Aianos | Forever
HAERIN menjeling pada jam besar didinding.
Jarum pendek sudah berhenti di angka 7 yang bermakna mereka sudah lambat 30 minit ke pejabat!
Tapi batang hidung Taehyung pun dia tak nampak dari tadi!
Haerin mendengus kecil, terus dia mengangkat punggung lalu mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.
Tiba dihadapan pintu bilik Taehyung, Haerin mengetuk dua kali.
Takkanlah disebabkan dia merajuk dengan Haerin semalam, Taehyung sampai tak nak pergi kerja?
“Taehyung tak kerja ke hari ni?” soal Haerin sedikit kuat. Takut yang didalam tak dengar.
“Taehyung?”
Haih. Mahu tak mahu, Haerin terpaksa melangkah masuk kedalam bilik lelaki itu. Haerin memandang keseliling bilik yang baginya agak kemas.
Hem, duda ni clean juga orangnya eah?
Kemudian dia terpandang pula Taehyung yang sedang terbongkang diatas katil. Nyenyak aje tidurnya. Lebar dia bukak kangkang dia.
“Taehyung bangun!” kata Haerin sambil bercekak pinggang. Ah pedulilah dia nak marah ke apa!
“Kim Taehyung!”
“Eee bisinglah Haerin!” balas Taehyung pula. Bantal kecil dia gunakan untuk menutup telinga. Haerin mengeluh kecil.
“Yah! Kita dah lambat almost one hour okay?! Saya tahulah awak bos tapi awak tak boleh guna kuasa awak tu sesuka hati!” bebel Haerin.
Makin Taehyung berdengkur adalah.
“Yah!”
“Pergilah dating dengan Dokyeom..” ujar Taehyung secara tiba- tiba. Haerin terkebil- kebil sebelum dia tersengih kecil. Lah, masih merajuk lagi ke?
Semalam bukan main beriya lagi dia cakap 'kita ni bukan budak-budak lagi nak merajuk bagai' cewah!
“Betul ni? Okay saya pergi dulu. Awak jangan menyesal- Eh!”
Baru saja Haerin mahu melangkah keluar, tangannya ditarik dan tak semena-mena tubuhnya terbaring ditepi lelaki itu.
“Cubalah kalau berani.” bisik lelaki itu dingin. Haerin gelak kecil, pipi Taehyung yang merah menahan cemburu itu dicubitnya geram.
“Jom pergi kerja.”
“Tak nak..” balas Taehyung. Haerin mengecilkan anak mata, matanya dilirikkan pada jam digital diatas meja lampu. Dah lambat Tae oi!
“Jomlah kerja..”
Taehyung tidak menjawab, tangan kasar lelaki itu yang melingkar di pinggang Haerin perlahan- lahan turun kebawah. Terus bulat anak mata Haerin jadinya.
Bantal putih dibaling pada Taehyung. Bingkas Haerin bangun dari pembaringannya.
“Jomlah pergi kerja! Jangan jadi ulat bulu pula Kim Taehyung!”
Bingit suara Haerin memenuhi ruang pendengaran Taehyung.
Tapi lelaki itu tak marah, malahan dia bertambah suka.
〰〰〰
Ting!Pintu lift terbuka. Haerin dan Taehyung sama- sama melangkah masuk. Keduanya mendiamkan diri.
“Awak masih merajuk eah?” soal Haerin, mahu memecahkan kesunyian diantara mereka.
Melihatkan bibir muncung Taehyung buatkan dia menjongketkan keningnya satu.
“Tak merajuk pun.”
“Elelele” jari Haerin mencuit lengan Taehyung buatkan lelaki itu makin muncung, wajah dipalingkan ke tepi. Tsk, gedik!
“Saya tak mahir dalam bab pujuk memujuk ni, daddy Tae.” bisik Haerin, sengaja. Terus saja lelaki itu memalingkan wajahnya menghadap Haerin. Pandangan matanya menjadi lembut.
“Daddy?” soal Taehyung sambil tersengih kecil.
“Ehe..” Haerin tersengih.
Ting!
Pintu lift terbuka dan serentak Haerin terkaku bila melihatkan Dokyeom sedang berdiri di luar lift.
Makin dia berdebar bila lelaki itu melirik memandang Taehyung sebelum kakinya melangkah masuk kedalam lift.
Kini Haerin berada ditengah, diantara Encik suami, Taehyung dan mantannya Dokyeom.
Pintu lift kembali tertutup.
Hening dan kekok, itu yang dapat Haerin rasakan sekarang.
Dia menjadi buntu antara hendak pandang kiri atau kanan, nak ajak berbual ataupun tidak?
“Haerin..”
Serentak Taehyung dan Dokyeom menyebut nama Haerin.
Haerin diam sementara Taehyung dan Dokyeom sudah berpandangan antara satu sama lain.
Ting!
“AA Luna eonnie!” ucap Haerin sebaik pintu terbuka dan Luna yang sememangnya melintasi depan lift itu terus dikejar Haerin.
“Err lambat bos datang hari ni?” soal Dokyeom pada Taehyung bila mereka sama- sama melangkah keluar dari lift.
“Eum.. terlajak tidur.” jawab Taehyung acuh tak acuh. Haerin yang sudah duduk ditempatnya itu dia jeling sekilas.
Haerin cuma tersengih kecil.
.
Nanti Haerin pujuk daddy Tae.
Eh🙊[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] AIANOS | 뷔 ✓
FanficPernah dengar istilah bersalin tikar? Yup, bila salah seorang adik beradik meninggal dunia dan bekas isteri atau bekas suami mahukan pengganti dalam kalangan adik beradik. Ya, itulah maksud istilah bersalin tikar. Dan aku, Park Haerin sedang menghad...