tiga puluh lima

1.5K 253 14
                                    

"Sorry Sia , aku tak boleh tolong kau"

"It's okay"

Aku memutuskan panggilan aku dengan Kei. Aku dah cakap yang Kei tak dapat bantu aku. Tapi aku tetap mencuba tapi malangnya tak berjaya.

"Eo ? Kwon Sia ?" teguran seseorang membuatkan aku terus menoleh ke arahnya.

Riak wajah aku terus berubah tatkala wajah dua orang lelaki yang merupakan ahli kumpulan aku di sekolah aku menghiasi pandangan.

Mereka berdua berjalan menghampiri aku. Yang tinggi ni dari tadi tak habis habis tersenyum lebar pandang aku menampakkan gigi arnabnya.

Manakala yang seorang lagi hanya memberikan pandangan kosong sahaja kepada aku seolah tidak berminat dengan kewujudan aku di sini.

"Kau buat apa sorang sorang kat sini" lelaki yang aku agak namanya Jungkook ini menyoal.

"Lari dari rumah"

Mata mereka berdua serta-merta membulat mendengar apa yang aku baru katakan kepada mereka. Aku pandang mereka sekilas sebelum mengeluh.

"Takde apa yang menarik pun dengan lari rumah tu"

"Da-dan kau relax je weh ? Kau nak tinggal mana do kalau kau lari rumah ?" Jungkook mula gelabah.

"Aku boleh tidur dekat tepi jalan tu. Nanti kotak kotak tu aku ambil dan lipat lepastu baring la"

"Heol" Jungkook pandang aku tak percaya.

"Habis kau ada tempat tinggal tak ?" Jungkook bertanya lagi.

Member dia yang sorang lagi dengan kaca mata bulat dan tebal itu hanya berdiam diri sahaja. Memerhatikan kami berdua berbual sahaja.

"Tak"

"Rumah member kau ? Takkan dorang tak bagi tumpang ?"

"Aku takde kawan"

Jungkook dan lelaki berkaca mata itu memandang wajah antara satu sama lain sebelum memandang aku semula.

"Rumah aku ada hyung aku haih kalau aku bawak kau mahunya dia kata kau awek aku pulak naya je nanti" Jungkook gigit bibir bawahnya.

"Tak perlu susah susah fikirkan pasal tu pun. Aku boleh uruskan diri aku sendiri"

Baru sahaja aku bangun dan ingin pergi meninggalkan mereka berdua di situ , langkah aku terus terhenti tatkala mendengar seseorang memanggil aku.

"Kwon Sia"

Perlahan lahan aku menoleh ke belakang untuk memandang ke arah gerangan suara yang memanggil aku.

Lelaki berkaca mata bulat dan tebal.

"Kau boleh tinggal rumah aku kalau kau nak. Omma dengan appa aku takde kat rumah"

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now