Harini aku balik rumah awal sebab aku takde kelas tambahan. Balik sahaja ke rumah , bau alkohol mencucuk hidung aku membuatkan aku mengerutkan dahi.
Terbatuk batuk aku membau alkohol tu. Kuat sangat bau dia sampai aku kena picit hidung aku dengan dua jari sendiri.
Aku pandang sekeliling rumah tatkala masuk sahaja ke dalam rumah. Botol botol soju yang kosong bertaburan di ruang tamu menjadi tumpuan utama aku.
Aku melepaskan keluhan berat dan menundukkan wajah memandang ke lantai. Bibir bawahku digigit erat. Kenapa lah aku dilahirkan di dalam keluarga yang macam ni ?
Aku terus berlari naik ke tingkat atas untuk menuju ke bilik aku. Kalau semalam aku nampak omma tengah suntik dadah dekat tubuh dia , kalini aku mesti akan nampak appa mabuk dengan arak dia.
Omma aku ketagih dadah dan juga seorang pelacur. Appa pulak kaki judi dan juga kaki botol.
Malang sungguh remaja perempuan seperti aku dilahirkan oleh sepasang suami isteri seperti diorang.
Masuk sahaja ke dalam bilik , aku terus campak beg sekolah ke lantai dan tubuh aku dilambungkan ke atas katil. Dada aku berombak naik dan turun laju.
Masih aku ingat lagi peristiwa di mana appa hampir menjual aku hanya semata mata sebab duit.
Air mata mula berkumpul di tubir mata tatlala aku mula teringkat kembali tentang peristiwa itu. Peristiwa di mana omma dengan appa bergaduh teruk disebabkan aku.
Appa mahu menjual aku , manakala omma pula mahu aku teruskan business dia sebagai seorang pelacur.
Dua duanya sampah. Omma dengan appa jenis apa mereka berdua ini ?
Aku tewas.
Aku akhirnya berakhir dengan menangis teresak esak seorang diri. Menangis teruk memikirkan tentang nasib hidup aku sendiri.
Aku sudah semestinya dilahirkan daripada keluarga yang bukannya kaya-raya. Di sekolah pulak aku tak mampu nak menjadi yang terpandai walau sebanyak mana pun aku cuba.
Kau , tiada guna pun hidup dalam dunia ni Kwon Sia.
Tak ada guna.
Aku memejam mata aku rapat dan air mata mula mengalir laju.
Aku tertidur dalam tangisan sendiri.
•••
Ting ! Ting ! Ting !
Mata aku bergerak gerak sebelum perlahan lahan terbuka. Bunyi notification yang masuk menganggu tidurku. Aku terus mengubah posisi baring kepada duduk di atas katil.
Aku mula memandang jam pada dinding. Mata aku dikecilkan bagi melihat angka jam dengan lebih jelas. Nampaknya dah pukul 1 pagi.
Macam mana pulak aku boleh tertidur dalam keadaan macam ni ? Dengan tak mandinya lagi.
Smartphone aku di atas katil terus aku capai. Beberapa mesej aku terima daripada aplikasi WhatsApp. Mesej itu terus sahaja aku tekan untuk dibaca.
unknown : hey Kwon Sia
unknown : kau dah tidur ke ?
unknown : aku nak mintak maaf sebab kacau kau
unknown : kwon sia ?
unknown : are you okay ?
unknown : im sorry
unknown : forgive me , will you ?
seen.
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjm
Fanficsiapa sangka budak noob and bookworm dekat sekolah kau tu sebenarnya adalah the most daddy yang mampu buatkan iman kau berterabur ? " ini filter ke flirter sia ?!" - kwon sia - - - + dilarang plagiat