"Tarik nafas dalam dalam dan hembuskannya perlahan , okay ?"
Aku hanya akur dengan apa yang Doktor Han cakap. Tatkala aku menarik nafas dalam dalam dan hembuskannya perlahan , dapat aku rasakan jarum menusuk masuk ke dalam kulit bahuku.
Bibir bawahku digigit erat , menahan rasa sakit yang aku hadapi ketika ini. Tapi suntikan itu hanya berlaku sekejap sahaja.
Dalam sekelip mata , jarum sudah pun berjaya dikeluarkan daripada kulit bahuku. Kapas bersama dengan ubat diletakkan di kulit bahuku.
"Okay dah siap"
Aku menghela nafas lega.
"Omma awak ada ambil awak ke , Sia ?"
"Macam biasalah doktor , tak ada" aku tersenyum kecil.
"Jadi awak balik seorang ke ?"
Aku angguk perlahan.
"Hati hati di jalan ya ? Bulan depan kita ada appointment lagi. Apa apa nanti saya contact awak ya ?"
Aku angguk lagi.
"Nanti ubat awak ambil dekat kaunter. Saya dah sediakan untuk awak"
"Baik doktor. Terima kasih" aku bangun daripada duduk dan mula menunduk hormat kepadanya.
Dia hanya tersenyum memandang aku sebaik sahaja aku mula melangkah keluar daripada bilik doktor itu.
Ting !
Tangan aku mula menyeluk poket seluarku dan mengeluarkan smartphone aku. Seperti biasa , ianya sudah semestinya notification daripada aplikasi WhatsApp.
Dan mesej daripada orang yang sama.
playboy : macam mana dengan appointment doktor ?
playboy : kau okay ke ?
Aku tersenyum kecil sebelum jari jemari mula menari nari di atas keyoard telefonku. Aku mula membalas mesej yang dia berikan kepada aku.
kwon sia : okay je
kwon sia : sakit sikit je
Ting !
playboy : ahhhh
playboy : aku dah agak dah
playboy : beraninya budak kecik aku ni
playboy : nanti aku belanja kau aiskrim
kwon sia : dalam mimpi jela kan ?
playboy : hey aku serious lah
kwon sia : apa ?
playboy : kau turun ke cafeteria hospital sekarang
playboy : pergi dekat tempat jual aiskrim
playboy : dan cakap nama kau kwon sia
playboy : aku dah sediakan hadiah untuk budak kecik aku ni
seen.
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjm
Fiksi Penggemarsiapa sangka budak noob and bookworm dekat sekolah kau tu sebenarnya adalah the most daddy yang mampu buatkan iman kau berterabur ? " ini filter ke flirter sia ?!" - kwon sia - - - + dilarang plagiat