sebelas

1.8K 294 64
                                    

"Kwon Sia ?"

Suara garau yang keluar dari smartphone aku membuatkan jantung aku tak henti berdegup laju.

Bukannya sebab aku sukakan dia atau apa. Cuma ini merupakan kali pertama aku menelefon lelaki. Aku mana pernah telefon lelaki sebelum ni.

"Sia , okay tak ni ?"

"Ermm"

"Sia dekat mana sekarang ni ?"

"Bi-bilik"

Aku tak suka dia pun tapi kenapa aku rasa gugup semacam dengar suara dia dalam keadaan macam ni ? Kau bayangkan sahajalah , suara dia soft gila kot.

Kedengaran di hujung talian tiba tiba sahaja sunyi sepi. Dia dah putuskan talian dengan aku ke apa ?

Baru sahaja aku ingin jauhkan smartphone daripada telinga , telinga aku menangkap suaranya di hujung talian sedang menyanyikan suatu lagu untuk aku.

"Jangan menangis , sayangku. Ini hanyalah sementara , jangan risau aku disini. Terus menahan sabar agar bahgia di sana"

Aku tak sangka air mata aku mengalir.

Mulut dan hidung aku terus ditekup erat. Cuba sedaya upaya untuk aku tahan diri dari menangis teresak esak. Kerana aku tak mahu omma atau appa dengar aku menangis.

Nanti mereka akan terjaga daripada lena mereka dan memarahi aku di sini.

"Hey Kwon Sia untuk pengetahuan kau , kau adalah the most beautiful moment in my life. Jadi aku tak nak dengar kau salahkan diri kau kerana terpaksa lalui semua benda teruk tu seorang diri"

Suaranya lembut sahaja menyapa telinga aku. Memberikan aku nasihat dan semangat sejurus itu juga memujuk diriku yang sedang bersedih.

"Promise me , yang kau takkan lakukan benda yang bukan bukan malam ni okay ?"

"Kenapa kau perlu kisah ? Omma dengan appa aku sendiri tak pernah kisahkan tentang aku tapi kenapa kau pulak yang kisahkan tentang aku ?!" suara sebak aku kedengaran.

Aku benci semua ni.

Aku benci nampak lemah macam ni. Aku benci semua ni !

"Hey Kwon Sia , kau sangat sangat bermakna bagi aku"

"Cukup dengan semua penipuan tu. Omma yang lahirkan aku sendiri pun tak pernah anggap aku sebagai anak dia. Appa aku sendiri pun tak pernah anggap aku sebagai anak dia ! Sudah lah , aku penat. Penat sangat sangat dengan dunia dan hidup aku yang macam ni. Apa dosa aku sebenarnya ? Salah apa yang aku buat sampai aku dihukum sampai macam ni sekali , hm ?"

Sunyi sepi di hujung talian.

"Kau takkan pernah faham apa yang aku lalui selama ini. Ditinggalkan seorang diri dalam dunia dan tiada siapa yang ada bersama dengan kau di waktu susah dan senang. Kau takkan faham. Kalau aku bunuh diri aku sendiri pun , tak ada siapa yang kisah"

"Kwon Sia !"

Terdiam aku mendengar suara lelaki itu memanggil namaku dengan nada tegas.

"Tapi aku kisahkan kau. Kewujudan kau adalah sangat bermakna bagi aku , Kwon Sia"

Aku dengar dia melepaskan keluhan berat.

"Kwon Sia , let me be honest to you. You are more than just a girl to me. Walaupun kita baru berkenalan tak lama dan bersembang sikit je tapi aku tetap menghargai pertemuan kita berdua. Walaupun kau tak kenal aku tapi it will be enough if i'm the only who know you. Kalau kau bunuh diri kau kerana depress malam ni Sia , maknanya kau juga akan bunuh aku"

"Stop it" aku menangis teresak esak.

"Aku sukakan kau. Kalau kau bunuh diri kau , aku tak boleh nak peluk kau dan sentuh kau and i can't also make you mine. I really like you a lot Kwon Sia. You're the most beautiful girl that i've met after my mom. Lama aku fikir cara untuk dekati kau dan akhirnya aku berjaya walaupun kau takkan dapat tahu siapa aku yang sebenarnya but that's okay. I still lilke you. You are the only thing matters to me , Kwon Sia"

Air mata aku mengalir.

"From now on , aku akan buatkan hari hari kau gembira"

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now