lima puluh

2.1K 263 100
                                    

| incoming call from playboy |

"Apa masalah budak ni call aku tengah sekolah ni ?" aku terus angkat panggilan dan keluar dari kelas.

Nasib baik kelas aku dengan kelas kelas budak lain takde cikgu sebab cikgu sibuk buat mesyuarat. Mahunya dia call aku time cikgu tengah mengajar memang naya aku kena denda.

"Hello ?"

"Hey Sia , im truly sorry okay ?"

"Untuk ?"

"Ermm you know... apa yang jadi semalam ?"

"Oh takpe. Tapi aku lagi marah dengan kau tentang satu benda ni ha"

Sambil menelefon dia , langkah aku maju ke hadapan dan aku berjalan menuju ke luar bangunan blok akademik. Menuju ke taman sekolah.

"Ha ? Apa dia ?"

"Satu , kau jumpa aku semalam kau cover muka kau lagi macam haritu. Kenapa susah sangat kau nak tunjuk muka kau ha ?"

"Alololo budak kecik marah ke tu ?"

"Aku tengah serious ni"

Kedengaran bunyi dia ketawa kecil di hujung talian. Tanpa aku sedar , aku juga turut tersenyum mendengar gelakan tawanya.

"Pastu yang kedua , kau tinggalkan aku macam tu je lepas hantar aku balik ke rumah ? Kau kata kau nak bagitahu aku semuanya semalam ?"

Dia sekali lagi ketawa.

"Wahhh kau memang tak tepati janji betul kan ?"

"Hey jangan lah macam ni"

"Kau ni kan"

"Sayang"

Aku menahan diri daripada tersenyum. Bibir aku diketap rapat.

"Marah ke tu ?"

"Kau rasa ?"

"Nak aku bagi hadiah dekat kau lagi tak ?"

Aku tergelak kecil. "Kau nak merepek apa lagi ni ha ?"

"Mungkin semalam aku tak dapat nak tepati janji aku untuk bagitahu kau tentang diri aku yang sebenar. Tu semua sebab aku takut kau akan pergi tinggalkan aku bila dapat tahu siapa diri aku yang sebenar"

Aku hanya terdiam.

Langkah aku berhenti betul betul di kawasan taman sekolah.

"Kwon Sia , kau nak tahu kenapa aku suka kau dan sejak bila aku suka kau ?"

Aku tidak menjawab.

"Kwon Sia , aku sukakan kau sejak kau masuk sekolah ni lagi. Aku boleh katakan yang aku jatuh cinta pandang pertama dengan kau haha. Aku sendiri tak percaya dengan benda tu semua tapi jujur aku cakap , pertama kali aku nampak kau masuk sekolah ni , aku sudah pun jatuh cinta dengan kau"

Sejak pertama kali masuk sekolah ?

5 tahun yang lalu ?!

"Kau , adalah kau. Dan aku sukakan kau Kwon Sia. No matter what people said about you , no matter how much you hurt me , but i will always love you"

"Y-yahh..." bibir aku mula bergetar.

"Kwon Sia , sudah tiba masanya untuk aku berikan kau hadiah terakhir aku"

"N-nae ?"

"Kwon Sia , pusing belakang. Dan kau akan temui aku"

Mendengarkan sahaja kata katanya aku terus memusingkan tubuh aku ke belakang dan mata aku membulat tatkala mata aku bertembung dengan mata lelaki itu.

Park Jimin.

"Anneyong Kwon Sia , aku Park Jimin. Lelaki yang kau save contact namanya sebagai playboy"

Air mata aku mengalir.

Smartphone aku terus tutup dan aku terus berlari ke arah Jimin. Tubuhnya aku terus peluk erat. Aku tak sangka yang aku bakal menangis seperti ini.

Walaupun aku dah syak dah mesti dia ialah lelaki yang selama ini chat dengan aku , tapi aku tetap tak sangka dengan pertemuan seperti ini.

Lelaki yang hanya dipanggil dengan panggilan noob dan nerdy di sekolah aku. Lelaki yang hanya selalu berkepit dengan buku dan juga merupakan bookworm di sekolah.

Lelaki yang terkenal dengan cermin mata bulat tebalnya itu. Sebenarnya merupakan lelaki yang buat aku jatuh cinta.

Perasaan aku akan memudar ? Tidak sama sekali.

"Kwon Sia"

Aku mengangkat wajah aku dan mata aku dan matanya saling bertembung.

"I love you" dan bibir kami mula bersatu.

Pinggang aku dipeluknya erat manakala kedua dua belah tangan aku pula dirangkul dilehernya dan disatukan. Aku dan dia tenggelam dalam ciuman kami sendiri.

Park Jimin.

The flirter boy.

• the end •

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now