Aianos | Forever
Noted: this - flashback
this - reality
Tolong sedia maklum.
Maaf kalau agak mengelirukan.
BEG tangan dihempas diatas katil, Haerin masih lagi geram dengan perangai Taehyung.
Eh semalam, bukan main baik lagi dia dekat Haerin, sekarang alih- alih dia boleh pula backup perempuan yang tak ada kena mengena dalam hidup dia tu!
Argh!! Haerin murka!
Haerin menarik nafas panjang sebelum menghembusnya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya. Wajahnya diraup lembut.
Haerin bukannya apa, kalau setakat si Yoora tu nak buli dia ringan- ringan, tak apalah. Tapi bila dia tahu Yoora tu pernah buli Haera unnie, Haerin jadi panas. Pantang baginya bila dengar kakaknya Haera itu dibuli.
Kalau nak buli orang, jangan Haera. Kalau Haera, kau jumpalah Haerin. Jangan berfikir nak lepas lagi.
“Haera unnie.. Haerin minta maaf sebab tak protect unnie..” bisik Haerin, kedua lututnya dipeluk. Memorinya mengimbau saat dimana Haera pernah dibuli disekolah dulu. Saat yang menjadikan dia gadis yang paling digeruni disekolah.
Haerin cuma tak suka tengok kakaknya disakiti, if Haera's hurt, Haerin hurt too.
“Haera perempuan gedik!”
“Boo! Plastik!”
“Fikir Taehyung layak sangat ke untuk dia? Dahlah muka plastik! Attention seeker! Bajet cantik!” jerit salah seorang pelajar perempuan bila mereka sedar yang Haera berada dikawasan itu.
Haera cuma mendiamkan diri, lokarnya dibuka, buku bio dicapai dari situ.
Bruk!
Buku bio Haera tergeletak jatuh diatas lantai bila seorang gadis menepis kasar tapak tangan gadis itu. Haera mengetap bibir.
“Apalah yang ada dekat kau ni sampai Taehyung sanggup ambil kau jadi girlfriend dia? Lawa tu memanglah, tapi plastik. Pui!” Jane Lee, cheerleader sekolah tersengih bila dia mengucapkan kata itu.
“Ma- maaf”
“Maaf apa? Kesalahan kau menjadi girlfriend Taehyung memang tak boleh dimaafkan!” buku- buku yang berada didalam loker Haera dihamburkan atas lantai. Nota- nota dikoyakkan.
Pelajar yang berada disitu cuma memandang, tak mampu hendak menghalang kerana mereka tahu, Jane akan mencari mereka jika ada yang membantu.
“Tolonglah berhenti, Jane. Nota tu penting untuk exam-”
“So what? Ia tak penting buat aku.” balas Jane dengan muka tak bersalah. Lembaran demi lembaran dia koyakkan hingga mahu habis ke kertas yang terakhir, pergelangan tangannya ditahan.
“Si- siapa kau? Berani- beraninya kau halang-”
“Aku Haerin. Park Haerin, adik kepada perempuan yang kau buli ni. Mimpi buruk untuk kau bila kau sakitkan kakak aku.” ucap Haerin dan serentak pergelangan tangan Jane dia pusing.
Menjerit gadis itu jadinya.
“Lepaskan akulah bodoh!”
“Apa salah kakak aku dekat kau hah perempuan?” kali ini rambut Jane pula ditariknya dari belakang. Kali ini jeritan gadis itu menjadi nyaring dan kuat.
“Lepaslah bodoh!” salah seorang kawan Jane mara mahu membantu gadis itu namun dengan sekali renungan saja, gadis itu tak jadi nak menolong. Dia tundukkan wajah. Takut.
“Lepaskan aku!”
“Haerin, enough!” Haera memegang pergelangan tangan Haerin namun gadis itu menggeleng kecil.Tubuh Jane ditolak hingga gadis itu duduk melutut diatas lantai.
“Aku nak kau kutip balik sampah yang kau buat ni! Kembalikan pada tempatnya! Minta maaf dekat kakak aku, Park Haera. If you refuse, i'll report you.” ugut Haerin.
“Ma- maafkan aku, Hae- Haera. Aku janji tak buat macam ni lagi. Maafkan aku. Please maafkan aku..” ucapnya. Haera cuma mengangguk kecil, tanda ianya tak apa- apa.
“Haera!” jerit seorang lelaki dari hujung koridor sebelum dia melintasi kerumunan orang. Laju dia dapatkan Haera sebelum lengan gadis itu disentuhnya.
“Haera, are you okay?”
“I'm fine, Tae. Haerin with me.”
“Jaga girlfriend sendiri pun tak boleh, macam mana bila jadi isteri nanti?” perli Haerin seraya berpeluk tubuh.
Taehyung cuma tersengih.
“Sorry.”
“People can change, Haerin.” bisik Haera dengan mata bundarnya kemudian dia berpandangan dengan Taehyung.
End flashback—
“You right unnie, people change..” bisik Haerin, setitis air matanya mengalir perlahan.
“He change..”
“dia dah tak macam dulu..”
.
: (
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
[C] AIANOS | 뷔 ✓
FanfictionPernah dengar istilah bersalin tikar? Yup, bila salah seorang adik beradik meninggal dunia dan bekas isteri atau bekas suami mahukan pengganti dalam kalangan adik beradik. Ya, itulah maksud istilah bersalin tikar. Dan aku, Park Haerin sedang menghad...