"Sia dah balik rumah"
Aku menghentikan langkah di hadapan pintu rumah dan kedua dua belah tangan mula membuka kasut sekolah yang aku pakai.
Masuk sahaja ke dalam rumah , aku terus berlari naik ke tingkat atas untuk masuk ke dalam bilik.
Sedang aku berjalan menuju ke bilik , iris mataku menangkap kelibat omma di dalam bilik air tingkat atas. Langkah aku terus berhenti.
Aku mula mendekati pintu bilik air dan melihat omma yang sedang tertidur di dalam tab mandi. Dengan alat suntikan dadah di atas lantainya lagi. Aku mengeluh berat.
Malas nak ambil kisah jadi aku terus masuk ke dalam bilik.
Seperti biasa , masuk ke dalam bilik sahaja aku pasti akan mengunci pintu.
Aku , Kwon Sia. Bukan seperti tipikal heroine dalam drama atau novel yang mempunyai rupa paras yang cantik dan kehidupan yang menarik.
Aku hanyalah aku.
Malas nak duduk termenung lagi aku pun terus bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Sambil bernyanyi kecil di dalam bilik air aku mandi.
Seusai sahaja mandi , aku mula duduk di atas katil. Menunggu tibanya waktu 10 malam untuk aku makan.
Omma tak bagi aku makan awal sebab awal awal macam ni dia nak layan customer dia dekat bilik dia sebab tu aku kena kunci pintu. Mahunya customer dia masuk bilik aku naya nanti.
"Eo ? Ada orang mesej aku."
Aplikasi WhatsApp terus sahaja aku bukak. Terdapat satu mesej yang aku terima daripada nombor yang aku tak kenal.
unknown : hi
unknown : kwon sia
Saat itulah hidup aku mula berubah 360 darjah. Daripada realiti hidup aku sebagai Cinderella ianya mula berubah menjadi hidup seorang puteri.
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjm
Fanficsiapa sangka budak noob and bookworm dekat sekolah kau tu sebenarnya adalah the most daddy yang mampu buatkan iman kau berterabur ? " ini filter ke flirter sia ?!" - kwon sia - - - + dilarang plagiat