Aianos | Forever
DERINGAN telefon pintar Haerin yang berada diatas meja buatkan Haerin yang sedang berehat di tepi kolam renang itu cepat- cepat melangkah masuk.
Telefon pintarnya dicapai. Dari nombor yang dia tak kenali. Namun tanpa banyak bertanda tanya, terus butang hijau digeselnya.
“Nuguseyo?”
“Selamat pagi, Cik. Saya dari pengurus sumber manusia Syarikat KTH Holding ingin menawarkan Cik bekerja dibawah kami.” ucap lelaki itu dihujung talian. Berkerut dahi Haerin jadinya.
“Bekerja dibawah syarikat encik? Oh, yang ini ke syarikat yang disebut oleh Dr.Danial tu?” soal Haerin seraya kakinya melangkah keluar dari rumah.
Dr. Danial, pensyarahnya itu ada mention berkenaan dengan syarikat yang akan menawarkan mereka berkerja didalam bidang masing- masing. Tapi tak ada pula dia mention nama syarikat.
Mungkin yang ni?
Punggung dilabuhkan pada kerusi ditepi kolam renang tersebut.
“Dr.Danial? Oh- ini Cik Haerin dari University of London tu kan? Ahh dia la tu.” ucapnya lagu. Haerin mula mengerutkan dahinya.
Kenapa jawapan yang diberikan oleh lelaki itu sedikit meragukan? Ada apa- apa ke?
“Encik pasti tak salah orang?”
“Tak, ini Park Haerin kan?”
“Ya.”
“Em, Cik Haerin boleh datang ke syarikat kami untuk temuduga- (bukanlah!) Em.. pe-percubaan.” ujar lelaki itu. Terdengar suara seorang wanita mencelah untuk memperbetulkan ayat lelaki itu.
“Sekarang?”
“Ya, sekarang. Alamat akan saya hantar melalui email. Tolong datang secepat yang mungkin ya, Cik Haerin?”
“Okay, kalau tak ada aral melintang, saya datang.” jawab Haerin dan serentak panggilan dimatikan. Haerin jadi pelik sendiri.
Hem, agak meragukan.
Tapi, tak apalah kita cuba nasib ajelah.
Haerin mula mengangkat punggung untuk bersiap. Hari ini terpaksalah dia turun untuk mencuba nasib bekerja.
Satu pakaian dikeluarkan dari beg pakaian, ha mari kita mulakan sesi memilih pakaian!
〰〰〰
HAERIN melangkah turun dari teksi setelah membayarnya. Bangunan putih yang gah berdiri megah dihadapannya itu dia pandang berulang- ulang kali.
Bila dah puas memerhati, dia melangkah masuk ke dalam bangunan.
“Em, tingkat ke berapa ya untuk sesi temuduga pekerja baharu?” soal Haerin pada seorang gadis yang berada di hadapan kaunter tersebut. Kerutan pada dahi gadis itu terserlah.
“Em, rasanya hari ni tak ada temuduga pekerja- Eh, ini Cik Haerin ke?” soal gadis itu semula. Lambat- lambat Haerin mengangguk. Pelik juga bila gadis itu mengetahui namanya.
“Oh ya, Cik Haerin boleh terus naik ke tingkat 8. Masuk ruangan dari kiri bersebelahan dengan bilik meeting. Kat situ nanti ada seorang lelaki yang akan temu ramah Cik Haerin.” terangnya sambil tersenyum- senyum.
Haerin mengangguk faham, terus dia melangkah meninggalkan kawasan itu sebelum masuk kedalam lift. Butang tingkat 8 ditekan.
Sempat Haerin meneliti dokumen- dokumen yang perlu bawa walaupun hakikatnya mereka tak beritahu dokumen apa yang perlu dibawa.
Ting!
Haerin melangkah keluar dari lift lalu mencari- cari ruangan yang dimaksudkan gadis itu. Bila dah jumpa, terus saja dia kesitu.
Daun pintu ditolak dan serentak dia berpandangan dengan empunya ruangan tadi.
“Taehyung?”
“Haerin? Kau buat apa kat sini?”
“Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu!” ujar Haerin. Dengan sisa kebingungan yang ada, mereka pandang pula wanita yang sedang duduk di ruang tamu mini disudut ruangan tersebut.
“Mama?” Haerin memandang pelik wajah ibu mentuanya.
“Hari ni kamu dah mula kerja sebagai PA Taehyung.” kata wanita itu tenang.
“What?!”
“No way!”Serentak Taehyung dan Haerin menjerit.
.
Fufufufufu
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] AIANOS | 뷔 ✓
FanfictionPernah dengar istilah bersalin tikar? Yup, bila salah seorang adik beradik meninggal dunia dan bekas isteri atau bekas suami mahukan pengganti dalam kalangan adik beradik. Ya, itulah maksud istilah bersalin tikar. Dan aku, Park Haerin sedang menghad...