Aku baca mesej yang aku terima daripada lelaki itu pagi tadi berulang kali. Walau banyak mana pun aku baca , perkataan yang ditulis masih sama.
sebab aku rindukan kau.
Kedengaran seperti satu penipuan besar bagi aku. Tapi ayat itu juga yang mampu buatkan jantung aku berdegup kencang dan aku tak boleh tidur pagi tadi.
Sudah lah mata aku bengkak sebab menangis teruk pagi tadi di waktu lelaki itu datang ke rumah aku dan aku memeluk dia.
"Ke aku mimpi sebenarnya pagi tadi ?" bibir bawah aku digigit.
"Tapi kalau aku mimpi , mesej ni pulak tak hilang. Maksudnya apa yang jadi pagi tadi real ke ?"
Aku mula termenung memikirkan tentang perkara itu.
"Hey Sia , tu ha Taehyung panggil kau" Kei tiba tiba sahaja menegur aku.
"Tae ?" siapa pulak dah Tae tu ?
"Tu ha Kim Taehyung" Kei menjuihkan bibirnya ke arah seorang lelaki dengan senyuman petaknya.
Aku terus menoleh dan memandang ke arah lelaki itu. Oh laki ni ke. Laki yang perangai tak ubah macam monyet tu.
Tak silap aku dia ni salah seorang dari ahli kumpulan aku dalam project science yang cikgu suruh buat.
Aku terus melangkah menghampiri dia yang sedang duduk di tempatnya dalam keadaan yang tidak normal. Kedua dua belah kaki diletakkan di tempat pemegang kerusi.
Dia fikir dia budak budak ke ?
Lelaki berkaca mata bulat dan besar di sebelahnya pulak tidak habis membuat latihan soalan Math. Langsung tidak terganggu dengan Taehyung di sebelahnya.
"Hey Sia" dia tersenyum petak.
"Kenapa ?"
"Rehat ni kau rehat dengan siapa ?"
Sebelah kening aku terangkat tatkala mendengar soalannya. Kenapa pulak lelaki nakal dan popular macam dia ni berbual dengan aku ?
"Sorang"
"Okay good !"
"Kenapa ?" aku pandang dia pelik.
"Sebab aku nak ajak kau rehat sama sama dengan aku" dia tersenyum petak lagi.
"Tak nak"
"Aik ? Kenapa pulak ?"
"Sebab aku tak suka kau"
"Ha ???" terpinga pinga dia pandang aku.
Aku malas nak layan budak tu jadi aku pun terus ke tempat aku semula. Duduk sahaja di tempat aku balik , aku terus membuka smartphone aku.
Ada mesej.
playboy : good !
playboy : budak kecik aku tak buat aku jeles !
kwon sia : ha ?
seen.
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjm
Hayran Kurgusiapa sangka budak noob and bookworm dekat sekolah kau tu sebenarnya adalah the most daddy yang mampu buatkan iman kau berterabur ? " ini filter ke flirter sia ?!" - kwon sia - - - + dilarang plagiat