendiri dan ianya ingin berjumpa dengan lelaki itu.
Buka sahaja pagar rumah , seorang lelaki tinggi sedikit daripada aku menghiasi pandangan aku.
Dia berpakaian hoodie hitam dan seluar hitam. Wajahnya ditutup dengan mask berwarna putih.
"Sia , aku—"
Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya , aku sudah pun berlari ke arahnya dan memeluk tubuhnya erat. Air mata yang aku tahan akhirnya mengalir membasahi pipi.
"To-tolong... tolong jangan abaikan aku lagi.. hiks hiks jangan abaikan aku lagi macam orang lain buat..."
Dia membalas pelukan aku dan mengeratkan pelukan kami.
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjm
Fanfictionsiapa sangka budak noob and bookworm dekat sekolah kau tu sebenarnya adalah the most daddy yang mampu buatkan iman kau berterabur ? " ini filter ke flirter sia ?!" - kwon sia - - - + dilarang plagiat